CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 5 Tahun 'Kerja' Dari Pagi Sampai Petang Cari Rezeki Untuk Keluarga

27-5-2021 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4907| Komen: 28

Description: Demi mencari rezeki, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa 'bekerja' dengan mencari barang terbuang dan terpakai di kaki lima jalanan dekat sini.
Demi mencari rezeki, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa 'bekerja' dengan mencari barang terbuang dan terpakai di kaki lima jalanan dekat sini.

Aksi kanak-kanak sempat pemilik akaun TikTok @abigaielll sebelum tampil menghulurkan bantuan.



Kredit foto: TribunNews

Lebih mesra dipanggil Abigaiel, 21, dia mendekati kanak-kanak malang yang dilihat duduk di kaki lima sambil membawa karung guni mengandungi barang terpakai.

"Kanak-kanak ini 'bekerja' dari pagi hingga jam 6 petang setiap hari sendirian. Bapanya tidak bekerja terpaksa menjaga adiknya yang masih kecil manakala ibu telah meninggal dunia," katanya.

Simpati melihat keadaan kanak-kanak yang kehausan dan dalam kelaparan, Abigaiel membawanya ke sebuah kedai untuk membeli makanan.

"Dia hanya mahu air minuman sahaja kerana haus tetapi saya minta dia ambil apa sahaja makanan kerana tahu dia letih mencari barang terpakai sejak dari pagi," ujarnya.




Abigaiel juga menyelar tindakan pihak kerajaan yang tidak peka terhadap golongan kurang mampu kerana di daerah Cengkareng, ramai menjadi pengemis gara-gara tiada pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

"Sebenarnya, ramai daripada mereka adalah kanak-kanak, wanita dan warga emas. Mereka terpaksa mengemis, mencari barang-barang terpakai untuk mencari rezeki.

"Pada pendapat saya, pemerintah Indonesia masih kurang peka terhadap golongan kurang mampu sedangkan mereka sangat perlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan," katanya.

Sementara itu, Abigaiel mengakui bahawa video yang dimuat naiknya mendapat reaksi positif daripada warganet.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-5-2021 02:03 PM
Ke ayah kau yg pemalas dik? Ntah la .. iols simpati jah ni
Quote Straya 27-5-2021 02:39 PM
Ayah & kakak ada (kalau ikut tiktok) tu,apasal kau pulak kena kerja dik. Dasar ayah pemalas
Quote Artemesiaa 27-5-2021 02:42 PM
Jangan dia dipergunakan keluarga untuk cari rezeki sudah
Quote LadyCarefree 27-5-2021 02:48 PM
Kat indon ke ni @Friska
Quote Cece1234 27-5-2021 02:52 PM
Terukla ayah cmni..
Quote nononcrux 27-5-2021 02:54 PM
pemalas sanggup ank 5 tahun bekerja, sampainye hati
Quote Friska 27-5-2021 02:55 PM

Iya Kakak, sedih banget realita hidup bocah ini. Moga ada yang bisa membantu, masih banyak masyarakat miskin di Indonesia yang butuh perhatian pemerintah Indonesia. Semoga Indonesia semakin membaik, amin.
Quote namr 27-5-2021 02:56 PM
ayah goyang telur ke dek
Quote sue_liah 27-5-2021 02:58 PM
sian nya ko dik, patut nya ko la jaga adik bapak ko kerja

ni dah terbalik pulak..bapak jahanam betul, tau buat ank je
Quote LadyCarefree 27-5-2021 03:03 PM
Friska replied at 27-5-2021 01:55 PM
Iya Kakak, sedih banget realita hidup bocah ini. Moga ada yang bisa membantu, masih banyak masyara ...

Aamiin.

Pernah ke beberapa tempat di sana. Cantik. Makanan enak. Layanan pon bagus.
Quote Friska 27-5-2021 03:14 PM
LadyCarefree replied at 27-5-2021 03:03 PM
Aamiin.

Pernah ke beberapa tempat di sana. Cantik. Makanan enak. Layanan pon bagus.

Wah, hebat Kakak, saya cuman lewat doang karena dari Bandara Soekarno–Hatta terus ke Jakarta Pusat. Ndak punya kesempatan keliling-keliling Jabar (Jakarta Barat lokasi Kecamatan Cengkareng).
Quote salmon-suki 27-5-2021 03:15 PM
""Bapanya tidak bekerja terpaksa menjaga adiknya yang masih kecil ""

Umur brp adik dia tu?kalau budak ni boleh cari duit, meaning dia boleh laa jaga adik tuh..bapak keluar laa keje..pemalas pny bapak!
Quote CiliPadiSedap 27-5-2021 03:24 PM
Friska: Iya Kakak, sedih banget realita hidup bocah ini. Moga ada yang bisa membantu, masih banyak masyarakat miskin di Indonesia yang butuh perhatian pemerin ...


Dah tu kahwinlah laki indonesia.sibuk naik tongkang rampas suami orang malaysia. Goblok kamu ni.

Kecik2 minum susu sapi besar2 isap susu vokuru. Xlama lg jd hantu kopek
Quote ufc148 27-5-2021 05:22 PM
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih, permudahkan urusan hamba mu yang. kerdil ini dan berilah kekuatan pada adik ini. Allahuakbar
Quote Kurex 27-5-2021 05:38 PM
Friska replied at 27-5-2021 03:14 PM
Wah, hebat Kakak, saya cuman lewat doang karena dari Bandara Soekarno–Hatta terus ke Jakarta Pusa ...

Mula2 jadi trisna, lepas tu mn yindon tumbuh mcm cendawan dekat sini. Nusaraya la apa segala l...cu tu. Lepas tu buat mn friska setelah terkantoi.......
Quote Imkhai 27-5-2021 05:44 PM
ala kesiannya
Quote Cassieopeia 27-5-2021 06:33 PM
Ingatkan di malaysia.. moga ko kuat dik
Quote any42 27-5-2021 06:53 PM
sebaya ank sedara aduhai kecik sgt lg ni dh pndai keluar cri rezeki. ank sdara i nk lintas jln pun msih i pgang tgn bdk ni dah tpksa keluar bdikari sara hdup. semoga xputus rezeki adik ni & slamat dunia akhirat
Quote allshares 27-5-2021 07:03 PM
Alasan jaga adik, padahal bapak pemalas. Lagi bahaya budak 5thn berkeliaran cari sampah sarap, kalau apaknya tak pemalas, dah angkut adik kecik pg cari brg bkn goyang telo kt rumah.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.078778 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top