Catriona Ross menerusi Instagram mempersoalkan tindakan doktor klinik swasta di Marang, Terengganu yang menjual vaksinasi palsu.
Malah, menerusi hantaran itu dia menyindir tindakan individu berkenaan memakai dua lapis pelitup muka sedangkan dia sudah mencemarkan profesion seorang doktor untuk meraih keuntungan peribadi. Utusan sebelum ini melaporkan polis menahan doktor antivaksin berusia 51 tahun itu selepas tembelangnya pecah ketika menawarkan khidmat menjual sijil vaksinasi palsu di sebuah rumah di Kampung Mengabang Tengah. Difahamkan, dia melakukan perbuatan tidak beretika tersebut sejak September lalu dan sepanjang tempoh itu, lebih 1,900 sijil vaksinasi Covid-19 dikeluarkan dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600 seorang. - CARI
|
ADVERTISEMENT