CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sayu Tengok Ibu Pakai Kostum, Suap Dua Anak Dalam Hujan

7-9-2021 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2007| Komen: 2

Description: Jakarta – Video menyentuh hati seorang ibu memakai kostum watak kartun Mickey Mouse sambil makan bersama dua anaknya menjadi tular di media sosial dengan ramai netizen sayu melihat aksi mereka anak-b ...
Jakarta – Video menyentuh hati seorang ibu memakai kostum watak kartun Mickey Mouse sambil makan bersama dua anaknya menjadi tular di media sosial dengan ramai netizen sayu melihat aksi mereka anak-beranak, lapor laman berita Suara.com semalam.


Dalam video tersebut  yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, wanita berkenaan yang dikatakan mencari rezeki dengan memakai kostum Mickey Mouse sedang berteduh daripada hujan bersama dua anaknya.

Dia menyuap anak-anaknya makan dengan salah seorang daripada mereka dipangku di atas ribanya.


Foto: TikTok

Anak-anaknya turut kelihatan kesejukan kerana terkena tempias hujan.

“Terlihat mereka berteduh daripada hujan. Seorang ibu ‘badut’ dan dua anak yang kesejukan sambil memakan nasi yang diberikan orang lain.


“Di saat orang lain mahu berehat, ibu ini bekerja. Tolong lindungi mereka ya Allah,” tulis keterangan pada video tersebut.

Sementara itu, dalam satu video yang lain, kelihatan seorang wanita memberikan makanan ringan dan aiskrim buat kedua-dua kanak-kanak tersebut.

“Apabila melihat ibu tersebut bersama dua anak kecil yang berteduh daripada hujan, saya terfikir ingin membelikan anak-anaknya makanan ringan dan mereka tersenyum gembira,” tulis wanita tersebut.

Video yang dimuat naik itu menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa simpati dan sayu mereka melihat situasi tersebut.

“Kasihan anak kecil itu, pasti mereka kesejukan,” komen seorang netizen. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 7-9-2021 10:23 AM
Kat Tganu pun ada makcik yg pakai kostum yg warna pink tu apa nama watak katun tu tak ingat le pulekk
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 08:13 PM
moga murah rezeki anak beranak

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.095816 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top