CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Perak Juara Ternak Babi’ – Berjaya Atasi Sarawak Dengan 545,258 Ekor Babi Pada 2019

10-12-2020 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5413| Komen: 38

Description: Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Indikator Pertanian Terpilih 2020 baru-baru ini, Perak berjaya menjadi ‘juara’ penternakan babi secara komersial pada 2019 ...



Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Indikator Pertanian Terpilih 2020 baru-baru ini, Perak berjaya menjadi ‘juara’ penternakan babi secara komersial pada 2019, lapor Utusan Malaysia.

Dengan angka sebanyak 545,258 ekor babi yang diternak di Perak, negeri dengan lebih 2 juta penduduk ini berjaya mengatasi Sarawak di tempat kedua dengan 427,037 ekor babi.

Manakala Pulau Pinang (320,165), Selangor (265,847), Johor (262,178), Sabah (84,055) dan Melaka (41,328) melengkapkan senarai teratas negeri dengan ternakan babi paling banyak.

Data ternakan babi ini turut dikongsi oleh laman Twitter Perak Power dan telah mendapat reaksi pelbagai daripada rakyat Malaysia – terutamanya mereka yang berasal dari Perak.


Nona dalam ciapannya di laman Twitter turut mengimbau kenangan di zaman sekolah, “Patut lah dulu kalau balik sekolah, ade lah jugak moment terindah bas sekolah potong lori yang bawa babi. Tak tahu lah nak bangga ke apa sekarang,” katanya.

Bagi Adamzul pula, dia menyatakan, “Daging babi merupakan satu sumber protein. Haram cuma kepada Orang Islam. Malaysia terdiri daripada banyak agama. Demand terhadap daging babi tinggi. Oleh itu, lebih banyak penghasilan lebih banyak keutungan,” tulisnya.

Melalui data tersebut juga, Kelantan muncul negeri paling sedikit yang menternak babi iaitu 84 ekor sahaja sepanjang tahun lalu diikuti oleh Negeri Sembilan (629), Kedah(1,911) dan Pahang (3,893).

Antara tempat yang menunjukkan sifar ternakan babi pula adalah di Terengganu, Perlis dan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Untuk rekod, Perak juga turut muncul sebagai negeri paling banyak ternakan itik iaitu 7,463,087 ekor pada tahun lalu jauh meninggalkan Johor dengan 1,096,806 ekor.



Sumber : TheVocket


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 10-12-2020 03:53 PM
Comelnya these pink mahluk ciptaan Allah swt.
Quote rastaf 10-12-2020 03:58 PM
apa rasa makan babi eh..sedap sangat ke
Quote bakingsoda 10-12-2020 04:07 PM
statistik penternakan biawak takde ke
Quote pyropura 10-12-2020 05:01 PM
Sisi positif gomen PN - Umno 100% mulayu isele. kipidap
Quote Decaffeinated 10-12-2020 05:03 PM
Berjaya atasi Sarawak?... is it satu pencapaian... why Sarawak?
Quote monreyes 10-12-2020 05:19 PM
N9 dah serik virus nipah...
alhamdulillah
Quote kroit92 10-12-2020 06:15 PM
member kat tempat kerja pun mengadu,

tak pernah bau udara segar waktu pagi. rumah sentiasa tutup kepam,

kalau buka tingkap, bau kandang babi masuk rumah.

macam rumah kita ni, jauh dari kandang. tapi masalah lalat tu Allahu.. tak tau nak buat apa..

alang2 tu, ada tips lain halau lalat?

buat masa ni, perangkap lalat yang warna kuning tu, kena tukar setiap hari, lalat penuh,
bayangkan betapa banyak lalat babi ni

Quote angelofish 10-12-2020 06:18 PM
ahso yang sorang tu dah kena cekup polis ke?
Quote Supersirap 10-12-2020 06:50 PM
Nak bela khinzir boleh tapi kena pastikan setiap sop diguna pakai, bukan main buka kandang sahaja
Quote dani-rox 10-12-2020 07:19 PM
rastaf replied at 10-12-2020 03:58 PM
apa rasa makan babi eh..sedap sangat ke

Selaku bekas pemakan babi, pendapat ai bahagian three layer nya yg sedap. btw kalau Hindu tanya, sedap sangat ke makan daging lembu?

Quote dua_chzy 10-12-2020 09:45 PM
dani-rox: Selaku bekas pemakan babi, pendapat ai bahagian three layer nya yg sedap. btw kalau Hindu tanya, sedap sangat ke makan daging lembu?


Semua bahagian ngok2 sedap bagi ai. Telinga, kaki, organ dalaman, idung, lidah - kalau reti masak. Versatile la sheols. Sah2 kita pon sedap Dani, dah DNA kita menyeropai babi membuat kulit dan daging kita hampir sama dengan babi. Begitu juga dengan rasa.
Quote dani-rox 11-12-2020 01:24 AM
dua_chzy replied at 10-12-2020 09:45 PM
Semua bahagian ngok2 sedap bagi ai. Telinga, kaki, organ dalaman, idung, lidah - kalau reti masa ...

Kaum kanibal pun setuju dgn kenyataanmu itu sis, daging manusia rasa mcm babi katanya.
Quote dua_chzy 11-12-2020 01:49 AM
dani-rox replied at 11-12-2020 01:24 AM
Kaum kanibal pun setuju dgn kenyataanmu itu sis, daging manusia rasa mcm babi katanya.

Apa tak sedap dah lapisan lemak manusia pon menyerupai lapisan lemak babi. Harus mengancam merecikkkk jika dipanggang.
Quote rastaf 11-12-2020 02:35 AM
dani-rox replied at 10-12-2020 07:19 PM
Selaku bekas pemakan babi, pendapat ai bahagian three layer nya yg sedap. btw kalau Hindu tanya, s ...


bekas pemakan babi? maksdnya sekarang dah tak makan ke

three layer tu apa.. bahagian rimau teriak ke



Quote dani-rox 11-12-2020 02:56 AM
rastaf replied at 11-12-2020 02:35 AM
bekas pemakan babi? maksdnya sekarang dah tak makan ke

three layer tu apa.. bahagian rimau te ...


Perut babi




Quote dani-rox 11-12-2020 03:03 AM
dua_chzy replied at 11-12-2020 01:49 AM
Apa tak sedap dah lapisan lemak manusia pon menyerupai lapisan lemak babi. Harus mengancam merecik ...

dulu entah mcm mana gambar org tgh goreng penis manusia terlepas dlm gugel. ai tak perati sgt, ingatkan gambar olok2, so ai send lah dgn kawan dlm ym, kunun buat lawak. ropa2nya memang gambar penis tgh digoreng dlm pan. hitam garing hokeh apalagi kawan ai balas dgn gambar penis mereput
Quote rastaf 11-12-2020 03:11 AM


oo...masak apa sedap ni



Quote pyropura 11-12-2020 04:09 AM
Akan meningkat lagi tuh, sejarah membuktikan MB2 Umno biasanya much  friendlier towards babi industry
Quote Rara77 11-12-2020 08:20 AM
Gila babi banyak
ayam ph mana tak nak ulas isu babi ke
ini bermakna malaysia sgt adil utk membela ayam juga babi
boleh tukar babi ph

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.057031 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top