CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putus Ibu Jari Ditetak Dengan Golok, Pedang Cari Murai Cerek Dicuri

23-8-2021 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3005| Komen: 20

Description: Mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan. BACHOK - Seorang lelaki parah di kepala, badan dan kaki selain putus ibu jari tangan kanannya a ...
Putus ibu jari kanan selain luka terbelah di kepala, betis kanan dan lutut kiri akibat ditetak tiga lelaki dengan golok dan pedang.

Itu harga mahal perlu dibayar lelaki berusia 42 tahun ketika mencari burung murai cerek miliknya yang dicuri, dalam kejadian di Kampung Pauh Jabit, Tawang, di sini kira-kira pukul 4 petang semalam.



Kredit foto: Utusan

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mangsa pergi ke belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Yunus untuk mencari pemuda bernama Farid yang disyaki mencuri burungnya.

“Lokasi tersebut merupakan rumah rakan Farid yang bernama Jiji, namun Farid tiada di situ menyebabkan mangsa bertindak menggari Jiji untuk dijadikan tebusan. Ekoran itu, dia diserang tiga suspek dengan golok dan pedang sehingga cedera.


“Mangsa rebah di lokasi dan dihantar ke Klinik Kesihatan Beris Kubur Besar sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Kredit foto: Sinar Harian

Kata Mohamad Ismail, susulan kejadian tersebut, polis sedang giat memburu tiga suspek yang dikenali sebagai Jiji, Jimi serta seorang lagi rakan mereka bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 23-8-2021 07:06 AM
punca kejadian dipercayai akibat pergaduhan membabitkan burung peliharaan jenis Murai Cerek milik mangsa yang dikatakan dicuri seorang lelaki bernama Farid dua hari yang lalu.


kes curi burung rupanya
Quote xpdckelate 23-8-2021 07:10 AM
murai cerek sama ke dgn murai batu?
Quote primarikey 23-8-2021 07:22 AM
Gedebeh btul org kelantan...gaduh skit terus di parangnye org tu..x pasal2 jd buruan polis
Quote xpdckelate 23-8-2021 07:25 AM
primarikey replied at 23-8-2021 07:22 AM
Gedebeh btul org kelantan...gaduh skit terus di parangnye org tu..x pasal2 jd buruan polis

pikir pendek..pikir gedebe pastu nyesal tak sudah..mujur tak mati org tu,kalu tak jadi kes bunuh
Quote imanjannah 23-8-2021 07:27 AM
Ankara burung... huhu
Quote noor2 23-8-2021 08:16 AM
xpdckelate replied at 23-8-2021 07:25 AM
pikir pendek..pikir gedebe pastu nyesal tak sudah..mujur tak mati org tu,kalu tak jadi kes bunuh

Orang sana suka bela burung...knp ya....
Quote Samerosie 23-8-2021 08:21 AM
Orang lain yg mencuri orang lain lak panas.  Bagusla tak pasal2 kau yg kedalam, yg kawan kau si Farid tu aman2 jer menerus kan hidup di luar tirai besi.
Quote supernaturalee 23-8-2021 09:03 AM
Haluihnya pusat dia



Anyway pengecutnya dh lh curi burung org tu
Bwk geng
Siap bertetak2 lg
Saman ja ats cas cubaan membunuh

Quote kyozsamurai 23-8-2021 09:14 AM
tak pasal2 masuk penjara free2....
Quote Dwdrum 23-8-2021 09:20 AM
Harap dia rasa sakit bagaimana dera binatang ubah habitat burung....
Quote Simunggu 23-8-2021 09:23 AM
mereka ingat burung tu ikut hingga alam akhirat...burung sendiri cukuplah
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 10:04 AM
.... tu je??? pasal murai.kom?
berpedang bagai macam orang tu bunuh satu fam deme pulakkk balas dendam nya
Quote matjerk 23-8-2021 12:32 PM
Angkara Farid...
X pasal2 Jiji kena gari...
Angkara nak selamat kan Jiji..
X psl2 smpai berparang2..
Semua ni Farid punya pasal...
Klu kaunx curi burung dia...
X mengamuk lah dia
Quote TravellingBear 23-8-2021 01:44 PM
memang kat hospital boleh ambik gambar patient sembarangan macam ni ke
Quote edayildiz 23-8-2021 01:55 PM
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Yunus

i pernah sekolah sini xsampai 3 bln rasanya..kt blkg sekolah tu la ada mat rempit kejar i ngn kwn..kt sekolah tu jgk la ada seorang pakcik kantin mengamuk baling kucing dr kantin terus ketepi jalan..mcm baling bola.

mmg org sskjp suka berparang ke? tnya jer..
kwn i ckp sskjp terkenal ngn pedang samurai
Quote Artemesiaa 23-8-2021 01:59 PM
Mengerikan ada kes berlawan cakap ke sampai sanggup bertetak macam tu
Quote TeropongThaico 23-8-2021 02:04 PM
Ganah demo weii...
Demo keturune samurai ke bepede belako
Quote TeropongThaico 23-8-2021 02:05 PM
Lupo tanyo...
Murai cerek tu ghupo guano pulop?
Quote arareez 23-8-2021 03:01 PM
edayildiz replied at 23-8-2021 01:55 PM
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Yunus

i pernah sekolah sini xsampai 3 bln rasanya..kt blkg ...

Bukan chuolls pun sakjp jugak ke

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.152408 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top