CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Twitter Edisi Khas Buat Fitnah, Polis Buka Kertas Siasatan

13-1-2022 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1557| Komen: 4

Description: Satu kertas siasatan dibuka terhadap pemilik akaun Twitter 'Edisi Khas' yang mendakwa polis Negeri Sembilan terlibat dalam kehilangan barang kes iaitu wang tunai berjumlah lebih RM600,000 pada Mei 202 ...
Satu kertas siasatan dibuka terhadap pemilik akaun Twitter 'Edisi Khas' yang mendakwa polis Negeri Sembilan terlibat dalam kehilangan barang kes iaitu wang tunai berjumlah lebih RM600,000 pada Mei 2020.


Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, dakwaan itu adalah fitnah dan polis sedang mengesan pemilik akaun berkenaan untuk tindakan lanjut.



"Saya menafikan dakwaan itu kerana polis telah menyerahkan siasatan kes berhubung kehilangan barang kes wang tunai kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah," katanya kepada media pada Khamis.


Pada Rabu, akaun Twitter yang menggunakan nama 'Edisi Khas' berkongsi satu laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki bertarikh 5 Mei 2020 berhubung kehilangan wang tunai lebih RM600,000 miliknya ketika ditahan oleh polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.




Sementara itu, Mohamad berkata, hasil siasatan mendapati kehilangan wang tunai itu pada mulanya berpunca daripada tangkapan kes penyeludupan rokok oleh IPD Seremban pada Mei 2020.

Bagaimanapun katanya, kes itu telah diserahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut dan ia telah pun selesai.

"Enam anggota polis telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM. Kes ini telah selesai, kenapa perlu timbulkan lagi, ini merupakan satu fitnah," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 13-1-2022 05:40 PM
pusing jgn xpusing. edisi melly go round
Quote Thunderclouds 13-1-2022 05:45 PM
Kt neg pasir bdengung xwujud perkataan whistleblower.
Quote kotakominami 13-1-2022 09:46 PM
Maknenyer duit tu memang hilang ke mcm mane?
Quote Belibis 14-1-2022 04:47 PM
Kata fitnah..tapi enam anggota kena panggil dengan sprm..espiarem pun 2x5...ntah lerrr..nak percaya kat sapa sekarang ni.

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.074176 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top