CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Rakam Dan Jual Video Porno Anak Berusia 4 Tahun Di Dark Web

15-3-2019 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9996| Komen: 12

Description: Seorang wanita didakwa merakam dirinya melakukan penderaan seksual terhadap anaknya berusia empat tahun sebelum menjual video berkenaan di dalam talian.
Seorang wanita didakwa merakam dirinya melakukan penderaan seksual terhadap anaknya berusia empat tahun sebelum menjual video berkenaan di dalam talian.



Memetik Mirror, suspek berusia 26 tahun dan tidak dinamakan itu didakwa menjual semua video berkenaan di  'Dark Web'.

Menurut laporan polis, suspek ditahan selepas polis anti-siber menemui lambakan video jijik itu di dalam komputernya ketika menggeledah kediamannya di Vinnytsia, Ukraine.

Selain video, wanita itu juga didakwa menjual gambar penderaan terhadap kanak-kanak itu di laman berkenaan.

Hasil siasatan mendapati suspek menjual setiap klip video terbabit pada harga 3,000 hryvnia (RM457). Keseluruhannya, dia telah menjual kira-kira 30 video dan meraih keuntungan sebanyak 90,000 hryvnia (RM13,706).


Alat mainan yang digunakan sebagai latar belakang video


Ketika polis menggeledah kediamannya, suspek mengakui didekati seorang wanita yang menawarkan pekerjaan kepadanya menerusi emel.

Menurutnya, dia diarahkan untuk mencari mangsa yang rela terbabit dalam kegiatan jijiknya itu untuk mendapatkan wang sebagai ganjaran.

Katanya, wanita itu menyuruh suspek merakam video kanak-kanak berkenaan ketika ibu bapa mereka tiada di rumah atau dia boleh menjemput mangsa ke rumahnya bagi sesi rakaman itu.

Dipercayai suspek enggan melakukannya, namun bersetuju apabila wanita terbabit mencadangkan dia menggunakan anaknya sahaja.

Sebelum ini, suspek dikatakan terbabit dengan kegiatan pornografi untuk menampung kos sara hidup.


Pakaian dalam dipercayai milik suspek yang digunakan dalam rakaman
Foto: Mirror

Suspek berdepan tuduhan merogol, melakukan penderaan terhadap kanak-kanak, menghasilkan dan menyebarkan bahan pornografi. Bagi semua kesalahan itu, dia boleh dipenjara hingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, anaknya kini menghadiri sesi kaunseling dan akan diserahkan ke rumah anak yatim. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyza 15-3-2019 02:54 PM

Jahat!!!
Quote Megikari 15-3-2019 03:59 PM
Setan pun malu nak mengaku umat dia
Quote shernazz 15-3-2019 04:39 PM
Sedihnya tgk pic mainan tu
Sampai hati.mak dia
Quote sehirkedi 15-3-2019 04:53 PM
Jahatnyaaa.. Tanam hidup2 je spesis syaiton camni! Seorang ibu sepatutnya melindungi anak!
Quote ikanmasin 15-3-2019 09:15 PM
tak layak jd mak spesis gini..
Quote akumak 15-3-2019 11:11 PM
Kemurungan aku baca cerita mcm ni. Adoiiiiii...{:freak
Quote clarizsa 15-3-2019 11:47 PM
Sebab tu i x setuju sgt quotes yg agung2kan semua mak ayah
Sbb bkn semua baik pun
Ni salah satu yg celaka
Sian baby tu
Quote pearl.silver 15-3-2019 11:50 PM
10thn je hukuman.. Compare dgn trauma bdk tu lifetime
Quote Beribear 16-3-2019 09:45 AM
clarizsa: Sebab tu i x setuju sgt quotes yg agung2kan semua mak ayahSbb bkn semua baik punNi salah satu yg celakaSian baby tu


Iolss pon setuju.. Sbb bukan semua ibu bapa ni kesah pon dgn anak. Yg penting diri mereka sendiri je. Anak2 asal boleh jaga diri lantak kau lah kata sesetengah ibu bapa yg selfish ni.. Yg penting anak2 harus la hormat mereka dan jaga mereka bila mereka tua dan sakit nti.. Balas budi katanya. Walhal anak2 selalu je mereka abaikan
Quote biozipstar 18-3-2019 01:20 PM
gile betol mak bapak cenggini...
Quote xmynnx 18-3-2019 02:24 PM
electric chairrrrr
Quote chicozinn 18-3-2019 03:00 PM
mak yg bodo nk mmpos..hancur masa depan anak tu weyh..dasar setan!!

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.063655 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top