CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Fenomena ‘bulan berdarah’ muncul di langit Malaysia

27-5-2021 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2816| Komen: 10|Original author: Raline

Description: Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan, orang ramai terutama peminat astronomi tidak melepaskan peluang menyaksikan fenom ...
 


Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan, orang ramai terutama peminat astronomi tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena alam yang jarang berlaku iaitu gerhana bulan penuh ‘Super Flower Blood Moon’ yang muncul malam ini.

Cuma kali ini, orang ramai menonton fenomena itu secara langsung melalui laman YouTube dan Facebook milik Planetarium Negara memandangkan kemudahan teleskop di Planetarium Negara di sini tidak dibuka susulan PKP.



Ketua Penolong Pengarah KananUnit Pencerapan Planet Planetarium Negara Mohd Zamri Shah Mastor berkata kali terakhir kejadian bulan purnama seperti itu berlaku ialah kira-kira 18 tahun lepas iaitu pada 2003.

Beliau berkata gerhana bulan itu dipanggil ‘Super Flower Blood Moon’ bersempena tiga fenomena yang berlaku dalam satu masa yang menyaksikan ‘Super Moon’ kerana bulan kelihatan lebih besar sedikit iaitu kira-kira tujuh peratus berbanding saiz bulan purnama lain kerana berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi.

Katanya fenomena kedua ialah ‘Flower Moon’ kerana berlaku pada musim bunga dan ‘Blood Moon’ pula kerana warna bulan bertukar kemerah-merahan seolah-olah bulan berdarah.

“Fenomena gerhana bulan penuh ini menyebabkan bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 15 minit pada fasa gerhana penuh… ‘Blood Moon’ hanya berlaku pada 7.11 malam hingga 7.26 malam.
“Bagaimanapun, ‘Super Moon’ dan ‘Flower Moon’ pula dapat dilihat sepanjang malam sehingga Subuh,” katanya ketika siaran langsung itu.



Sementara itu, pencerapan gerhana bulan secara langsung menyaksikan ‘pembentukan’ fenomena yang berlaku bermula 4.47 petang hingga 9.49 malam itu dibuat di Tanjung Labian, Lahad Datu, Sabah dan Balai Cerap Planetarium Negara.

Penduduk Sabah dan Sarawak dapat menyaksikan fenomena itu ketika ia mencapai fasa gerhana separa bermula pada kira-kira 7 malam manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung terutama Kuala Lumpur, fenomena tersebut hanya sepatutnya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum iaitu pada 7.15 malam.

Bagaimanapun, hujan lebat dan awan tebal di Kuala Lumpur menyebabkan fenomena ‘bulan berdarah’ yang tamat pada 7.26 malam itu tidak dapat dilihat di langit ibu kota.



Fenomena gerhana itu berlaku selepas beberapa jam bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi yang berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di laman sesawangnya menyatakan  solat sunat dan khutbah gerhana dijalankan mengikut prosedur operasi standard di seluruh masjid dan surau di Kuala Lumpur selepas solat maghrib.

Sumber: Bernama , Kredit foto (Rushdan Manan)


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavendernovella 27-5-2021 04:33 PM
Boleh lupa nak intai langit malam tadi. Rugilah... lagipun hujan renyai2.
Quote CiliPadiSedap 27-5-2021 05:11 PM
Malam td makelove rasa ada tenaga lah. Mungkin kesan radiasi bulan gerhana dan kacip fatimah
Quote Artemesiaa 27-5-2021 05:20 PM
Cuaca tak mengizinkan untuk melihatnya macam ditempat2 lain
Quote alesandra 27-5-2021 10:19 PM
dulu kalau ada gerhana bulan ni aku sakit kepala.tapi smlm takde pulak.
Quote hasniey 27-5-2021 11:30 PM
Nru nk tgok smlm hujan seharian.pdhal hari lain panas mcm tgh gurun
Quote MsPercy 28-5-2021 01:27 AM
Hujan x dpt tgk
Quote Tinot7 28-5-2021 05:04 AM
Tak dpt tgk... takpe la, next time
Quote tipah89 28-5-2021 11:09 AM
xperasan sbb sebok berguling dlm bilik tidoq lyn netflix
Quote biozipstar 28-5-2021 01:29 PM
tak dapat tengok... hujan...
Quote ciklahcuteII 2-6-2021 02:50 PM
mlm ke 13 je dpt..itupun warnanya kekuningan.. mlm mlm selepas tu..ujan..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.045757 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top