CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saman Teman Lelaki Sebab 8 Tahun Tunggu Ajak Kahwin

10-12-2020 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2314| Komen: 2

Description: Wanita dari Zambia menyaman teman lelakinya kerana tidak mengotakan janji untuk mengahwiniya meskipun mereka sudah lama berpacaran.
Wanita dari Zambia menyaman teman lelakinya kerana tidak mengotakan janji untuk mengahwiniya meskipun mereka sudah lama bercinta.

Gertrude Ngoma menjalin hubungan bersama Herbert Salaliki selama lapan tahun dan mendakwa lelaki itu telah berjanji untuk mengahwininya.


Bagaimanapun, Ngoma mendakwa Salaliki tidak mengotakan janjinya, di mana wanita itu kemudian 'mengheret' teman lelakinya ke mahkamah, lapor Daily Star.


Gambar hiasan

Wanita berusia 28 tahun itu memberitahu mahkamah Zambia bahawa dia menganggap Salaliki tidak serius mengenai hubungan mereka, lapor Tuko.

"Dia tidak pernah serius, itu sebabnya saya membawanya ke mahkamah kerana saya layak mengetahui rancangannya untuk masa depan kami," kata Ngoma.

Pasangan ini mempunyai anak bersama dan Salaliki telah mengatur pembayaran mas kahwin sebagaimana tradisi komuniti mereka.


Dalam kenyataannya ketika di mahkamah, Salaliki memberitahu dia tidak mempunyai wang tunai untuk melangsungkan majlis perkahwinan, selain mendakwa teman wanitanya itu tidak memberikan perhatian selayaknya.

Perkara berkenaan menjadi alasan mengapa dia masih belum mengahwini teman wanitanya, kata Salaliki.

Oleh kerana pasangan itu masih belum berkahwin, mahkamah tidak dapat membuat pengadilan, sebaliknya hakim mengesyorkan mereka berdamai dan menyelesaikan masalah di luar mahkamah.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 10-12-2020 12:31 PM
8 tahun ko tunggu?? Kalau iols dah lama angkat kaki..
Quote sukacactus 10-12-2020 12:48 PM
Sebab korang jalani proses secara terbalik
Dah main dapat anak bagai, buat apa dia nak ajak nikah pun

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.045667 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top