CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Lelaki Kahwin 3 Serentak, Strategi Pemasaran Jurusolek?

6-9-2021 08:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2915| Komen: 5

Satu klip video memaparkan seorang lelaki didakwa berkahwin dengan tiga wanita serentak tular di media sosial serta mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai kesahihan rakaman tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.


Dalam video yang dimuat naik itu, lelaki tersebut kelihatan mengenakan baju pengantin adat Jawa dan diiringi tiga wanita didakwa isteri-isterinya.


Kredit foto: IG magelangzone

Dua daripada mereka  turut memakai pakaian pengantin lengkap dengan perhiasan kepala seperti dipakai pengantin perempuan berketurunan Jawa.

Bagaimanapun, wanita ketiga sekadar memakai baju kebaya tanpa perhiasan pada bahagian kepalanya.

Keempat-empat mereka berjalan seiringan menuju ke pelamin dan kemudiannya bersalaman dengan tetamu yang hadir.

“Keempat-empat pengantin kelihatan sangat bahagia ketika majlis perkahwinan mereka,” tulis keterangan pada video yang dimuat naik di laman Instagram itu.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan netizen berpendapat bahawa video itu adalah strategi pemasaran seorang jurusolek yang ingin mempromosikan solekannya.



Jurusolek tersebut dikatakan merupakan individu pertama yang memuat naik video itu dan mendakwa bahawa lelaki berkenaan berkahwin dengan tiga wanita itu secara serentak.

“Strategi pemasaran jurusolek,” komen seorang netizen yang tidak mempercayai kesahihan video itu.

“Inilah sebabnya mengapa ramai orang muda masih bujang,” kata seorang lagi.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 6-9-2021 09:25 PM
yendon?
hmmmm senyum sinis jah
Quote edayildiz 6-9-2021 09:26 PM
dlm islam boleh ke kawen serentak gini? pastu hanimun ssh la..sorg nk g surabaya..sorg nk g turki
Quote Cumikucingku 6-9-2021 09:27 PM
Yg dekat dahi pengantin pompuan bj hitam tu rambut ke?
Quote I.K.A888990 7-9-2021 02:22 AM
aummm la pak cik
bahagia la 3 sekaligus dpt
Quote whimsicalmusic 7-9-2021 02:00 PM
Cumikucingku replied at 6-9-2021 09:27 PM
Yg dekat dahi pengantin pompuan bj hitam tu rambut ke?

Bkn.. tu diorg lukis kt dahi guna something mcm celak or pidih..mmg kalo mekap org sana byk ltk ni kn

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.054528 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top