CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Boleh Ke Tak Habiskan Antibiotik?

23-8-2021 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2031| Komen: 6

Description: Antibiotik adalah sejenis ubat penting yang sering diberikan kepada pesakit bersama ubat-ubatan lain.
Antibiotik adalah sejenis ubat penting yang sering diberikan kepada pesakit bersama ubat-ubatan lain.

Kebiasaannya, doktor akan memberi bekalan antibiotik untuk tempoh tertentu, namun segelintir pesakit berhenti mengambil ubat itu selepas merasakan dirinya sudah sembuh.



Kredit foto: National Center for Health Research

Persoalannya, adakah selamat untuk tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan meskipun badan sudah sihat?

Medical News Today melaporkan, antibiotik adalah ubat untuk membantu menghentikan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Ia bekerja dengan melawan bakteria sekaligus mencegah bakteria berkembang di dalam tubuh manusia.

Setiap ubat antibiotik daripada doktor perlu dihabiskan agar proses pemulihan dapat berlaku secara optimum.

Alasan di sebalik mengapa antibiotik perlu dihabiskan turut berkait dengan keberkesanan ubat tersebut. Apabila pengambilan antibiotik dihentikan, kuman belum tentu hilang daripada tubuh.



Kredit foto: Medical News Today

Ia juga meningkatkan risiko bakteria kebal terhadap antibiotik pada masa akan datang. Akibatnya, bakteria boleh terus hidup dan berkembang di dalam tubuh.

Kesan ketahanan terhadap antibiotik boleh membahayakan termasuk pesakit boleh terkena penyakit lebih parah, proses penyembuhan lebih lambat sehingga sesuatu penyakit sukar sembuh.

Untuk itu, pastikan antibiotik yang diberikan dihabiskan meskipun penyakit dialami sudah pun pulih.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote santhisnap 25-8-2021 11:43 AM
alah, antibiotik mmg kena habiskan lah
Quote shiraloveyou 25-8-2021 01:49 PM
Kalau tak habiskan, bakteria berkemungkinan tak mati betul2 dan boleh jadi resistant pada antibiotik...lepas ni kalau sakit tu datang balik, dah kena ambik antibiotik yang lagi kuat sebab antibiotik lama dah tak berkesan nak rawat sakit tu...
Quote CikYaYaYa 25-8-2021 04:00 PM
antibiotik wajib habiskan..
Quote ilacantik 25-8-2021 04:17 PM
Kalau doktor atau GP yg prescribe antibiotic suruh abiskan, kena lah abiskan. Negara yg meols tinggal ni, paling susah nak dapat antibiotic tau. Kalau dapat antibiotic macam dapat hadiah gitew. Siap kalau anak yg sakit, Doctor akan bincang dgn parents whether nak prescribe antibiotic atau tidak. Jadi, sayangilah antibiotic anda.
Quote ninja9 25-8-2021 06:11 PM
Edited by ninja9 at 25-8-2021 06:15 PM

dah ada pendapat baru iaitu bagi beberapa jenis antibiotik, cocktailah barangakli,... jadi jika bakteria tu mulai resistant kepada satu antibiotik ianya akan dibunuh oleh antibiotik lain, maksudnya walaupun dia resistant tapi varian yang mulai kebal tu tak dapat membiak
Quote TOPwind 25-8-2021 07:44 PM
CikYaYaYa replied at 25-8-2021 04:00 PM
antibiotik wajib habiskan..

sama juga mcm berkelamin

bermakna bercinta mesti sampai kepelamin

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.047484 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top