CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Not My Problem - HKL Kenal Pasti Pegawai Farmasi Biadab

13-1-2022 04:05 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 9595| Komen: 167|Original author: rikuren

Description: Tular di Facebook baru-baru ini mengenai seorang individu dikenali sebagai Syafarizal Sharif mendakwa dilayan dengan biadab oleh pegawai farmasi bertugas gara-gara perkhidmatan MyUbat di hospital berk ...


Tular di Facebook baru-baru ini mengenai seorang individu dikenali sebagai Syafarizal Sharif mendakwa dilayan dengan biadab oleh pegawai farmasi bertugas gara-gara perkhidmatan MyUbat di hospital berkenaan.




Add Image Caption Here

Ekoran insiden itu, Pengarah HKL Dr Rohana Johan dalam satu kenyataan medianya menegaskan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pegawai  farmasi terbabit. 

Tambahnya, siasatan dilakukan pihaknya mendapati terdapat kekeliruan antara pengadu dan pegawai bertugas.


Kredit foto - Facebook Hospital Kuala Lumpur

Perkhidmatan MyUbat tidak dapat dilaksanakan bagi ubat tertentu kerana kekangan stok bekalan yang terhad.

“Bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos memerlukan pembungkusan dua minggu lebih awal daripada tarikh pesakit menerima ubat tersebut,” katanya.

Insiden ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata meminta penjawat awam memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan awam terutamanya yang berurusan dengan orang ramai setiap hari. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iman_kasih 13-1-2022 04:23 PM
Kalau betul cerita ni,  tak boleh ke pharmacist tu terangkan elok2? Fahamkan pesakit sebab musabab dia. Jawapan tu macam biadab sangat je.
Quote glump 13-1-2022 04:25 PM
Kat tempat Kami , WA n collect sendiri lepas 3 Hari bekerja atau datang n tunggu ubat disediakan dalm 1-2 jam.  Tapi Kat farmasi tu semua macam vendor bukan kaki tangan hospital
Quote helicornia 13-1-2022 04:25 PM
glamer dr rohana dr hosp serdang ke hkl
Quote Orix 13-1-2022 04:27 PM
sg buloh ke hkl bukan jauh sgat pun. tp sbb pharmacist tu jwab not my problem mmg biadap la
Quote Timortimur 13-1-2022 04:30 PM
helicornia replied at 13-1-2022 04:25 PM
glamer dr rohana dr hosp serdang ke hkl

Shenzang hospital ke?
Lupa plk bila news china ulas ms kes sister hospital yg meninggal beberapa tahun lepas
Quote Artemesiaa 13-1-2022 04:30 PM
Thread dah ada
Quote kotakominami 13-1-2022 04:30 PM
Tu ler sombong...baru jaga kaunter ubat.....boleh je explain elok...takpon bagi alternatif sementara....nak jugak jawab cam bodo... mendapatlah....
Quote helicornia 13-1-2022 04:32 PM
Timortimur replied at 13-1-2022 04:30 PM
Shenzang hospital ke?
Lupa plk bila news china ulas ms kes sister hospital yg meninggal beberapa t ...

hosp serdang sis
masa kes nurse kena bunuh dgn mamat afrika
Quote Tokeybundle 13-1-2022 04:34 PM
Ada je pharmacist yg biadap cam tu
Sbnrnya kat mana2 pun ada
Sokong patient tu buat report
Padan muka.buat keje elok 2 x blh ke
Quote hyie 13-1-2022 04:49 PM
so far, kalau pergi ke klinik gomen, memang memasing pharmacist muka ketat dan tak friendly. Mungkin diorang bebudak baru grad atau praktikal atau apa meols tak tahulah. Namun memang pesennya gitu.

Bila explain pasal ubat cakap mendatar, tak mesra, senyum terpaksa, tak kira lelaki perempuan. Diorang macam tak faham etika kerja sebagai customer service kot? Rengsa meols...staf swasta ok je. Iye faham diorang kalut nak prepare ubat2 bagai, namun kerja tetap kerja yach. So padan muka ngko kene setepek dengan orang ni. CASH!!!
Quote stingerkaypoh 13-1-2022 05:42 PM
Padan muka.. mmg kaunter2 gomen ni sekor dua ada attitude problem!
Quote ninja boy 13-1-2022 05:57 PM
Sombong2 tak bagus hati tarak bersih makan rezeki dari kesombongan masuk perut jadi darah daging
Quote Thunderclouds 13-1-2022 06:11 PM
Besa yg muka ketat ni kt farmasi KK. Takat ni kt sepital wpun pharmacist dia suma kaunter cainis (kt sepital ampang,ada one time tu i p)mmg lyn elok tp sop bbolak balik ni stendet gomen lar. P cni ckp A,p sana ckp B,menda yg SAMA.
Quote caprut 13-1-2022 06:14 PM
hyie replied at 13-1-2022 04:49 PM
so far, kalau pergi ke klinik gomen, memang memasing pharmacist muka ketat dan tak friendly. Mungkin ...

Ko marah je pharmacist. aku pon mrah je pegawai farmasi aku walau aku staff sokongan. Terhegeh2 hegeh buat kjer. Yg kena mrah yg hadap pesakit aku korg dok blkg kaunter je
Quote caprut 13-1-2022 06:16 PM
Thunderclouds replied at 13-1-2022 06:11 PM
Besa yg muka ketat ni kt farmasi KK. Takat ni kt sepital wpun pharmacist dia suma kaunter cainis (kt ...

Pharmacist mmg ramai chinese pon. Tu dorg byk buat hal sndiri. Patient da collapse dkt dpan dorg pon buat bodoh. Nk tggu MA yg tgh bz gak urus. Tp doc chinese selalu okay je mgkin sbb doc ada india, melayu. Then kena kjer dgn SN yg majo melayu. MA yg majoriti melayu. So, dorg dapat assimilasi sikit la
Quote keane.somewhere 13-1-2022 06:38 PM
Biasa la kakitangan awam ....kerja sambil lewa
Quote shernazz 13-1-2022 06:42 PM
Timortimur replied at 13-1-2022 04:30 PM
Shenzang hospital ke?
Lupa plk bila news china ulas ms kes sister hospital yg meninggal beberapa t ...

Shaden sis..
Hahahah

@sofia_zara
Quote shernazz 13-1-2022 06:45 PM
Iols nak tau apakah tindakan depa setwrusnya
Quote MissVixen 13-1-2022 07:08 PM
Aku tengok banyak yang kerja farmasi backup besar membe diorang di fb. Siap cakap mangsa salah dengar, salah hospital bekalan tak cukup.. pokoknya semua salah orang lain la. Ahli farmasi suci. Boleh kurang ajar dengan pesakit.

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.087714 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top