CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rozita Che Wan masih isteri sah Zain Saidin

18-4-2021 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 49710| Komen: 208|Original author: piao

Description: PETALING JAYA – Aktres je-lita Rozita Che Wan menafikan sekeras-kerasnya rumah tangga-nya dengan suami, Zain Saidin kini di ambang perceraian. ...





PETALING JAYA – Aktres je-lita Rozita Che Wan menafikan sekeras-kerasnya rumah tangga-nya dengan suami, Zain Saidin kini di ambang perceraian.

Pemilik nama lengkap Rozita Abu Bakar itu ketika dihubungi Kosmo! semalam berkata, tiada sebab langsung perkahwinannya dengan suami bergolak dan menuju perceraian hanya kerana jarang berkongsi gambar dalam Instagram.

“Masya-Allah mana ada. Pasal apa nak bercerai, orang tu nak Zain ke? Baru semalam kami sembahyang tarawih anak-beranak.

“Zain memang jarang nak ambil gambar pun. Dia bukan macam saya. Tengok sendiri akaun Instagram dia memang bukan jenis rajin upload gambar pun,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon jelita yang cukup dikenali menerusi drama komedi Kiah Pekasam itu berkata, adat perkahwinan memang ada pasang surut, namun hubungannya dengan suami baik-baik sahaja.

“Saya pun pelik keluar cerita macam ini. Kami tak bergaduh pun. Kami dah faham pera-ngai masing-masing. Jadi, tiada masalah.

“Kami baru sahaja selesai mencari sampin raya. Kami dalam perjalanan nak pergi berbuka puasa di rumah adik saya,” katanya yang mesra disapa Che Ta.

Rozita, 47, mendirikan rumah tangga dengan Zain, 37, pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.

Terdahulu, Rozita turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.

Sumber :https://www.kosmo.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Masukkeluar 16-4-2021 03:23 PM
kalau tiada angin masakan pokok bergoyang?
biasa artis mcm ni la..last last betul. harap jodoh kekal sampai tua. ameen!!
Quote redz85 16-4-2021 03:24 PM
kalau bercerai rasa nya ramai nak kan zain tu..

kawin perempuan muda, beranak bebanyak..

anak anak kompen lawa/kacak
Quote miemiecha 16-4-2021 03:27 PM
klu dia x kabo, mek pun x tau,, ke cubaan nak naik nama semula?
Quote minahmanja 16-4-2021 03:36 PM
sapa yg nk kat zain tu weii. apa kejenye tu...
Quote manehnya 16-4-2021 03:36 PM
kali ke berapa dah ni pokok goyang x ada angin...



pastu keluar la gambar pelok dakap sedondon dan sebagainya...
Quote sharlenetexas 16-4-2021 03:50 PM
Ada angin monyet goyang ke?
Quote Afifi82 16-4-2021 03:59 PM
Rumah baru pon belum masuk lagi, Jgn la cerai2 Nekta
Quote prettyuglybabe 16-4-2021 04:07 PM
nama pun rso
Quote anony-mous 16-4-2021 04:08 PM
Aik? Xde desas desus pon tetiba ajerr. Rasanya mcm baru baca 2 thn lepas umur 47, aritu mcm ada terbaca umur sheol 48
Quote Minami2013 16-4-2021 04:13 PM
Maintain cantik che ta tgk baru ni ngan rosix..
Quote KIM.K 16-4-2021 04:30 PM
Susah oo kawin cougar. Kalau takda mutual financial power, lama2 cougar boleh cari pengganti lain. Tengoklah fasa 10 tahun perkahwinan lopa ngan kakfaz nanti..kalau laki lemauu jer, susah bini nak respect
Quote wikedsaikel 16-4-2021 04:54 PM
Masukkeluar replied at 16-4-2021 03:23 PM
kalau tiada angin masakan pokok bergoyang?
biasa artis mcm ni la..last last betul. harap jodoh keka ...

Aku aminkan. Aaamiin
Quote songhara1226 16-4-2021 05:02 PM
minahmanja replied at 16-4-2021 03:36 PM
sapa yg nk kat zain tu weii. apa kejenye tu...

Sedangkan Sogay ada munge, merang tu dh smpi 2 bella dia ambik, inikan mat salleh seperti itu
Quote SayaSayangMama 16-4-2021 05:06 PM
Tahap cerewet che ta ni dah kontractor ke 5 dah bertukar tangan xsiap jugak banglow che ta. Tak tau la kontractor yg xmampu ke, che ta yg xmampu nk byr entah lah. Mesti byk minta sponsor tp nk yg high kualiti sajork mcm awal kot?

Quote kakakgarang 16-4-2021 05:56 PM
minahmanja replied at 16-4-2021 03:36 PM
sapa yg nk kat zain tu weii. apa kejenye tu...

kerja folo bini jew... ke biawak?
Quote tumpanglalu74 16-4-2021 08:36 PM
Hadoi..  Aku rase deme ney konfem cinte mati.  Next!
Quote tigerads 16-4-2021 08:39 PM
Xkan langsuir dok goyang pokok tu kot posa ni....
Quote reddots 16-4-2021 08:52 PM
Nak promo baju raya le teww
Quote ashilalat 16-4-2021 08:56 PM
Masa beranak kan ecah, che ta umo 40 ke? Rasanya umo 44 dah masa tu. Awat masih x cecah usia 50 che ta ni?

Lihat semua komen(208)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.054659 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top