CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Letupan Tangki Oksigen- 52 Maut, Wad Covid-19 Terbakar

13-7-2021 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1903| Komen: 5

Description: NASIRIYAH: Sekurang-kurang 52 terkorban, manakala 22 lagi cedera dalam kebakaran wad pengasingan COVID-19 di sebuah hospital di Iraq, semalam, menurut pegawai kesihatan.
NASIRIYAH: Sekurang-kurang 52 terkorban, manakala 22 lagi cedera dalam kebakaran wad pengasingan COVID-19 di sebuah hospital di Iraq, semalam, menurut pegawai kesihatan.

Kebakaran maut yang kedua seumpama itu dalam tempoh tiga bulan di Iraq berkenaan menyaksikan api tercetus di Hospital Al-Hussein, di sini, lewat malam tadi, sebelum berjaya dikawal pasukan pertahanan awam tempatan.

"Punca utama kebakaran itu ialah letupan tangki oksigen," kata sumber perubatan dengan pihak berkuasa kesihatan kepada AFP.

Jurucakap pihak berkuasa kesihatan tempatan, Haydar al-Zamili, berkata 52 mayat ditemui dan 22 mangsa lagi mengalami kecederaan, setakat awal pagi tadi, selepas api menjilat wad pengasingan COVID-19.

"Usaha mencari dan menyelamat sedang diteruskan," katanya sambil memaklumkan dikhuatiri masih ada mangsa terperangkap dalam bangunan itu.

Gambar Hiasan


Wad terbabit dilapor boleh menempatkan hingga 70 katil pesakit.

Dalam pada itu, puluhan orang yang berang, mengadakan tunjuk perasaan di luar hospital berkenaan selepas insiden terbabit.

Kebakaran itu turut mencetuskan gesaan dalam media sosial supaya tindakan tegas diambil, malah menuntut pegawai atasan untuk meletakkan jawatan.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan darurat di kawasan pentadbiran Gabenor Dhi Qar di mana Nasiriyah adalah ibu kotanya, serta mengarahkan doktor sedang bercuti supaya kembali bertugas untuk merawat mangsa yang cedera.

"Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhemi, mengadakan mesyuarat kecemasan dengan menteri dan ketua pasukan keselamatan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu," menurut pejabatnya melalui Twitter, hari ini.

Selain itu, katanya, teraju kesihatan di Dhi Qar dan ketua hospital terbabit sudah ditahan serta disoal siasat oleh polis.

Al-Kadhemi juga mengerahkan penghantaran bantuan perubatan kecemasan ke lokasi kejadian. - CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 13-7-2021 03:16 PM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Quote Artemesiaa 13-7-2021 03:23 PM
Bertimpa2 bala, takziah buat keluarga mangsa yang terlibat
Quote cicicumel 13-7-2021 03:24 PM
Ya Allah... Sudah jatuh ditimpa tangga
Quote Denco 13-7-2021 03:29 PM
Ya Allah...bala apekah...takziah buat mangsa
Quote nononcrux 13-7-2021 04:01 PM
kesiannya, meanwhile dekat malays frontliner sampi tegolek tolak pesakit.. kesian masing masing

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.051600 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top