Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Gobind Singh Deo mendedahkan Ahmad Idham telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang berkuat kuasa 11 Mac lalu bagi tempoh dua (2) tahun.
Katanya, pelantikan Idham sebagai CEO Finas adalah keputusan Lembaga berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan pemangku Shakib Ahmad Shakir yang telah menjalankan tugas selama empat bulan lalu. "Kementerian berharap Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha FINAS bagi membangunkan industri ini," katanya yang berharap ahli lembaga perbadanan itu akan memberi kerjasama kepada Ahmad Idham. Difahamkan, Ahmad Idham memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) selain pernah mencatat rekod dan menerima pelbagai anugerah di dalam dan luar negara. Bagaimanapun, jika dilihat menerusi laman sosial, ramai yang tidak bersetuju dengan pelantikan Ahmad Idham sebagai peneraju Finas. Malah, ada yang mendakwa beliau dilantik untuk jawatan itu kerana pandai 'membodek' kerajaan. Apa kata anda? - CARI
|
pujanggacinta replied at 14-3-2019 07:24 PM
tp bukan dia ni rajin belajar ker
master dan buat PhD dlm bidang filem
de_ikea replied at 15-3-2019 09:39 AM
Tahniah.
Iols masih tak buleh move on dgn pembuatan filem cindarella dan pencuri hati cinderella h ...
ADVERTISEMENT