Isu anak kepada Datuk Seri Aliff Syukri adalah antara perkara yang menjadi perdebatan di kalangan netizen baru-baru ini. Ia berpunca apabila Bonda Rozita, ibu kepada jutawan kosmetik terkenal itu menegur tindakan anaknya yang sering memuat naik foto cucu kelimanya iaitu Yusoff Al-Qardawi di media sosial. Menurut Rozita, dia bimbang sekiranya terlalu banyak pujian atau rasa kagum, bayi akan menjadi lemah dan berisiko terkena penyakit 'Ain'. Netizen yang melihat komen Rozita turut sama menasihati Aliff dan mendoakan supaya bayi itu tidak mendapat penyakit tersebut. Sementara itu, menurut laman Daily Rakyat, bayi yang berusia kurang dari 40 hari menghadapi risiko kepada empat keadaan iaitu dua keadaan permasalahan rohani, dan dua lagi berkaitan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, ia melibatkan Ain dan Ummu Sibyan. Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutama bayi, manakala Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya. Terdapat dua jenis ain, iaitu ‘ain berunsur manusia dan ‘ain berunsur jin. ‘Ain yang sering berlaku kepada bayi akan menyebabkan perkara-perkara seperti berikut berlaku; 1.Tangisan tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti. Tubuh juga akan menjadi terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, bayi juga tidak mahu menyusu badan tanpa sebab jelas. 2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat) 3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh seperti ekzema dan seangkatan dengannya. Mungkin Bonda Rozita sudah membuat pencarian sebelum memesan kepada anaknya. Naluri seorang ibu membuatkan Rozita terlalu risaukan keadaan dan kesihatan cucunya. Bagaimanapun, sehingga kini Aliff masih belum membalas komen ibunya itu. Dengarlah nasihat ibu tu, Datuk. Paling kurang, hormatlah keinginan dan nasihatnya sementara dia masih ada. - CARI
|
10
Bagus |
11
Marah |
7
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT