CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemimpin Pemuda Gereja Risen Saints puasa 40 hari berharap Tuhan kurniakan Lamborghini

27-5-2021 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2104| Komen: 5|Original author: Raline

Description: Muradzira berpuasa sehingga 40 hari 40 malam dengan harapan diberikan sebuah kereta Lamborghini. - Getty Images Puasa 40 hari 40 malam minta Tuhan beri Lamborghini HARARE, ZIMBABWE – Seoran ...



HARARE, ZIMBABWE – Seorang lelaki di Zimbawe hampir mati apabila berpuasa selama 40 hari 40 malam kerana berharap amalannya akan membuatkan Tuhan mengurniakannya sebuah kereta sport  Lamborghini, lapor laman berita Daily Star kelmarin.

Mark Muradzira yang merupakan Pemimpin Pemuda Gereja Risen Saints di Bindura bertapa  di sebuah gunung bagi mengelakkan dia daripada dihantui rasa teringin untuk makan.

Dia bagaimanapun diselamatkan selepas pengsan pada hari ke-33.

Lelaki tersebut yang juga merupakan seorang penganggur terdesak untuk menghadiahkan Lamborghini tersebut kepada teman wanitanya.

Bagaimanapun, oleh kerana tidak mampu membeli kereta berharga £150,000 (RM879,231) itu, dia berpuasa selama 40 hari demi mengharap pertolongan Tuhan.

Malangnya, tindakan tersebut tidak berkesan dan ketua gereja tersebut, Bishop Mawuru berkata Muradzira seharusnya berpuasa untuk meminta kerja memandangkan dia sedang menganggur.

Mereka yang datang ke gereja lelaki itu kemudian mendermakan wang bagi membantu Muradzira membeli kereta tersebut dan jumlah kutipan yang diterima hanya £30 (RM175).

Wang tersebut digunakan bagi membiayai kos perubatan Muradzira. -Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender85 26-5-2021 01:36 PM
Sabar je la . semoga cpt sembuh dan jmpa kerja yg bersesuaian
Quote whimsicalmusic 27-5-2021 04:11 PM
Nak something usaha..bkn doa n tawakkal je..kalo dpt pn lambo xkerja cmne nk isi myk bro? Nk puasa lg utk duit myk?
Quote Kurex 27-5-2021 04:29 PM
Dah ada pasal ni beberapa hari lepas
Quote salmon-suki 27-5-2021 06:22 PM
Nak lambo?blajar laa dgn jijan semang atau ponder2 produk timbangkilo msia nih.. kekeke~
Chuolzs 7G or failed exam n x educated pn boleh berjaya dgn hasil didikan geng2 ituhhhh..{:smile{:smile{:smile
Quote notM 27-5-2021 07:07 PM
Kutipan gereja RM175 tu Rasa cukup untuk dia beli cangkul, kapak dan boot

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.049053 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top