CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duit Gaji Habis, Lelaki Tipu Kena Samun Sebab Takut Bini Marah

10-12-2020 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2604| Komen: 13

Description: Seorang lelaki membuat laporan palsu kononnya disamun tiga lelaki tidak dikenali di Jalan Kelapa Sawit, Kampung Ekor Kucing, Padang Serai di sini kerana bimbang dimarahi isterinya disebabkan wang gaji ...
Seorang lelaki membuat laporan palsu kononnya disamun tiga lelaki tidak dikenali di Jalan Kelapa Sawit, Kampung Ekor Kucing, Padang Serai di sini kerana bimbang dimarahi isterinya disebabkan wang gajinya habis dipercayai membeli dadah.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, berkata lelaki berusia 30 tahun itu datang ke Balai Polis Padang Serai, 2 Disember lalu untuk membuat laporan kononnya disamun.

Beliau berkata, lelaki itu mendakwa disamun ketika menunggang motosikal sendirian dan kononnya suspek bersembunyi dalam semak dan terus menahannya sambil mengacu parang di leher.

Gambar Hiasan

"Lelaki itu mendakwa suspek menumbuk perut dan mengambil wang tunai RM900 sebelum membuang dompetnya serta melarikan diri ke kebun kelapa sawit berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.


Azhar berkata, lelaki itu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk merakam percakapan dan pegawai penyiasat pergi ke tempat kejadian untuk melihat keadaan bagi mendapatkan bukti dan saksi kejadian seperti dilaporkan.

"Hasil siasatan mendapati maklumat diberikan tidak konsisten dan terdapat keraguan dalam keterangannya.

"Lelaki itu mengaku memberi maklumat palsu kepada pegawai penyiasat hingga satu kertas siasatan kes samun dibuka," katanya.

Azhar berkata, pengadu mengaku membuat laporan palsu dengan alasan bimbang isterinya bising disebabkan wang gajinya tidak mencukupi dan tidak dapat membeli keperluan anak.

Beliau berkata, pengadu juga memberi alasan kepada isterinya gajinya dipotong majikan dengan alasan kad perakam waktu rosak.

Katanya, berikutan itu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan selepas Order to Investigate (OTI) dibenarkan Timbalan Pendakwa Raya kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam yang boleh mendatang bencana kepada pihak lain.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

"Siasatan mendapati suspek berbuat demikian untuk mengelak ahli keluarga mengetahui duit gajinya sudah digunakan untuk membayar hutang dadah dan membeli dadah," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagnaklcc 10-12-2020 12:46 PM
Ada jgk taik dadah yg takut bini.
Quote salimrock 10-12-2020 12:48 PM
lasagnaklcc replied at 10-12-2020 12:46 PM
Ada jgk taik dadah yg takut bini.

tp tak takut polis pulak


"Siasatan mendapati suspek berbuat demikian untuk mengelak ahli keluarga mengetahui duit gajinya sudah digunakan untuk membayar hutang dadah dan membeli dadah," katanya




betul2 power la dadah yg dia amik tu... apa barang lah dia amik tu




moral of the story jauhi dadah dan judi
Quote sarah82 10-12-2020 12:49 PM
walaupun dia seorg penagih dadah...tapi dia takut BINI...

bini lebih menakutkan dari POLIS.
Quote stingerhost 10-12-2020 12:50 PM
Aku harap bukan laki si normabaharu....

dia pun sepesen ....banyak sangat makan nasiwap...sampai takut bini...


kahkahkahkahkagkahkahkah
Quote Artemesiaa 10-12-2020 01:01 PM
Lari dari mulut harimau masuk mulut naga kantoi pulak penagih rupanya.
Quote gadget 10-12-2020 01:31 PM
bodohnya...
Quote prettyuglybabe 10-12-2020 01:40 PM
nak takut apa kantoi dengan bini main dadah..
takdenya bini nak cerai..
melainkan kantoi main pompuan
Quote lattehazelnut 10-12-2020 01:57 PM
Mahalnye dadah sampai rm900 sebulan
Quote LadyCarefree 10-12-2020 03:54 PM
Tak semua polis bodoh.
Quote haryatie 10-12-2020 03:59 PM
boleh pulak takut kt bini tu
Quote brego 10-12-2020 05:15 PM
GTB = Geng Takut Bini

Quote ikanmasin 10-12-2020 05:23 PM
sepandai2 tupai melompat akhirnya terhempas jatuh berdebuk..kantoi sbb dadah jg..kesian bini hrp laki gaji bawa duit blk umah.sekali abis mcm tu jer kerana dadah..menipu pl buat report polis kantoi jg..
Quote ulamalu 10-12-2020 05:30 PM
Dari sakit telinga kena bebel dgn bini duit gaji habis, ni dah buat laporan palsu, kalau sabit lg byk kena denda dan pakej sekali masuk penjara.
Mmg x fikir pjg

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.050934 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top