CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Puasa Sampai Sakit Otak, Merungut Duit Raya RM5 Tak Cukup Untuk Budak! - Netizen

19-6-2018 12:36 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 9930| Komen: 64|Original author: Oleh: Ain

Description: Orang ramai terutama budak-budak yang masih 'layak' menerima duit raya selalu salah faham.
Orang ramai terutama budak-budak yang masih 'layak' menerima duit raya selalu salah faham.

Mereka menyangka duit raya 'wajib' diberi setiap kali menjelang syawal selepas sebulan menahan lapar dan dahaga, sedangkan ianya hanyalah satu tradisi atau boleh dianggap sebagai amalan bersedekah.




Sehubungan itu, seorang pengguna Facebook meluahkan kekesalannya apabila seorang pengguna Instagram memuat naik gambar di Instastory mendakwa pemberian duit raya di bawah RM5 adalah tidak releven di zaman kini untuk kanak-kanak.




Risha Chubs mendakwa kenyataan individu berkenaan adalah mengarut di samping menegaskan pemberian duit raya hanyalah satu tradisi dan bukan satu kewajipan.

"Ianya bergantung kepada kemampuan kewangan setiap individu asalkan ikhlas,"
tulisnya.




Ramai netizen bersetuju dengan kenyataan Risha selain menyelar kenyataan merepek individu berkenaan.


Merepek je


"Sebaiknya, ajarlah anak-anak untuk bersyukur. Jangan pula bila buka sampul merengek 'Kenapa RM2 je',"
komen netizen.




Malah, ramai yang ingin mengetahui siapakah tuan punya IG berkenaan.


Kesian dia, puasa sampai sakit otak


"Budak yang post kat IG dia ni minta kena smack down,"
tulis netizen.




Dalam masa sama, ada juga yang sempat berseloroh mahu beraya di rumah individu berkenaan kerana mungkin mereka boleh mendapatkan duit raya melebihi RM50.


Foto: FB Risha Chubs

Ada yang mengenali tuan empunya diri? Manalah tahu, mungkin benar dia sangat bermurah hati memberi nilai yang besar sebagai duit raya kepada budak-budak kecil. - CARI
9

Bagus
22

Marah
21

Terkejut
26

Sedih
8

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 19-6-2018 12:50 PM
akak mmg tak bagi duit raya lgsg kat budak2...kowserrrrrrrrrrrrr
akak cuma bagi duit raya kat parents, nenek dan mak teh akak jah
sbb diorg banyak berjasa pd parents akak dr dulu lagi
mak long akak pun byk berjasa smpi hantar bapak akak masuk U in 70s
tp mak long akak udah meninggal..kalau dia masih ada lagi, dia pun akan dpt duit raya dr akak
Quote missinpiece 19-6-2018 12:52 PM
Merepek je. Suka hati la tuan empunya diri nak bg berapa ikut kemampuan. Utk saudara rapat mungkin bg lebih sikit, utk anak2 jiran @ kanak2 yg lain kalau ramai peruntukan mungkin rm3 - rm5 je. Kalau sorang dua bolehla hulur rm5 - rm10. Ikut situasi.
Quote capiloton 19-6-2018 01:18 PM
ikut amanat orang kaya haji bakhil.
budak2 tak boleh pegang duit banyak2.

menjoyah sambil speaking london konon bijak sangat lettew
puii
Quote alieyrina 19-6-2018 01:39 PM
Aku bagi ikut mood..paling byk dlm angpau tu 3hengget jah..mana yg merungut dpt rm1 aku dah bleklist
Quote shernazz 19-6-2018 01:48 PM
Iols letak sekadar.mampu saja
Sedara mara rm2 atau rm5
Anak anak sedara rm5 je...
Quote shernazz 19-6-2018 01:48 PM
Yang oenting ikhlas
Iols.tgk.cite duit raya smalam.rasa.nak.hempuk je budak.tu..hahaa
Quote farah82 19-6-2018 02:17 PM
Tambah kalau yg jenis kata rm2 ja..? Sbb biasanya budak2 yg mulut mcm tu datang ya daripada makpak jgk.. Ajarilah anak2 bersyukur dgn seadanya..

Iols pantang kalau budak dpt duit raya terus buka terus komplen..
Quote farah82 19-6-2018 02:17 PM
Tambah kalau yg jenis kata rm2 ja..? Sbb biasanya budak2 yg mulut mcm tu datang ya daripada makpak jgk.. Ajarilah anak2 bersyukur dgn seadanya..

Iols pantang kalau budak dpt duit raya terus buka terus komplen..
Quote idakamaruddin 19-6-2018 02:20 PM
cmf_premierleag replied at 19-6-2018 12:50 PM
akak mmg tak bagi duit raya lgsg kat budak2...kowserrrrrrrrrrrrr
akak cuma bagi duit raya kat paren ...

nsb akak cakap awal2..br igt nk g beraya umah akak bw anak2 cari duit raya


Quote idakamaruddin 19-6-2018 02:22 PM
iols pn limit bg duit raya..bkn la xde duit apa sgt tp tahun ni mmg bajet lari bkn apa mertua masuk hospital sakit ngn ubat2 lg apa sume..iols pn x raya mana pn so mmg reserve duit raya utk anak2 yg rapat ngn weols je

Quote nuryakmal 19-6-2018 02:24 PM
tak tau la pulak syarat sah puasa kena bagi min duit raya.

Quote Shirley23 19-6-2018 02:32 PM
Kat page-page fb yang berjuta likes tu pun dok seru budak/remaja jangan berhenti beraya kalau belum dapat duit kaler purple. Wth, patutnya ajar budak bersyukur. Dah cukup baik ada orang nak beri duit raya walaupun rm5 jer. Duit jugak tu.
Quote olaoliolu 19-6-2018 02:37 PM
Anak iols tak dapat pun takpe la. Dah pehal eh bebudak sekarang kan main memekak. Eh lupa, yelah nak kumpul beli iphonex la minum Starbucks la. Makcik Pakcik kau balik berkumpul lepak mamak je paling paling pun buat air kat rumah minum ramai ramai. Demandnya bebudak sekarang ni.
Quote nuerulcayang 19-6-2018 02:51 PM
anak2 yg kurang ajar msti parent diorg cmni....

dlu laki aku penah kena..bg duit raya 2rm kt budak2..sorg budak tu ckp 'ala 2 ringgit je'...

laki aku ckap bersyukur la dik.. dari 2 ringgit blh jd 10 hinggit...lau xnk abg amik blik...

trus budak tu blah..
Quote cmf_premierleag 19-6-2018 02:51 PM
olaoliolu replied at 19-6-2018 02:37 PM
Anak iols tak dapat pun takpe la. Dah pehal eh bebudak sekarang kan main memekak. Eh lupa, yelah nak ...

bebudak nak minum starbak tu sbb nak upload gambo cawan starbucks + nama diorg skali kt ig fb...sambil2 tu bleh check in location strabucks outlet bagai.........kengkonon hipster urban la tuh kekdahnya
kalo pakai duit sendiri tu akak x kesah la kan
Quote cmf_premierleag 19-6-2018 02:52 PM
idakamaruddin replied at 19-6-2018 02:20 PM
nsb akak cakap awal2..br igt nk g beraya umah akak bw anak2 cari duit raya

meh la datang umah akak
bleh makan2 sambil sambung berforum di alam nyata
Quote cmf_premierleag 19-6-2018 02:53 PM
lawaknya budak2 bbnu zaman skang
puasa smpi sakit otak ....like seriously???
apsal kau tak mamposss terus je ms puasa hari tu
Quote imatt 19-6-2018 03:07 PM
Daripada aku bagi RM5 kat orang yang tak reti bersyukur, baik aku bagi kat orang yang betul2 memerlukan. Sori la, kau tak layak..
Quote CikNano 19-6-2018 03:44 PM
Puasa niat kerana Allah. Ini puasa niat kerana nak duit alahai...  

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.222196 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top