CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Kalau Aku Sendiri Tahu Bila Boleh Dapat Anak..." - Elizad Sharifuddin Bengang Diusap Perut

21-6-2018 12:10 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11699| Komen: 47|Original author: Oleh: Azza

Description: Bila dah pulang beraya di kampung dan berjumpa pula sanak saudara yang jarang bertemu, maka pelbagai soalan yang akan ditanyakan. Yang bujang ditanyakan bila nak kahwin, yang kahwin pula ditanya bila ...



Bila dah pulang beraya di kampung dan berjumpa pula sanak saudara yang jarang bertemu, maka pelbagai soalan yang akan ditanyakan. Yang bujang ditanyakan bila nak kahwin, yang kahwin pula ditanya bila nak ada anak, yang dah ada anak pun ditanya bila nak tambah koleksi lagi.

Hal yang sama terpaksa dilalui oleh Siti Elizad yang telah mendirikan rumah tangga sejak 2015 lagi. Soalan-soalan seperti "bila nak ada anak?" sering kali ditanya hingga membuatkan dia rimas lalu memuat naik status di Twitter dan Ig Stories.

Foto : Twitter Elizad


Panjang lebar jawapan Elizad yang ditujukan kepada mereka yang kepoh di hari raya.




Foto : IG Stories Elizad

Lebih menjengkelkan lagi apabila mereka yang berkata itu tanpa silu mengusap dan memegang perutnya.
"Pegang-pegang perut aku sambil cakap belum ada isi ke dalam? Menunjukkan betapa ceteknya didikan kau, kau rasa seronok ke melawak tentang benda tu semua?" ujarnya.

Ia disokong oleh peminatnya yang juga ditanya soalan yang sama.


Elizad membalas kesemua tweet mereka dengan menyatakan perancangan Allah itu sangat cantik sebenarnya.


Malahan, ada yang berkongsi kisah yang lebih menyedihkan iaitu ditanya soalan kenapa belum kahwin walaupun dah berusia.




Ya, tiada siapa yang tahu takdir kita dan pastinya perancangan Allah adalah yang terbaik. Jadi, jagalah tepi kain sendiri dan elakkan bertanya soalan provokasi kepada mereka yang belum dikurniakan anugerah dalam hidup mereka. - CARI 
18

Bagus
12

Marah

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 21-6-2018 01:55 PM
Bila kau nak lenyap dari  industri ni?
Quote rosasen 21-6-2018 02:21 PM
besarkecik replied at 21-6-2018 01:55 PM
Bila kau nak lenyap dari  industri ni?

kenapa plak?
Quote besarkecik 21-6-2018 02:34 PM
rosasen replied at 21-6-2018 02:21 PM
kenapa plak?

Biar soalan lain dari yang lain. Baru tak tension nak jawab. Hahahaha
Quote Joannalee 21-6-2018 02:50 PM
Wow muka die da lain.. lt pakai sun glas da mcm sajat
Quote rosasen 21-6-2018 02:51 PM
besarkecik replied at 21-6-2018 02:34 PM
Biar soalan lain dari yang lain. Baru tak tension nak jawab. Hahahaha

LOL...mmg luar kotak
Quote hambaallah1709 21-6-2018 02:53 PM
cantik muka dia sekarang banding dengan dulu-dulu...
Quote mieymiey 21-6-2018 02:56 PM
Daripada tanya pasal anak, baik la makcik bawang tu tanya 'eh apasal hidung engko dah lain?'
Quote Minami2013 21-6-2018 03:01 PM
Edited by Minami2013 at 21-6-2018 07:04 AM

Dct dulu siap kena perli tak subur lagi on socmed by jamal jongos... cool je die... antara sikap yg i salute gak lah dct... padahal tu perkara yg sgt sensitif utk perempuan yg mmg lama dah nk anak...
Anyway, pertanyaan yg tk sensitif sampai mengguris hati org ni elok lah jgn tanye...
Quote clarizsa 21-6-2018 03:05 PM
Hmmm mmg cmtula selalunyaa
Sabar je lah ye
Quote munchkin 21-6-2018 03:06 PM
ni pun masuk berita
Quote gummygummy 21-6-2018 03:09 PM
bese la tu bawangs everywhere. kadang orang nak jadikan bahan borak tapi tak sedar benda tu menyakitkan.
Quote MadameOnion 21-6-2018 03:10 PM
cakap je "aminnn..inshaallah tak lama lagi"yang ko gile merempan pasaipa? memang tau ko takut beranak takut hilang bentuk badan model tu
Quote cupu 21-6-2018 03:21 PM
Sensitifnya...ko pun org melayu...masuk telinga kanan keluar telinga kiri la...dr kecik kot tau peel org kita camtu...style berbasa basi je...ayat yg pking byk aku dgr ms ry,turun je kete sampai umh sedara mara then jumpa plk sedara mara yg lain mest ckp ehh...br sampai..oii,ko nmpak kan aku br turun kete.,tp lek arr...hehe..deme nk pns enjin utk smbung borak je tu.
Quote ALDRIN 21-6-2018 03:23 PM
Betul laaa tu....sbnrnya dikalangan masyarakat kita especially acik2 bawang mmg molot x reti control....just for the sake of conversation saja....terpulang kita nak jawab ke idak. Acik2 kena belajar apa itu RESPECT &  BIADAP.....

Iols balik kmpg menengokkan keta...ramai acik2 dok menanya ko keje berapa ribu gaji sebulan.....x jemput ke nk datang rumah baru ko? I was like? Lalu iols jwb...malas nya nk jawab...nk pg berak jap...boleh????
Quote sofiazara 21-6-2018 03:27 PM
baru ni tengok drama elizad berlakon tv2 muka dia kepam gila dan hidung pun lain sangat

tetiba dah secantik bidadari hidung pun da mancung dagu pun dah runcing. dulu jaw 4 segi

tapi takpe meols suka siti elizad berlakon best!
Quote fairy_fairy 21-6-2018 03:32 PM
Lainnya muka dia sekarang. Dah macam iras2 Rita Rudaini.
Quote kucingitam 21-6-2018 03:46 PM
bnyk je soalan nak mulakan bicara..tny lah dh mkn ke belum ke, byk buat kuih? jalan jem tak? hal2 peribadi org juga ko nak tny...
Quote potpetpotpet 21-6-2018 06:25 PM
cupu replied at 21-6-2018 03:21 PM
Sensitifnya...ko pun org melayu...masuk telinga kanan keluar telinga kiri la...dr kecik kot tau peel ...

Kalau setakat tegur, or nk start conversation,  or borak2 biasa je maybe la blh senyum je layan.
Tapi baru ni aku kena,  aku dah senyum and jawap insyaallah ade rezeki nanti adalah.
Makcik puaka boleh plak buat muka tak puas hati pastu sambung ckp "alaa sebenarnya kau yang tak nak anak kn??  Kau tak suka ada budak kecik kan?  Kau nk honeymoon ngan laki ko je kan??  Ntah2 kau x cuba pon!"

Eh celaka sangat!
Quote brainbiru 21-6-2018 06:40 PM
Berebut la nak post status2 camni....  Bini lan solo...  Linda rafar...  Ellizad....  Next!

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.184749 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top