Sambutan Aidilfitri sudah memasuki hari keenam, namun kemeriahannya masih dirasai terutama bagi artis-artis yang mempamerkan aktiviti ziarah dan aksi menarik sepanjang meraikan Syawal. Terbaru, video parodi yang dilakonkan Emma Maembong dan Alvin Chong menjadi tular apabila berjaya menarik ramai pengguna sosial media untuk menontonnya.
Video yang mendapat tontonan sehingga hampir satu juta itu mempamerkan aksi Emma dan Alvin dalam persalinan pakaian tradisonal Melayu sambil melenggokkan tubuh mengkut irama lagu latar belakang nyanyian kumpulan Spice Girls. Aksi lincah Emma itu majoritinya mendapat pujian netizen yang menyukai gaya tarian bersahaja ditayangkannya. Pasangan itu juga dikatakan serasi dalam bidang lakonan mahupun di luar lokasi. Namun, ada juga komen menyelar tindakan Emma yang dikatakan kurang sopan sebagai seorang muslimah. Segelintir netizen menyatakan tarian yang bersahaja itu agak keterlaluan kerana menonjolkan bahagian dada dan tubuh Emma. Disebabkan komen itu, ramai netizen lain yang bangkit mempertahankan pasangan tersebut terutamanya Emma Maembong. Maka, timbullah pertelingkahan di ruangan komen video berkenaan. Jika diperhatikan, aksi Emma dan Alvin tidaklah keterlaluan, cuma mungkin ketika begitu asyik mengikut rentak lagu, mereka tidak perasan ada bahagian-bahagian tertentu yang terdedah dan ianya mengganggu fikiran netizen. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|