CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muntah 130 Kali Sehari- Lapisan Perut Rosak, Kerongkong Terobek

7-9-2021 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2664| Komen: 19

Washington: Seorang ibu muda yang mempunyai simptom ketika hamil yang jarang berlaku seperti dialami Duchess of Cambridge, Kate Middleton apabila muntah hingga 130 kali sehari.


Breanna Schroeder, 19, mengalami 39 minggu gravidarum hiperemesis (GH) selepas didiagnosis pada peringkat awal kehamilannya.

Portal Mirror melaporkan keadaan perubatan yang jarang berlaku itu menyebabkan mual dan muntah berlebihan kepada wanita hamil yang menderita penyakit itu.


Foto: Agensi

Breanna dari Greeley, Colorado itu mengalami gejala dalam tiga minggu pertama kehamilannya, lapor Nottinghamshire Live.

Pada awalnya dia pergi ke jabatan kecemasan dengan sakit perut dan muntah beberapa kali sehari.


Pada minggu ketujuh, Breanna sering muntah, rata-ratanya 80 kali sehari, malah pernah mencecah lebih 130 kali sehari.

Dia kemudian didiagnosis menghidap GH.

Dia mengatakan akan menghabiskan sepanjang hari di tandas kerana tidak dapat makan atau bergerak.

Dia berkata: "Saya tidak dapat memahami apa yang sedang terjadi pada tubuh saya.

"Pada hari-hari terburuk saya, akan muntah sehingga 130 kali, seperti ingin membuang hempedu dan darah.

"Muntah menjadi teruk sehingga saya merosakkan lapisan perut saya secara kekal dan merobek kerongkong saya," katanya.

Menurutnya, dia hanya dapat makan sekeping wafel setiap tiga hari dan akhirnya mula menerima suntikan cecair untuk menggantikan makanan dalam badannya.

Pernah satu ketika dia hamil, dia mengambil 15 ubat yang berbeza, tetapi doktor tidak dapat mengetahui cara untuk meredakan simptom itu.

Selepas 39 minggu, dia akhirnya selamat melahirkan Adela yang kini sudah berusia lima bulan.

Ketika proses kelahiran, remaja itu sudah kehilangan hampir 36 peratus daripada berat badannya dan hanya seberat kira-kira 45 kilogram.

Namun, selepas bersalin, keadaannya beransur-ansur baik dan dia kini pulih sepenuhnya daripada penyakit berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 7-9-2021 09:48 AM
kesiannyaa.. besar pengorbanan seorg ibu nak lahirkan seorg anak.
Quote Reira77 7-9-2021 09:55 AM
Mesti muntah acid sbb sampai terobek perut dgn kerongkong. Sakit oi muntah acid.
Quote djzara81 7-9-2021 10:16 AM
Alhamdulillah, sepanjang aku pregnant tak pnh kene GH. Setakat nauseas tu biasa. Tapi member ramai kene GH sampai warded berbulan2. Ade yg susut berat smpi 2nd trimester sbb bila mkn je muntah.
Quote mclaren 7-9-2021 10:19 AM
Kesiannya.

Comel ibu ni
Quote rospinki 7-9-2021 10:21 AM
pengalaman aku jika terlalu teruk morning sickness smpi kemalam smbung ke siangnya 24 jam nak muntah anak tu ceredik..tgk la bapaknya tu gene kuat tu psal teruk membawak budak. haha..gene yindia mari..comel la baby tu
Quote naina 7-9-2021 10:24 AM
rospinki replied at 7-9-2021 10:21 AM
pengalaman aku jika terlalu teruk morning sickness smpi kemalam smbung ke siangnya 24 jam nak muntah ...
Yeke
. Orang yang morning sickness ni adalah satu hormon yang kurang kat maknya. Ni semua faktor pemakanan.
Quote rospinki 7-9-2021 10:44 AM
naina replied at 7-9-2021 10:24 AM
Yeke
. Orang yang morning sickness ni adalah satu hormon yang kurang kat maknya. Ni semua faktor pe ...

ya..itu pakar ckp tapi kat mana nk tepek dari mana tak igt. masa preggy ia memerlukan byk sumber dari ibu utk otak baby dan sebab itu ibu mengalami alahan yg teruk. seriusli teruk muntah ijo satu hari smpi nk beranak kau rasa..cerdik tu takyah ko beriya ajar atau hantar tusen, bolela takat masuk kelas pandai. sorry kalau salah maklumat.
Quote Suchi 7-9-2021 11:04 AM
Benda paling iols benci bila ngandung, sakit beranak tu lagi iols rela hadap drpd ngadap mabuk ngandung ni.
Ya tuhan sampai nangis2, merangkak masuk toilet nk muntah.
Jenis muntah tu menekan2 perut sakit gila.
Pastu takde apa pun dia nk kuar juga asik menekan2 sampai terkencing2 dlm seluar.
Tak cukup tu setiap masa nak meludah air liur yg byk jd ke sana sini kena usung bekas utk meludah.
24 jam kepala sakit dan muntah2 bukan menda best.
Sudahnya kena g hospital masuk air.
Untungla sapa yg ngandung tak mabuk or tak teruk mabuknya.
Iols trauma dan dah tak sanggup nak lalui dah.
Quote Suchi 7-9-2021 11:06 AM
rospinki replied at 7-9-2021 10:21 AM
pengalaman aku jika terlalu teruk morning sickness smpi kemalam smbung ke siangnya 24 jam nak muntah ...

Yg iols tau anak perempuan mmg kuat mabuknya berbanding anak lelaki.
Pastu kalau kembar mmg teruk juga mabuknya sbb dabel kan.
Bijok tak bijok tu taktaulaa tapi kalau boleh biarlah ngandung yg takde mabuk langsung tu.
Iols sampai trauma weh herannya ada kawan iols ni mmg akan kena GH tiap kali ngandung tp gigih gak beranak sampai dekat 10 org dh anak dia.
Tak reti plak dia serik walau dia sendiri ngaku terseksa tiap kali ngandung.
Quote rospinki 7-9-2021 11:11 AM
Suchi replied at 7-9-2021 11:04 AM
Benda paling iols benci bila ngandung, sakit beranak tu lagi iols rela hadap drpd ngadap mabuk ngand ...

sama pesen mabok kita..tapi tkdla meludah mcmtu. seigt akak masa driv bole berenti tepi jalan layan muntah dulu puas2 uwekkkkk.. pastu smbg drive kepala stonememng muntah ijo..kaler kuning ijo tu. smpi akak geram bagi keluar semua haa muntah muntah smpi keluar isi perut ni..eee siksanya. igt abis kat situ..beranak pun sakit dahla lama contractornya. haha
Quote rospinki 7-9-2021 11:13 AM
Suchi replied at 7-9-2021 11:06 AM
Yg iols tau anak perempuan mmg kuat mabuknya berbanding anak lelaki.
Pastu kalau kembar mmg teruk ...

betul tu sisuchi, dable trable la anak pompuan +cerdik ..kan. insyaallah. tiap ujian itu Allah berikan kemudahan.
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 08:11 PM
kesiannya
tengah mengandung pun
macam2 hal nak kena hadap
Quote edayildiz 7-9-2021 08:18 PM
terobek= terkoyak
lawo maknya..ayah dia tu org apa..hnsem jgk..org belah colorado mmg gitu ke agaknya muka..bagai pinang di belah dua

oh dia muntah membawak sampai 9 bln ke? dasyat..mesti trauma dh nk ngandung
Quote acikhan 7-9-2021 08:20 PM
syukur haku jd mak nie...dari awal ngandung sampai bersalin dipermudahkan semua nyer...tgk kwn2 haku baca pengalaman dorg kesian n byk dugaan jd mak
Quote matamata 7-9-2021 08:29 PM
Kalau jadi kat bini aku tobat tak berani bagi dia ngandung lagi dah....kesian sangat

So kena nikah lagi satu lah jawabnya
Quote lurve82 7-9-2021 10:06 PM
Aku la slh sorg..masa 1stmester tu stp hari muntah dlm 20x-30x …penah masuk air dkt wad…skrg muntah lagi tp jarang la..tp still mual2…xsbr nk bersalin..nk hilgkan mual2 ni..
Quote lurve82 7-9-2021 10:08 PM
Anak 1st dgn 2nd dulu lepas bersalin pun aku masih muntah lg dkt labor room tu…besok dia tu baru hilg semua mual2…ntah knp la aku preggy lg skrg ni…ni last…
Quote genUmi 7-9-2021 10:31 PM
anak first x leh bau nasi lemak dan tengok kaler kuning

anak second x leh expose chaya yg terang


ngada ngada kan


utk tak off topic

aku boleh imagine ya muntah yg teruk tu sebb aku pun muntah sampai keluar bile yg hijau tu
Quote NekNgah 8-9-2021 12:30 PM
Faham sangat perasaan tu walaupun Ngah cuma muntah 2-3 aje sehari sepanjang 1st trimester.

Minum air putih pun muntah, itulah pengorbanan untuk melahirkan seorang manusia.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.160512 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top