CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemain Barcelona Griezmann Pertahan Etnik Uighur, Tamatkan Hubungan Dengan Huawei

11-12-2020 03:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3878| Komen: 19

Description: Paris: Pemain Barcelona yang membantu Perancis muncul juara Piala Dunia, Antoine Griezmann berkata dia menamatkan kontrak penajaan dengan Huawei berhubung syarikat gergasi telekomunikasi China itu ter ...



Paris: Pemain Barcelona yang membantu Perancis muncul juara Piala Dunia, Antoine Griezmann berkata dia menamatkan kontrak penajaan dengan Huawei berhubung syarikat gergasi telekomunikasi China itu terbabit dengan penindasan umat Islam Uighur.

"Berikutan bukti kukuh bahawa Huawei menyumbang kepada pembangunan untuk mengesan etnik Uighur menerusi perisian imbasan muka, saya dengan segera menamatkan hubungan bersama syarikat berkenaan," kata Griezmann.

Firma penyelidikan pengawasan berpangkalan di Amerika Syarikat, IPVM berkata, Huawei terbabit dalam ujian perisian imbasan muka di China yang boleh menghantar isyarat kepada pihak polis jika mereka mengesan rupa etknik Uighur.

China mendapat kritikan yang hebat dari seluruh dunia berikutan polisi di wilayah Xinjiang, selepas laporan kumpulan hak asasi manusia berkata, sejuta etnik Uighur dan minoriti masyarakat Islam lain ditahan dalam kem tahanan.

China mempertahankan tindakannya dengan menyatakan ia hanyalah kem latihan vokasional yang bertujuan membasmi keganasan dan menyediakan peluang pekerjaan.

Griezmann, penyerang mengetuai skuad Perancis muncul juara Piala Dunia 2018, dilantik menjadi duta jenama Huawei sejak 2017.



Sumber : MyMetro


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shark 11-12-2020 03:20 AM
terbaik...mat saleh lagi lantang pertahankan umat Islam yang ditindas.. kita?? apa tindakan bila saudara seagama ditindas??  

selain christiano ronaldo dan ozil...mamat ni bakal jadi player kegemaran aku..

Quote pyropura 11-12-2020 03:43 AM
Yg.melayu isele pulak kan main bangga beli Hawauwei, beli Geely nyamar Proton dll.itu. Malu lah sikit
Quote Normabaru 11-12-2020 05:51 AM
Siap blh booking vaccine dr china n jalinkan hub extra mesra dgn negara penindas penganut agama islam. Pfftt
Quote stingersaw 11-12-2020 06:28 AM
Normabaru replied at 11-12-2020 05:51 AM
Siap blh booking vaccine dr china n jalinkan hub extra mesra dgn negara penindas penganut agama isla ...

Pagi ini lepas bekpast dgn laki mamak penang kau.....do make a list....of
Barang barang dari gunting kecil utk trim bulu hidung dan bulu jembut, sampai segala isi barang dlm rumah....then come back to us and tell us berapa yg mai dari china?


Kahkahkahkahkah
Quote stingersaw 11-12-2020 06:40 AM
shark replied at 11-12-2020 03:20 AM
terbaik...mat saleh lagi lantang pertahankan umat Islam yang ditindas.. kita?? apa tindakan bila sau ...

Kau sendiri bila mau angkat senapang pi sana?

Kahkahkahkahkah
Quote Missterry 11-12-2020 07:38 AM
Meanwhile, iols pakai phone Huawei. Actually susah jugak nak boikot2 ni sebab mostly barang kat dunia ni made in china
Quote sarahmirza 11-12-2020 07:42 AM
IG uniqlo nak kata mesti ada komen psl ughyur....
Quote opie5662 11-12-2020 07:45 AM
Elleh.... Acah2 sgt.... Dah tu ipong yahudi beratur jgk org membeli termasuk ummah meleys
Quote fms016 11-12-2020 08:42 AM
dah tiba masa pulaukan Huawei..
rasa yg pakai pon sbb dah lama beli..
Quote VioletsAre_Blue 11-12-2020 10:24 AM
Terbaik griezmann.. Akak akan edit guna celebration beliau untuk fifa 21 pro clubs
Quote duri_durians 11-12-2020 11:16 AM
tahniah sbb bersuara dan bertindak.
semoga griezmann tak dibuang oleh barca kerana tekanan china..
ritu tgk game barca vs juventus menyakitkan hati jugak performance dia. riqui puig yg masuk 20min pun lg menghiburkan.
Quote axl_bach 11-12-2020 12:16 PM
Missterry replied at 11-12-2020 07:38 AM
Meanwhile, iols pakai phone Huawei. Actually susah jugak nak boikot2 ni sebab mostly barang kat duni ...

Apa payah, nk boikot ni senang jer....kambing itamkan Mekdi mcm yg selalu org kita buat lah.....asal nk boikot jer Mekdi
Quote darkness 11-12-2020 12:18 PM
Baguslah..ada pendirian
Quote misc 11-12-2020 12:25 PM
Jahat gila huawei ni kalau betul guna teknologi untuk menindas Islam Uighur.
Selayaknyalah kena ban dgn Trump.
Quote Jorja 11-12-2020 06:28 PM
Tu lah kalau org kita mcm biasa la lantang memperjuangkan bangsa sendiri la mcm biasa... lepas tu melarat ke politik.. shame on you
Quote shark 12-12-2020 11:32 AM
stingersaw replied at 11-12-2020 06:40 AM
Kau sendiri bila mau angkat senapang pi sana?

Kahkahkahkahkah


tak cerdik ko ni.bila nak pertahankan hak saudara seagama memang kena angkat senjata je ke



Quote stingerhunt 12-12-2020 11:41 AM
shark replied at 12-12-2020 11:32 AM
tak cerdik ko ni.bila nak pertahankan hak saudara seagama memang kena angkat senjata je ke




Kalau tak angkat senapang bila mau cepat mati utk dapat syahid?

Setakat hembusan air lioq dari kejauhan....boikot mekdi boikot starbak boleh dapat syahid kewww?

Ptuiiiiiii

Quote stingerhunt 12-12-2020 11:43 AM
axl_bach replied at 11-12-2020 12:16 PM
Apa payah, nk boikot ni senang jer....kambing itamkan Mekdi mcm yg selalu org kita buat lah.....as ...

Kahkahkahkahkah...bila disuruh angkat senapang terus halkom termasuk....tapi semangat nak dapat syahid iteww membuak buak
Quote zjen 12-12-2020 07:32 PM
lantak la ... weols sokong Rohingya,  balasan yg weols dpt ....  deols nak rampas Selayang

org Palestin, Bosnia penah balas budi pape tak kasi Melayu  ?      

weols bantu Sulu dr di tindas pinoy,  so  ...  ?

org putih toksa main pura pura  ...    kalu sayang org Islam pi potong bebird tukar nama Arab dulu la ...  deols sokong yahudi bunuh Palestin apa citer

iols kekal BMF dan BCF   ....  Buy Murah First  ... Buy Cheap First   



Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.142840 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top