CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Saring 250,000 Penduduk Selepas Muncul Kluster Baharu Covid-19

10-12-2020 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2396| Komen: 8

Description: BEIJING: China sudah menguji lebih satu perempat daripada sejuta di Chengdu selepas sejumlah kes baharu COVID-19 dikesan di bandar itu.
Pekerja kesihatan menjalankan ujian COVID-19 terhadap penduduk Chengdu, China selepas kluster baharu ditemui. - Foto AFP



BEIJING: China sudah menguji lebih satu perempat daripada sejuta di Chengdu selepas sejumlah kes baharu COVID-19 dikesan di bandar itu.

Sepasang warga emas didapati positif penyakit itu Isnin lalu dan pihak berkuasa membuat pengesanan kontak rapat serta menguji sampel makanan.

Pihak berkuasa tempatan berkata, virus itu dikesan pada makanan yang disimpan dalam peti sejuk dan di atas papan pemotong dalam kediaman mereka.

Setakat semalam, 255,200 penduduk di bandar itu menjalani saringan COVID-19, kata suruhanjaya kesihatan perbandaran, dengan enam dilaporkan positif serta seorang pesakit tidak bergejala.


Pihak berkuasa tempatan berkata, sekolah dan tadika di daerah Pidu di mana kes itu dikesan, diarah tutup manakala pelajar dan diletakkan di bawah kuarantin serta menjalani saringan virus berkenaan.

Video oleh agensi penyiaran negara itu menunjukkan orang ramai beratur di kawasan taman ketika menunggu giliran menjalani ujian oleh pegawai kesihatan memakai sut hazmat.

China, yang menjadi lokasi pertama virus itu dikesan, berjaya mengawal jangkitan dalam negara itu dan media kerajaan melaporkan bahawa kewujudan kluster baharu ketika ini disebabkan makanan yang diimport dan barangan lain.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan belum ada bukti bahawa individu boleh dijangkiti COVID-19 melalui makanan atau bungkusan makanan.

Selepas hampir setahun kemunculan virus itu di Wuhan, China meningkatkan usaha mengenal pasti asal usul virus berkenaan.

November lalu, seorang pegawai kesihatan Tianjin mendakwa jangkitan di bandar itu dikesan berpunca daripada rantaian produk sejuk yang diimport seperti kepala babi dari Amerika Utara,

Beliau memaklumkan, jenis virus yang ditemui itu adalah sama dengan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS). 





Sumber - AFP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 10-12-2020 02:27 PM
Gelombang ke bape ratus dah ni??
Quote LadyCarefree 11-12-2020 01:03 AM
Macam mana nak settle kobid ni huwaaaaaa
Quote wnwa05 11-12-2020 03:52 AM
LadyCarefree replied at 11-12-2020 01:03 AM
Macam mana nak settle kobid ni huwaaaaaa


ada vaksin baru boleh settle. masalahnya vaksin pun mmmm.... 6 orang dah mati masa test.. belum kira lg teori 5G..microchip segala




Quote LadyCarefree 11-12-2020 09:25 AM
wnwa05 replied at 11-12-2020 02:52 AM
ada vaksin baru boleh settle. masalahnya vaksin pun mmmm.... 6 orang dah mati masa test.. belum  ...

6 orang mati tu doesn't mean the vaccine is unsafe. Bacalah report.
Quote Artemesiaa 11-12-2020 01:03 PM
Lambat lagi ler nak selesai nampaknya
Quote gigahertz 11-12-2020 01:15 PM
LadyCarefree replied at 11-12-2020 01:25 AM
6 orang mati tu doesn't mean the vaccine is unsafe. Bacalah report.

Ingat tak masa ww2 mcm penyakit ada? Vaksin yang di temui utk sampai pada kita perlu melalui korban sebanyak nyawa
Quote Knowlee 11-12-2020 01:25 PM
wnwa05 replied at 11-12-2020 03:52 AM
ada vaksin baru boleh settle. masalahnya vaksin pun mmmm.... 6 orang dah mati masa test.. belum  ...

6 org mati: 4 daripadanya dalam group placebo. Sila baca report dulu.
Quote sarah82 11-12-2020 02:21 PM
Balik la covid-19 ni ke tempat asal muuuuu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.052478 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top