CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lari Terjun Sungai, Elak Dicucuk Vaksin

28-5-2021 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1317| Komen: 1

Description: New Delhi: Salah tanggapan menyebabkan penduduk di sebuah perkampungan di India melarikan diri dari rumah dan sanggup terjun ke sungai untuk mengelak divaksin.
New Delhi: Salah tanggapan menyebabkan penduduk di sebuah perkampungan di India melarikan diri dari rumah dan sanggup terjun ke sungai untuk mengelak divaksin.

Newsweek yang memetik laporan media tempatan melaporkan kejadian ketika kakitangan pejabat kesihatan berkunjung untuk memberikan vaksin Covid-19 ke kampung berkenaan.

Ketika pasukan pejabat kesihatan tiba, kira-kira 200 orang di kampung Sisoda di Barabanki, di daerah pedalaman di Uttar Pradesh itu meninggalkan rumah mereka.


Foto: Newsweek

"Kami tiba di kampung dengan pasukan kesihatan untuk memvaksin penduduk.

"Namun begitu, apabila kami menghampiri kampung, banyak daripada mereka yang melarikan diri." kata petugas Rajiv Shukla, menurut Times of India.


Menurutnya, petugas cuba memberitahu kepada penduduk kampung mengenai kepentingan vaksin, tetapi ia tidak diendahkan.

India Times melaporkan, beberapa orang lari daripada petugas kesihatan dan melompat ke Sungai Saryu.

Ketika itu, maklumat kehadiran pegawai kesihatan itu sudah tersebar ke seluruh kampung.

Maklumat salah itu mengatakan vaksin Covid-19 beracun atau dapat menyebabkan kematian, mati pucuk atau jangkitan virus.

Seorang petani tempatan, Shishupal, mengatakan kepada pemberita dia mendengar ramai orang sudah menerima vaksin berkenaan.

Bagaimanapun, dia tidak mempercayai pihak berkuasa.

"Saya mendapat maklumat ini daripada beberapa rakan yang bekerja di bandar besar.

"Adakah jaminan kita tidak akan dijangkiti selepas vaksin? Banyak di kampung sekitar yang terburu-buru untuk mengambil vaksin dan kemudian masih dijangkiti," katanya.

Keseluruhannya, hanya 14 orang di seluruh kampung itu daripada 1,500 penduduk setuju untuk divaksin pada Sabtu lalu.

Sehingga Rabu, kes Covid-19 di India sudah melepasi 27 juta dengan lebih 311,000 kematian.

Negara itu memulakan program suntikan vaksin Covid-19 pada 16 Januari lalu dan sehingga kini sebanyak 200,662,456 dos sudah diberikan.

Tiga vaksin digunakan di India iaitu Covishield, Covaxin dan Sputnik-V buatan Rusia. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 28-5-2021 11:04 AM
degil bona biou jelah dihanyut dek sungai menyusahkan org je..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043812 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top