CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Meniarap, Polis Buru Wanita Lolos Kawat Duri PKPD

13-7-2021 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2182| Komen: 7

Description: Kota Kinabalu: Satu video yang tular menerusi aplikasi TikTok sejak pagi tadi, menarik perhatian ramai apabila memaparkan aksi seorang wanita menyelinap keluar daripada kawat duri di kawasan Bandaran ...
Kota Kinabalu: Satu video yang tular menerusi aplikasi TikTok sejak pagi tadi, menarik perhatian ramai apabila memaparkan aksi seorang wanita menyelinap keluar daripada kawat duri di kawasan Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu.


Kawasan berkenaan adalah antara kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula semalam hingga 25 Julai depan.

Berikutan itu, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan wanita terbabit untuk siasatan lanjut.

Dalam video berdurasi 0.31 saat yang dirakam jam 8.30 malam tadi itu, memaparkan wanita berbaju putih dan berseluar jeans sanggup meniarap untuk meloloskan diri dari dawai besi berkenaan sebelum melarikan diri ke arah bangunan berhampiran.


Foto: Harian Metro


Difahamkan, sebelum rakaman dibuat, lelaki terbabit turut menjerit kepada wanita itu supaya tidak keluar daripada pagar besi berkenaan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu selepas rakaman berkenaan tular di media sosial.

Katanya, polis sedang mengesan wanita terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

"Kita nasihatkan kepada orang ramai yang berada di kawasan PKPD supaya terus mematuhi undang-undang ditetapkan.

"Ia bukan saja membahayakan diri masing-masing tetapi juga boleh dikenakan tindakan tegas kerana melakukan kesalahan melanggar perintah PKPD," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 13-7-2021 01:38 PM
apabila 'apa yg pernah berlaku' kat Lembah Klang aritu...tidak diambil iktibar 'pihak bertanggujawab'...di Sabah....
Quote slyfynx 13-7-2021 01:57 PM
Ahhhhh, and yet orang akan salahkan pihak bertanggungjawab dulu.
Ate, susah sgt ke nk dengar cakap?
And boleh eh selesai masalah kalau tunding jari kt petugas kalau diri sendiri dah bodoh nak mampos dan menyusahkan orang.
Ni nk buat cite sedih ape pulak?
Laki tertinggal kat luar pagar ke?
Quote AbukRokok 13-7-2021 02:37 PM
perakam video telah memalukan polis dan tentera
kawalan akan super diperketat
disengajakan
Quote nakkomenjugak 13-7-2021 02:53 PM
hmmmm dah ada yang ngikut dahhhh
Quote salmon-suki 13-7-2021 05:15 PM
Hahahaha.. marhaen dgn degil berpisah teda..nanti kena covid,salahkn gomen..{:smile{:smile{:smile
Quote Carcosa 14-7-2021 01:18 AM
Nak kemana lah betina ni.
Kang nak masuk balik cemana? Bangang please.
Quote mikasa 14-7-2021 09:15 AM
Terer laa wanita skrg...mungkin kesan masuk plkn zaman lepas spm dulu kot

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.039338 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top