CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2619|Reply: 5

Muat Naik Gambar Bayi Di Media Sosial Boleh Terkena Penyakit ‘Ain’, Betul Ke?

[Copy link]
Post time 3-7-2018 10:23 AM | Show all posts |Read mode




Isu anak kepada Datuk Seri Aliff Syukri adalah antara perkara yang menjadi perdebatan di kalangan netizen baru-baru ini. Ia berpunca apabila Bonda Rozita, ibu kepada jutawan kosmetik terkenal itu menegur tindakan anaknya yang sering memuat naik foto cucu kelimanya iaitu Yusoff Al-Qardawi di media sosial.


Menurut Rozita, dia bimbang sekiranya terlalu banyak pujian atau rasa kagum, bayi akan menjadi lemah dan berisiko terkena penyakit 'Ain'.





Foto: Ig yusoffalqardawi





Netizen yang melihat komen Rozita turut sama menasihati Aliff dan mendoakan supaya bayi itu tidak mendapat penyakit tersebut.


Sementara itu, menurut laman Daily Rakyat, bayi yang berusia kurang dari 40 hari menghadapi risiko kepada empat keadaan iaitu dua  keadaan permasalahan rohani, dan dua lagi berkaitan permasalahan fizikal.


Bagi permasalahan rohani, ia melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.


Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutama bayi, manakala Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.


Terdapat dua jenis ain, iaitu ‘ain berunsur manusia dan ‘ain berunsur jin.





Foto: Google





‘Ain yang sering berlaku kepada bayi akan menyebabkan perkara-perkara seperti berikut berlaku;


1.Tangisan tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti. Tubuh juga akan menjadi terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, bayi juga tidak mahu menyusu badan tanpa sebab jelas.
2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)
3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh seperti ekzema dan seangkatan dengannya.


Mungkin Bonda Rozita sudah membuat pencarian sebelum memesan kepada anaknya. Naluri seorang ibu membuatkan Rozita terlalu risaukan keadaan dan kesihatan cucunya.


Bagaimanapun, sehingga kini Aliff masih belum membalas komen ibunya itu. Dengarlah nasihat ibu tu, Datuk. Paling kurang, hormatlah keinginan dan nasihatnya sementara dia masih ada. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2018 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu. Penyakit ain bukan terhad kena pada orang je. Harta benda pun boleh terkena ain. Sebab tu kita seelok2nya sebut masyaallah la hawla wala quwwata illa billah bila tengok sesuatu yg mengkagumkan/comel ect. Amalkan juga doa utk mengelakkan ain. Boleh google.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 11:14 AM | Show all posts
yes betol...bukan ain kpd bayi aje...smua benda la bole kena evel eyes ni (ain)
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya betul. Nabi pn pernah ckp perkara yg boleh mendahului takdir adlah ain. Bahayanya ain ni bole kena pabila pandangan mata itu kagum trpukau pd apa yg dlihat. Xsmestinya org yg pandang brniat xelok.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 04:10 PM | Show all posts
Betul tu....tak perlu upload gambar kerap sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 10:36 AM | Show all posts
dpt bapak jakun mcm tu laaa....oopssss
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.112193 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list