CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal Memandu Ketika Mengantuk

8-5-2018 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3327| Komen: 16

Padag meneruskan pemanduan ketika mengantuk, seorang pemuda maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok.

Memetik Utusan Online, kejadian berlaku di Jalan Kota Bharu - Machang berhampiran Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, pada jam 6 pagi semalam.




Nahas berkenaan menyebabkan mangsa, Mohd. Fadzil Mohd. Zuki, 23, cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu yang dipercayai rakan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, ketika kejadian kenderaan dinaiki mangsa menghala ke Kota Bharu dari arah Machang.

"Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu dipercayai tertidur sebelum kereta berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, lalu melanggar sebatang pokok. 


"Ekoran daripada pelanggaran itu, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian," kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik.


Foto: Utusan Online

Tambahnya, mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat. 

Menurut Mohd. Fadzil, pihaknya masih menjalankan siasatan ke atas kemalangan berkenaan mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI
3

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 8-5-2018 10:17 AM
Takziah...
rugi 1 undi
Quote insulin 8-5-2018 10:29 AM
Jalan ni memang best kalau nak bawa kereta laju-laju. Maklumlah agak lurus....
Quote moonbug 8-5-2018 10:42 AM
Takziah. Driver mengantuk yg lain tak take turn ke?
Quote minguk 8-5-2018 11:50 AM
insulin replied at 8-5-2018 10:29 AM
Jalan ni memang best kalau nak bawa kereta laju-laju. Maklumlah agak lurus....

haah betul.. semua laju2 kat sini
Quote insulin 8-5-2018 11:54 AM
minguk replied at 8-5-2018 11:50 AM
haah betul.. semua laju2 kat sini

Memang best kalau dapat memecut di sini waktu dinihari. Kalau waktu siang, jangan mimpi boleh bawa laju. Jalan utama yang sentiasa sibuk. Belum lagi driver-driver makcik pakcik tok nenek bawa kereta slow 50km/h...
Quote minguk 8-5-2018 12:14 PM
insulin replied at 8-5-2018 11:54 AM
Memang best kalau dapat memecut di sini waktu dinihari. Kalau waktu siang, jangan mimpi boleh bawa ...

50km lane kanan, nak motong ambil lane kiri, kalau nasib tak baik ada motor perasan lori kat sebelah kiri hahahhahahha
Quote mieymiey 8-5-2018 12:48 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Quote haryatie 8-5-2018 12:50 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun...
siannyaa
Quote prettyuglybabe 8-5-2018 01:27 PM
tak pasal-pasal penumpang pulak yang hilang nyawa..
Quote grizz 8-5-2018 02:38 PM
xsmpt ngundi esok..
papepon takziah la kt kluarge yg terlibat..
Quote chinta89 8-5-2018 04:06 PM
takziah.



kenapa lah x perasan drive rmengantuk... ak bimbang btl kalau driver mengantuk, baik aku offer diri nak ganti.
Quote gede-bab 8-5-2018 04:36 PM
kalau tak salah mangsa adalah pelajar USIM yang pulang untuk mengundi...
Quote makita 8-5-2018 04:48 PM
Takziah. Moga keluarga yg ditinggalkn tabah hadapi dugaan.
Ngantuk satu hal.
Naik kete ngn bdk2 bwh 26 thun ni bole dia berwhats Up waktu drive. Kental sgt kah nyawa tu?
Quote sarahmirza 8-5-2018 05:14 PM
Driver yang mengantuk, penumpang yang mati.
Tak rasa bersalah seumur hidup ke sebabkan kematian kawan sendiri?
Takziah kepada keluarga si mati.
Quote jue10 8-5-2018 09:35 PM
Pemandu yg mengantok yg sblh mati.
Quote dani-rox 8-5-2018 11:26 PM
kecuaian hingga membawa maut

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052841 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top