CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melintas Melulu, Kanak-Kanak Parah Dilanggar Kereta

28-5-2021 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14322| Komen: 157

Description: KLANG: Seorang kanak-kanak perempuan parah apabila dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Delek Kanan, di sini, kelmarin.
KLANG: Seorang kanak-kanak perempuan parah apabila dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Delek Kanan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata dalam kemalangan jam 5.45 petang itu, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan, 5, dilanggar SUV jenis Perodua Kembara yang dipandu seorang wanita berumur 21 tahun dari arah Kampung Delek ke Sungai Udang.




"Ketika kejadian, wanita terbabit dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah di kampung sama.

"Mangsa dikatakan pada mulanya berada di tepi jalan tetapi tiba-tiba melintas secara melulu.

"Keadaan itu menyebabkan pemandu terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa kerana jarak terlalu dekat, walaupun telah cuba menekan brek kecemasan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Susulan itu, Shamsul Amar berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.


"Mangsa yang beralamat di Sungai Udang, didapati mengalami pendarahan pada limpa serta kecederaan usus. Kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar," katanya.

Shamsul Amar turut mengesahkan pemandu wanita yang bekerja sebagai kerani itu sudah membuat laporan polis berhubung nahas berkenaan.

"Pemandu terbabit sudah membuat laporan polis. Hasil siasatan mendapati akibat kemalangan itu, bumper depan bahagian kanan, lampu besar kanan dan fender depan kanan kenderaan dipandunya kemek.

"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video dalam media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak dilanggar sebuah kenderaan. -CARI

Sumber: Berita Harian
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_shya 28-5-2021 10:42 AM
Terbyg anak sendiri trauma abg yg melihat..trauma perempuan yg melanggar..moga baik2 sja ank manis..
Quote TOPwind 28-5-2021 10:45 AM
memehatikan video tu - budak tu yg terjah yg langgar tu pulak memang dia drive mcm biasa
Quote cap_ayam 28-5-2021 10:48 AM
budak2 memang lemah bab jangkaan jarak.
Quote dubuk 28-5-2021 10:49 AM
dengarnya pemandu kena lanyak ye ke
Quote Skuau 28-5-2021 10:51 AM
bebudak tetiba melintas...1 hal...yg pemandu pulok...dh tgok tu kawasan perumahan ke...kampung ke...perlahan la sikit...dan hati2..la
Quote prettyuglybabe 28-5-2021 10:52 AM
totally salah mak bapak yang reti membiak tapi tak reti jaga anak..
tengok tangan budak yang baju kuning tu pun bersimen..
lagi dibiar melepa tepi jalan..
Quote notM 28-5-2021 10:55 AM
Kawasan perkampungan Melayu memang camni suasane Nye....berbeza dengan perkampungan Jepun.

Dekat Jepun mana ada diorg lari2 cross jalan camni.

Selalu diorg bongkok badan dulu baru cross jalan sambil angkat tangan.
Quote CARI-MRO 28-5-2021 10:57 AM
KLANG: Seorang kanak-kanak perempuan parah apabila dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Delek Kanan, di sini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata dalam kemalangan jam 5.45 petang itu, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan, 5, dilanggar SUV jenis Perodua Kembara yang dipandu seorang wanita berumur 21 tahun dari arah Kampung Delek ke Sungai Udang.








"Ketika kejadian, wanita terbabit dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah di kampung sama.


"Mangsa dikatakan pada mulanya berada di tepi jalan tetapi tiba-tiba melintas secara melulu.


"Keadaan itu menyebabkan pemandu terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa kerana jarak terlalu dekat, walaupun telah cuba menekan brek kecemasan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Susulan itu, Shamsul Amar berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.


[youtube]el9uudiZEjk[/youtube]



"Mangsa yang beralamat di Sungai Udang, didapati mengalami pendarahan pada limpa serta kecederaan usus. Kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar," katanya.


Shamsul Amar turut mengesahkan pemandu wanita yang bekerja sebagai kerani itu sudah membuat laporan polis berhubung nahas berkenaan.


"emandu terbabit sudah membuat laporan polis. Hasil siasatan mendapati akibat kemalangan itu, bumper depan bahagian kanan, lampu besar kanan dan fender depan kanan kenderaan dipandunya kemek.


"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Terdahulu, tular satu rakaman video dalam media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak dilanggar sebuah kenderaan. -CARI


Sumber: Berita Harian
Quote notM 28-5-2021 10:58 AM
Edited by notM at 28-5-2021 10:59 AM
prettyuglybabe replied at 28-5-2021 10:52 AM
totally salah mak bapak yang reti membiak tapi tak reti jaga anak..
tengok tangan budak yang baju k ...


Betul sebab tu kena buat kempen kurangkan kadar pembiakan Etnik yg satu tu.

Kalau biarkan bahaye.

Bahaye dr segi ekonomi, ecosystem, social, mindset, environment, transportation system, dan sebagainye
Quote renko 28-5-2021 11:00 AM
orang naik keta konfem dipersalahkan
silap2 kena belasah
Quote renko 28-5-2021 11:01 AM
notM replied at 28-5-2021 10:55 AM
Kawasan perkampungan Melayu memang camni suasane Nye....berbeza dengan perkampungan Jepun.

Dekat  ...

bugis lintas jalan cmne lak
Quote Raline 28-5-2021 11:01 AM
bila jadi cam ni.... pemamndu juga di persalahkan!


dimana kepekaan ibu bapa dalam memjaga anak2?




tgk pada video btul2...




mintak dijauhkan lah ujian mcm ni
Quote Raline 28-5-2021 11:02 AM
prettyuglybabe replied at 28-5-2021 10:52 AM
totally salah mak bapak yang reti membiak tapi tak reti jaga anak..
tengok tangan budak yang baju k ...

btul tu.. tp kesian.... pemamdu di MAKI kaw kaw dah pemandu berusia 21 perempuan plak tu.. mau trauma dia
Quote prettyuglybabe 28-5-2021 11:04 AM
notM replied at 28-5-2021 10:58 AM
Betul sebab tu kena buat kempen kurangkan kadar pembiakan Etnik yg satu tu.

Kalau biarkan bah ...

klang start sg udang tu ramai jawa sis..family budak ni pun entah-entah leluhur..
tengok nama je sudah..
Quote ajinomotonosuga 28-5-2021 11:09 AM
Skuau replied at 28-5-2021 10:51 AM
bebudak tetiba melintas...1 hal...yg pemandu pulok...dh tgok tu kawasan perumahan ke...kampung ke... ...

Perlahan punnnn klo dah tetiba samdol tu crossss..ko kasi salam dulu ke

Mentang dia budak yer

Mak ayah tak ajo ke ..jangan main tepi jalannnnn...tenguk MARIO MARIONOS BRO.

Ni ase mangsa budak..melayu..islam..oang tuaaaa..mula cari point..ingat depa tu sme ada otak cam haku? Ahahahaha
Quote dubuk 28-5-2021 11:11 AM
beranak jadikan anak hamba suruh buat itu ini.. siapa suruh kau beranakkan aku macam binatang dilepaskan di padang rumput??.. pertikai anak lebai dol
Quote dubuk 28-5-2021 11:14 AM
ajinomotonosuga replied at 28-5-2021 11:09 AM
Perlahan punnnn klo dah tetiba samdol tu crossss..ko kasi salam dulu ke

Mentang dia budak yer

tu semua baka samseng tajuddin lrt kissing each other no wonder lah

Quote Cyempaka 28-5-2021 11:21 AM
Mak pak bodo menyusahkan org. Gatal nak membiak susahkan org. Bodo bangang. Benci aku spesis ni. Tempek kat socmed konon nk mintak simpati org sekali kena maki je. Padan muka.
Kesian drebar kete. Semoga kita xdpt dugaan mcm ni
Xpasal2 kena maki dgn org kg.. ntah2 kena pukul jgk
Quote notM 28-5-2021 11:23 AM
renko replied at 28-5-2021 11:01 AM
bugis lintas jalan cmne lak

Bugis kalau cross jalan baca Bismillah...lepastu kalau cross diorg tengok Kanan baru cross..lepastu tengok Kiri semasa tengah cross jalan.

Lepastu diorg sebut Alhamdulillah

Lihat semua komen(157)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.462741 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top