CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ada Orang Sayang Nak Buang, Tapi Makan Roti Berkulat Boleh Bawa Maut'

13-1-2022 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1829| Komen: 9

Description: Keracunan makanan bukanlah satu kondisi yang boleh diambil remeh.
Keracunan makanan bukanlah satu kondisi yang boleh diambil remeh.

Mungkin ada yang melihat ia bukan kategori penyakit kronik, namun sudah banyak kes maut yang dilaporkan berpunca daripada keracunan makanan.



Gambar hiasan

Makanan yang terdedah, kotor dan tidak dimasak dengan betul mungkin antara penyumbang kepada keracunan makanan.

Namun, perkongsian seorang doktor mengenai salah satu punca keracunan makanan iaitu roti yang sudah 'expired' pastinya membuka mata kerana masih ramai yang mengambil ringan mengenainya.

"Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Nampak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti," tulisnya.



Tambah Dr Kamarul Ariffin, tabiat sesetengah individu yang membersihkan bahagian berkulat dan kemudian memanaskan roti bertujuan untuk membunuh kulat juga bukanlah tindakan yang betul.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Dr Kamarul Ariffin berkata kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin (mycotoxin) yang boleh menyebabkan gejala keracunan makanan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 13-1-2022 04:28 PM
Benda kalau dah rosak atau berkulat tak perlu ler gigih nak makan sebab masih banyak sayang terbuang tak pasal2 dapat sakit pulak nanti.
Quote Jitu 13-1-2022 09:12 PM
aku pernah jugak mkn yg dah berkulat ni sbb nak buang sayang

Quote sekngucing 13-1-2022 09:22 PM
aku pernah makan kek raya tahun 2005...tp.makan tahun 2006...setshun kemudian..aku buang putih2 dia tu
Quote namr 13-1-2022 10:43 PM
Selalu buatkdg2 beli roti pastu lupa nak makan tahu2 ada kulat..sayang la nak buang
Quote namr 13-1-2022 10:45 PM
Selalu makan je sbb iols kdg2 beli roti tp lupa nak makan tau2 dh kulat
Quote kotakbaju 13-1-2022 10:58 PM
Kalau iols pabila roti dah naik kulat walaupun tak semua keping kan iols ambik bagi semut atau burung je makan. Yang bagi tu ambik yang elok lagi cuma yang naik kulat tu buang la. Kang sakit perut pulak burung2 & semut2
Quote kotakbaju 13-1-2022 11:01 PM
Tapi penah la iols termakan roti yang ada kulat sikit pasal makan pun kelam kabut nak kejar masa. Tak sempat nak belek dah. Pastu teperasan sendiri. Rupanya roti dah expired.
Quote dudaberhias 13-1-2022 11:31 PM
Iols pernah termakan sebab tak perasan dah berkulat roti tu, mata kero betul

Pahit gila rasa dia macam biasa lepastu akan ada la sesi kambus mengambus
Quote Supersirap 14-1-2022 02:51 AM
Baguslah jika ada doktor yang memaklumkan info ni, sangat berguna

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.053831 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top