CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Stres Di Kalangan Murid Zaman Sekarang Real!" - Pakar Motivasi

8-1-2020 10:23 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5227| Komen: 13|Original author: Oleh: natrahn

Description: Pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi, baru-baru ini berkongsi di laman Twitternya bahawa sebilangan kanak-kanak boleh mengalami tekanan emosi seawal usia 11 tahun, mer ...

Kredit foto: Google


Pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi, baru-baru ini berkongsi di laman Twitternya bahawa sebilangan kanak-kanak boleh mengalami tekanan emosi seawal usia 11 tahun, merasai kebimbangan dan ketakutan berlebihan.

Sekiranya tidak dikawal, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan mental.

Beliau yang terkenal dengan #TukangCeramahBudakSekolah memuat naik luahan kanak-kanak secara bertulis di papan putih ketika menghadiri motivasi di sebuah sekolah.



"Setiap kali ceramah motivasi, saya akan minta pelajar datang ke depan dan tulis kenapa rasa tak semangat belajar.

"Maka, inilah jawapan yang kerap kali ditulis. Murid darjah lima. Bayangkan baru umur 11 tahun, tapi dah lalui semua ni. 

"'Stres dalam kalangan budak-budak zaman sekarang 'real'. Mereka tak ada tempat nak luahkan," ciapnya di Twitter.




Itu antara luahan yang dikongsi murid-murid, di mana mereka sering dijadikan perbandingan oleh ibu dengan sepupu yang lebih pandai dan menerima tekanan supaya memperoleh 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).



Menurut Mohd Fairuz, hantaran itu sekadar perkongsian kepada masyarakat selain mahu memberi penekanan kepada isu yang sangat membimbangkan kini. 




Selain itu, Mohd Fairuz turut menegaskan, pabila mereka mengalami tekanan mental, mereka cenderung melakukan perkara luar jangka seperti berita budak perempuan 10 tahun yang ditemui mati tergantung pada pemegang tangga baru-baru ini.




"Jadi, tak pelik pendedahan Kajian Kesihatan Mental di Malaysia mendedahkan seawal 13 tahun budak dah alami tekanan. Kita nak lahirkan generasi apa sebenarnya ni?" ujarnya.




Stres atau tekanan di kalangan pelajar adalah realiti yang perlu ditangani segera kerana ia melibatkan gangguan mental serta fizikal. 

Bagaimanapun, tidak cukup jika hanya kaunselor diberi tanggungjawab menggalas tugas untuk mengendalikan stres pelajar. Lagipun, berapa ramai pelajar yang bersedia meluahkan perasaan mereka kepada kaunselor?

Ibu bapa sewajarnya orang yang paling dekat dengan anak mereka. Selami hati dan jiwa raga anak. Jangan sekadar menaruh harapan atau menabur kemewahan sedangkan perasaan anak semakin jauh dipinggirkan. - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 8-1-2020 11:10 AM
dik, ketahuilah saat ko da melangkah ke alam pekerjaan ko akan merindui zaman sekolah..time kerja lagi terbeban dik oiii
Quote epal21 8-1-2020 11:36 AM
Sedikit stress bagus sebab akan push kita utk berusaha. Kalau tak macam anak2 sedara iols. Nak upsr,pt3 relax2 aje sebab mak paknya tak kisah pelajaran anak2. Cikgu bagi homework kata banyak sangat. Neneknya percaya cakap cucu2 nya. Iols pulak yg stress bila balik kampung. Iols rasa sebaiknya diajarkan pengurusan stress kepada kanak2 supaya diorang tahu camne nak manage stress.
Quote Nora_29 8-1-2020 11:58 AM
Beginilah...

Apa2 pun segalanya bermula dari RUMAH dan PARENTS

Ada banyak kategori parents zaman sekarang ni :
1) Ambil peduli hal2 pendidikan dan perkembangan sekolah anak2
2) Tak ambil peduli dan tak kisah pun hal2 pendidikan anak2
3) Lantak laa nak sekolah atau tak, yang penting duit tak banyak berhabis
4) Suka membanding2kan anak2 dengan orang keliling sedara-mara sepupu-sepapat jiran tetangga
5) Overacting sampai tumbuk2 cikgu di sekolah


Ini semua dunia...
Quote Artemesiaa 8-1-2020 12:32 PM
Sebab sesetengah mak pak fikir anak2 mereka masih kecil tak tahu apa tapi mereke lupa makin membesar makin banyak pergaluan makin macam2 yang mereka terfikirkan
Quote bonggo 8-1-2020 02:40 PM
Aku ms sekolah rendah pon alami stress mcm ni. Punca hal kecik je. Kawan2 ejek lepas tu pulau kan. Suruh org lain jgn kwn dgn aku. Aku tulis dlm kertas nak mati taknak hidup lagi lepas tu simpan baik2. Iya la kan salah satu lepas kan stress dgn cara luah tulis kar kertas. Boleh pula mak aku jumpa. Mak aku baca lepas tu mak aku cakap ape benda yg ko tulis ni. Macam tu pon nak bunuh diri ke. Malu gila oi lps mak baca. Rasa rendah diri sgt. Macam x dipercayai dan lps tu kalau ade masalah aku simpan sendiri je. Budak2 skrg mcm tu jgak. Sama je mcm kita dlu ade stress cuma bila kita dah dewasa dah lalui zaman tu kita pulak perkecilkan madalah diorang. Padahal pada budak2 tu besar dah masalh dia tu. Tak boleh lah nak condemn terus. Kena bg support dekat kanak2 dlm fasa diorang membesar sebab akan effect pembawaan diri diorang. They will pass everything eventually tapi support system akan membina jatidiri dan emotional control dlm diri mereka
Quote najib888 10-1-2020 01:29 AM
Mak bapak punca stres.

Darjah 1/ sekolah rendah dah dipaksa pi tuisyen.. yang berduit pulak, paksa anak pi kelasa piano la, ballet la...
bagi aku, anak2 sekolah rendah ni tak perlu nak push sangat. Biaq je depa enjoy life bermain2 (tak termasuk gajet elektronik); tak perlu nak paksa2 utk belajar. Sapa2 pun, kalau dipaksa buat sesuatu, mesti akan memberontak punya. kalau rasa tak puas hati tu tak dapat dilepaskan, sure akan jadi masalah jiwa..

Take time dengan anak2.. rajin2 bersembang, melawak dan bermain dengan depa.. kalau ada benda depa buat tu dah nak capai boundary kelaziman, tegur secara baik.. kalau boleh, be creative sikit. sambil2 main dengan depa selit2 sikit benda2 berkaitan akademik, tapi secara santai.
Quote blackshawl 25-1-2020 01:20 AM
stress dan depression tak kenal umur. kadang2 benda kecik pun boleh buat someone tu stressed, especially kalau someone tu still budak2. janganlah cakap "nanti bila besar, kau akan rasa lagi stress", "tu baru sikit", "nanti kau akan rindu zaman sekolah kau, dik, tak payahlah nak stress2", etc.

wei, korang ingat advices macam ni akan membantu ke? tolong tambahkan stress lagi, adelah! kenapa korang kena banding2 kan situasi/orang lain dengan orang yg stressed tu?

"alah, aku dulu waktu kecik pun nak bunuh diri sebab stressed." so? korang nak bagitau yg mentality macam tu is normal? and korang tak terpanggil untuk tolong budak2 yg stressed? kenapa diorang kena lalui benda yg sama dengan korang? why not giving them a BETTER life?

sy tak suruh korang manjakan budak2 sekarang. ya, stress dan masalah memang boleh mematangkan seseorang. tapi berpada2 lah.

janganlah asyik mengungkit salah budak2, bandingkan diorang dengan anak orang lain, etc.

Quote Kuasaberganda 10-3-2020 12:23 PM
siapa yg stress tu mai cni aunty bg rm1. tu je aunty mampu. moga dikurangkan stress adik adik yer. boleh beli mcfreeze kat mcd . sejuk skit hati .hahaha
Quote anakmak 10-3-2020 09:51 PM
Memang anak2 zaman la lembik2
Tapi sorry anak2 ibu
Life bukan sekadar instagram dan youtube
Ibu bagi kemudahan dan kesenangan tapi semua hadir bersyarat
Keperluan adalah percuma sementara anak2 berada di bawah tanggungjawab ibu dan daddy

Pernah aku tanya anak2 aku
Lepas si sulong habis PT3
Abang ada apa2 nak share dgn ibu? Apa yg abang rasa atau apa2 saja lah
Masa tu aku husband ngan anak2 keluar makan kat nyonya color mid valley
Tau dia jawab apa?
Si sulong bgtau dia stress dgn kehidupan dia sbb dia tak ada hp
Dia guna perkataan STRESS
Aku dah macam nampak red flag masa tu
Bgtau kat daddy dia
Dan2 pi beli 2 bijik sorang satu
Tapi sebelum dibagi
Ada la undang2 kena ikut
Pengalaman nya 2-2 kejap simpan kejap bagi balik dok ulang2 macam tu sampai anak2 aku beli Hp sendiri

Jenuh melayan budak2 la ni
Quote anakmak 10-3-2020 10:20 PM
anak2 la ni
wajib didedahkan dgn realiti
utk anak2 yg normal kadang terikutikut perasaan dgn dunia remaja diaorg
pindah sekolah memang la sedih contoh nya
Nak mempositifkan minda diaorg ni very challenging
Dunia makin berteknologi tp anak2 la ni salah gunakan
Kat sini la sebagai parents aku n husband berhempaspulas kot nak memerapkan point2 yg patut kau lebih cherish bila kau pindah sekolah
Agak2 la drpd Bandar Sunway nak pindah Bukit Jelutong
Beria meraban berjurai air mata sampai aku postponed kan sampai lepas SPM
Bila dah pindah
Setiap weekend pi outing kat Sunway Pyramid la Subang Parade la
Adoiiiiii kau rasa
Aku yg cuba mempositifkan Anak aku ni
Sampai rasa aku lempang jugak budak ni kang!
Bila dibagi point x nak dengar
Buang masa ibu melayan shahdu kau yg ya2 tu nak macam nak pindah Uganda
Quote akies 10-3-2020 10:23 PM
Anak iols kalau stress.. bawa gi kolam suh berenang. Si abang, pagi ada kelas tambahan UPSR di sekolah, malam tu ada kelas swimming.
Dia swim dan lepaskan stress di dalam air

Sebenarnya..kita dulu pun stress juga kn.
Dengan buku berat..homework melambak..
Tp ajaibnya kita jadi generasi yang kuat, tak lembik dan berdikari.

Cuba bandingkan generasi sekarang?
Bawa beg berat sikit mengeluh.
Homework banyak mengeluh.
Soalan SPM susah mengeluh.

Quote Tinot7 10-3-2020 11:58 PM
bonggo replied at 8-1-2020 02:40 PM
Aku ms sekolah rendah pon alami stress mcm ni. Punca hal kecik je. Kawan2 ejek lepas tu pulau kan. S ...

Kesian u kena buli. Skang dah ok ke blum?

Skang masih ada prasan cenggitu tak? Kalau ya, skang dah ada tmpt2 nak luahkan prasaan cthnya malaysian mental health association, befrienders etc...

Harap u dah ok..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.133796 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top