CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azmin Ali Dikecam Jalan-Jalan Di Turki Bersama Keluarga

13-7-2021 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15337| Komen: 118

Description: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat menerima kecaman bertalu-talu daripada orang ramai ekoran tularnya gambar menteri itu di lokasi masjid ikonik di Turki, Hagia Sophia.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat menerima kecaman bertalu-talu daripada orang ramai ekoran tularnya gambar menteri itu di lokasi masjid ikonik di Turki, Hagia Sophia.

Warganet bahkan secara menyindir mengaitkan dengan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta kontroversi video aksi intim di bilik hotel di Sandakan yang gempar dua tahun lalu.

Google


“Jalan-jalan di Turki tu ikut pintu depan tau. Jangan ikut pintu belakang,” perli Awang Muhammad Hanifa.

Pengguna Facebook, JH Kiew pula mengingatkan Azmin yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) agar tidak lupa melunaskan segala perbelanjaan.

“Enjoy tak dekat Turki? Jangan lupa bayar bil pelancongan ya kali ini, nanti kena saman lagi,” sindirnya.




Lebih 1,700 komentar dalam tempoh 15 jam dimuatnaik majoritinya kecaman membanjiri ruangan komentar di Facebook Azmin.

Terdahulu, dia yang dikaitkan dengan Langkah Sheraton itu memuat naik hantaran berkaitan vaksinasi sebagai usaha untuk mengawal penularan jangkitan Covid-19.

“Wow! Seronok berjalan ke Turki. Rakyat disuruh duduk rumah. Kau sekeluarga terbang ke sana,” dakwa Suhana Mat Lazim.

Sementara itu, ada juga kecewa kerana rakyat lama ‘terkurung’ kesan larangan rentas negeri ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PK) tetapi sebaliknya tidak bagi Azmin sekeluarga.

“Seronok bercuti dengan keluarga? Orang lain di sini (Malaysia), nak ziarah mak ayah pun tak boleh. Anda seronok bawa keluarga jalan-jalan ke luar negara,” keluh Akmal Farid Fuad.

Foto Azmin di perkarangan Hagia Sophia di Turki bersama seorang ejen pelancongan tempatan tular di media sosial apabila ayat “… dan keluarganya (Azmin)” telah dipadam daripada siaran di Instagram Turkey Local Guides.

Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PN dan Ahli Parlimen Gombak itu dilaporkan berada di Eropah untuk lawatan rasmi.

Sebelum ini, dia berada di Austria untuk bertemu dengan Menteri Persekutuan bagi Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Dr Margarete Schramböck. -CARI

Sumber: Malaysia Dateline

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 13-7-2021 12:27 PM
Hahah jemin ni kebal yachhhhh
Selain tebal muka....
Family raya 1rumah pun boleyyyy
Quote dua_chzy 13-7-2021 12:28 PM
Beshnya jadik bibit2 Azmin. Dah la berjalan merata dunia, duit pun juta2 dalam akaun overseas. Sebab tu bangsat kuat gado dengan marhayen di socmed. Semoga dilaknati ya Azmin sekeluarga. Jika mati nanti dan akak still kutuk2 no al fatihah for you, please jangan blame akak karna bitter terhadap politician eksyen.
Quote Abahmung 13-7-2021 12:34 PM
Edited by Abahmung at 13-7-2021 12:57 PM


Azmin bergambar di Hagia Sophia, info ‘dan keluarganya’ dipadam

Oleh FAZLI RADZI / July 12, 2021


Ketika negara sedang berdepan penularan jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat bergambar di lokasi masjid ikonik di Turki, Hagia Sophia.

Foto Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tersebut bersama pemandu pelancong yang menamakan dirinya sebaga Necdet itu kini tular di media sosial.

Rata-rata rakyat Malaysia melenting apabila ungkapan “… dan keluarganya (Azmin)” dilihat telah dipadam oleh pengendali Instagram Turkey Local Guides.

“Ia merupakan satu penghormatan untuk membawa Mr Muhammed Azmin Ali (Menteri Kanan Malaysia).

“Dia sanggup dan bersabar (meluangkan masa) mendengar kisah-kisah mengenai Hagia Sophia, ” ujar pengendali Instagram berkenaan.

Dalam hantaran sama, pengendali itu turut memohon maaf atas kesilapan fakta yang dikongsi sebelum ini menerusi kapsyen asal posting berkenaan.

Bahkan, ruangan komen pada posting itu turut ditutup.

“Maaf kepada semua rakyat Malaysia. Saya membuat kesilapan berkongsi informasi salah.



“Ia merupakan delegasi rasmi MITI. Kunjungan ini sebahagian program yang dianjurkan oleh kerajaan Turki.

“Kami dibawa ke sana untuk solat Asar, ” jelasnya.

Untuk rekod, Hagia Sophia di Istanbul kembali dibuka sebagai masjid kepada semua masyarakat termasuk Islam, Kristian, Buddha dan golongan atheis.

Kali pertama Hagia Sophia dibangunkan sebagai gereja ketika Empayar Rom Timur pada abad keenam.

Namun, bangunan bersejarah dengan mozeknya yang berusia lebih 500 tahun itu diubah menjadi masjid selepas penaklukan Uthmaniyyah di Konstantinopel pada 1453.

Untuk rekod, Azmin yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) berada di Eropah untuk lawatan rasmi.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PN berkenaan berada di Austria untuk bertemu dengan Menteri Persekutuan bagi Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Dr Margarete Schramböck.
Quote haruslah 13-7-2021 12:35 PM
Jemin x heran jd Tpm ke hape...
Jd menteri miti pun dah okkkkkkk sgtttt
Quote biggirlduncry 13-7-2021 12:36 PM
Edited by biggirlduncry at 13-7-2021 01:05 PM

apa sangat la dosa nya setakat melawat hagia sophia
berbanding amal dia mencuci lantai masjidil haram...

jadi dia kebal dari dilaknati rakyat...

[ig]https://www.instagram.com/p/CPmfveBosIY/?utm_medium=share_sheet[/ig]

Quote slavehunter 13-7-2021 12:37 PM
dua_chzy replied at 13-7-2021 12:28 PM
Beshnya jadik bibit2 Azmin. Dah la berjalan merata dunia, duit pun juta2 dalam akaun overseas. Sebab ...

I tolong aminnnnn kannn.
Quote Artemesiaa 13-7-2021 12:39 PM
Mau meroyan geng yang kena beratur punya panjang kat Stadium Melawati mendengar perkabaran ini
Quote awanearisu 13-7-2021 12:40 PM
Hikmahnya, terserlah belang ahli politik semua. Alhamdulillah mudah sedikit nak buat pilihan selepas ini.
Quote naina 13-7-2021 12:46 PM
Amboii. Satu keluarga ke
Quote JohnyEnglish 13-7-2021 12:47 PM
dua_chzy replied at 13-7-2021 12:28 PM
Beshnya jadik bibit2 Azmin. Dah la berjalan merata dunia, duit pun juta2 dalam akaun overseas. Sebab ...

Semoga doa sister maqbool,insyaalla
Quote tripleid 13-7-2021 12:49 PM
rakyat kena kurung..menteri senang lenang makin angin obersea

[fbp]https://www.facebook.com/suararakyatpage/photos/1955969404581567[/fbp]
Quote syaz_lina 13-7-2021 12:52 PM
Puhlease la puak2 pintu blkg ni..negara nak roboh ko sedap2 ke sana ke sini pakai duit kerajaan.
Quote laksmanabentan 13-7-2021 12:52 PM
naina replied at 13-7-2021 12:46 PM
Amboii. Satu keluarga ke

opkos satu keluarga uoolssss....

dia nak risau apa sbb dia tahu dia kebal hukum di malaysia nih...
hihihi....
ada pihak mana2 berani tak???
Quote VirginLady 13-7-2021 12:53 PM
family upload gamba kata kat msia..background kat tv ada logi tv3. Hah live lah...kat malaysia, upload gamba lama buat apa
Quote nazzse 13-7-2021 12:57 PM
dua_chzy replied at 13-7-2021 04:28 AM
Beshnya jadik bibit2 Azmin. Dah la berjalan merata dunia, duit pun juta2 dalam akaun overseas. Sebab ...

Follow...
Sejahat penjenayah jahat lagi jemin & family
Quote jkom.gov.my 13-7-2021 12:57 PM
Janganlah kita berspekulasi berdasarkan maklumat yang tidak disahkan. Perbuatan ini lebih kepada menyebar kebencian kepada rakyat Malaysia yang tentunya tidak membawa apa-apa kebaikan. Diharapkan masyarakat tidak terpengaruh dengan taktik pembangkang yang sentiasa ingin menjatuhkan kerajaan. Fokuslah tenaga dan emosi kita kepada perkara yang berfaedah seperti saling tolong menolong membantu rakyat yang terjejas akibat Covid-19
Quote rashiman 13-7-2021 12:59 PM
berkerja sambil melancong
Quote jkom.gov.my 13-7-2021 01:07 PM
tripleid replied at 13-7-2021 12:49 PM
rakyat kena kurung..menteri senang lenang makin angin obersea


Quote hungryhenry 13-7-2021 01:19 PM
Hamboih ada jkom dalam ni kemain ya

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.340812 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top