CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Pemandu Kereta Hanyut Redah Banjir Ditemukan

7-9-2021 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2709| Komen: 8

Description: Mayat seorang lelaki, dipercayai pemandu Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Kiansom, Inanam di Kota Kinabalu, Jumaat lalu, ditemui pada Isnin.
Mayat seorang lelaki, dipercayai pemandu Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Kiansom, Inanam di Kota Kinabalu, Jumaat lalu, ditemui pada Isnin.

Mayat Simon Sanga Tupe, 68, ditemui berdekatan dengan sungai Kiansom di Kg Dambai, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat.


"Kita akan mendapatkan pengesahan identiti lain daripada ahli keluarga," katanya.

Terdahulu, mayat mangsa ditemui penduduk kampung.

Kereta Myvi itu sebelum ini ditemui dan dibawa keluar dari sungai, dengan penemuan mayat penumpang, Juning Maturin, 27, yang terperangkap di tempat duduknya.


Simon bagaimanapun tidak berada di dalam kenderaan.

Insiden kereta Myvi YANG dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah banjir pada kira-kira pukul 6 petang Jumaat, dirakamkan menerusi video yang tular.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang berlangsung selama empat hari ditamatkan pada Isnin. - CARI

Sumber: The Star

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mini.Me 7-9-2021 10:01 AM
Akhirnya jumpa...salam takziah kpd keluarga
Quote KamikuP 7-9-2021 10:19 AM
Dengar cerita sebelum tu ada 4 wheel yg lepas lalu jambatan tersebut.
Quote noor2 7-9-2021 10:28 AM
Ni ke...[youtube]R__RZDQ8c44[/youtube]
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 08:14 PM
Takziah diucapkan
Kalau dah deras sangat tu, jangan la menempah maut nak lalu
Quote Fortiori02 11-9-2021 10:04 AM
Takziah kpd keluarga mangsa
Quote supernaturalee 11-9-2021 10:27 AM
X fhm lh dorg ni
Air yg lalu tu totally dh mcm jd laluan sungai yg deras
Tp pi redah jgk
Kan dh mendapat

Btw igtkn kes myvi tu dh selamat
Rupanya meninggal ye
Kejadian jumaat lps, jumpa hr isnin
Berita keluar sabtu
Lm jgk br up
Anyway takziah pd family nya

Pengajaran pd semua jgn jd mcm ni
Btw mn pemerintah dorg
Ltk lh sign board ke
Buat jambatan sementara mcm yg tentera pny tu ke
Obviously ada segelintir rakyat yg x bijak dlm menilai risiko



Quote darkness 11-9-2021 10:35 AM
Sebenarnya ada 2 kenderaan 4wheel yang dari arah bertentangan myvi lalu sungai tu dan selamat. Pastu myvi ni barangkali kompiden selamat jugak..tp tulah..dah ajal kan..lagipun myvi ni kan ringan..bukan mcm 4wheel tu ada low gear dan mmg berat. Myvi ni tenggelam dalam sungai masa operasi menyelamat. 3 atau 4 hari ke baru jumpa kereta ni. Kondisi kereta pun remuk teruk mcm kena langgar treller..masa diyemui, jenazah masih dalam kereta
Quote MeghanK 11-9-2021 10:42 AM
kesian nya sekelip mata, rest in peace both of them

tapi nak komen on myvi drivers ni meols heran dorang punya pemikiran duk rasa kereta tu hebat sangat..kalau air naik kat semenanjung ni pon memang myvi la kaki redah air jugak..dorang taktau ke myvi tu ringan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.043131 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top