CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Israel Malu Besar, Enam Rakyat Palestin Berjaya Lolos Dari Penjara Ketat

7-9-2021 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2422| Komen: 8

Description: Baitulmaqdis: Enam tahanan rakyat Palestin termasuk seorang bekas pejuang terkenal meloloskan diri dari penjara di utara Israel hari ini.
Baitulmaqdis: Enam tahanan rakyat Palestin termasuk seorang bekas pejuang terkenal meloloskan diri dari penjara di utara Israel hari ini.

Mereka berbuat demikian melalui terowong yang digali di bawah singki.


Ia menyebabkan rejim Israel menggerakkan operasi besar-besaran untuk mengesan enam individu berkenaan.


Foto: EPA

Dilaporkan kira-kira jam 3 pagi, penduduk tempatan berhampiran Penjara Gilboa melihat 'individu mencurigakan' dan melaporkannya kepada pihak berkuasa, kata satu kenyataan dari Perkhidmatan Penjara Israel (IPS).

IPS mengesahkan mereka yang melarikan diri termasuk Zakaria Zubeidi, seorang pemimpin pejuang terkemuka dari bandar Jenin di Tebing Barat.


Beliau adalah bekas ketua Briged Pejuang Syahid Al-Aqsa dan tokoh terkenal dalam kalangan rakyat Palestin dan Israel.

Operasi pencarian besar-besaran segera dilancarkan membabitkan polis, tentera dan pasukan khas, menurut kenyataan dari IPS dan polis.

Anjing pengesan dan aset udara digunakan dalam pencarian dan pusat pemeriksaan yang didirikan di kawasan sekitarnya.



Tentera mengatakan pasukannya 'bersiap siaga dan dikerahkan' di Tebing Barat sebagai sebahagian daripada operasi itu.

Pegawai penjara mengeluarkan video yang menunjukkan sebuah terowong sempit yang digali di bawah sinki.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum Israel memulakan cuti dengan Tahun Baharu Yahudi yang bermula pada waktu matahari terbenam. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 7-9-2021 10:22 AM
Ni betui2 ikut citer Shawshank Redemption nih
Quote gbam 7-9-2021 10:48 AM
https://www.youtube.com/watch?v=eQgW5U6a2wo

video dari youtube cara mereka korek
Quote edayildiz 7-9-2021 04:26 PM
hebatnya..cmna dorg buat lubang tanpa peralatan..ingtkn penjara israel ni ketat sgt..plot twist..pegawai penjaea israel ada sorg baik hati tlg
Quote jazaa100 7-9-2021 05:12 PM
Dasat betul.....dorang ni dgn sudu pun blh buat kerka....
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 08:10 PM
tengok laa sape yang terlepas
bukan calang-calang
Quote lavendernovella 9-9-2021 01:55 AM
Pengawal tido time dorang escape.

Tak tau lah level padu mana dorang amal yassin ayat 9.
Quote Dwdrum 9-9-2021 08:10 AM
Alcatraz pun ada yang lepas... Apa sangat prison yang ada di atas mainland
Quote ninja9 9-9-2021 06:13 PM
edayildiz replied at 7-9-2021 04:26 PM
hebatnya..cmna dorg buat lubang tanpa peralatan..ingtkn penjara israel ni ketat sgt..plot twist..peg ...

ikut lubang taik ... seperti dlm movie the shawsank redemption

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.068816 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top