CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tanam Antena Di Tengkorak Untuk Kesan Perubahan Cuaca

11-12-2020 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3503| Komen: 21

Description: Seorang lelaki di Sepanyol menjadi perhatian ramai apabila menjalani pembedahan untuk memasang antena bagi membolehkan mengesan perubahan cuaca dan keadaan atmosfera.
Seorang lelaki di Sepanyol menjadi perhatian ramai apabila menjalani pembedahan untuk memasang antena bagi membolehkan mengesan perubahan cuaca dan keadaan atmosfera.

Manel de Aguas, 24, merealisasikan impian dengan bantuan pakar di sebuah klinik di Jepun selepas hasratnya itu pernah ditolak beberapa doktor di negara kelahirannya itu.



Kredit foto: IG Aguas

Uniknya, antena buatan yang dipasang pada tengkorak kepalanya itu umpama organ yang berfungsi mengesan suhu, kelembapan dan tekanan atmosfera.

Alat yang kelihatan seperti sirip ikan juga mampu menghantar bunyi ke otaknya menerusi tulang.

Antena seberat 500 gram itu boleh dicas semula dengan tenaga solar selain mampu berhubung dengan pelbagai peranti menerusi jaringan tanpa wayar (Wifi).



"Saya akan meneroka cuaca menerusi deria organ baharu ini," katanya menerusi hantaran terbaharu di Instagram yang kemudian dipetik oleh Oddity Central.

Pengasas Trans-Spesies Sepanyol itu terkenal kerana obses meneroka idea baharu dengan menggunakan teknologi yang tidak digunakan manusia.

Lelaki itu mula mencipta prototaip pertama alat itu pada Ogos 2017 yang mampu membuatkannya dapat merasa getaran atmosfera.




Pada masa itu, prototaip itu hanya diikat pada belakang kepalanya.

Pada tahun berikutnya, dia mula mengikat antena buatan di kiri kanan kepalanya dan mengimpikan memasangnya dalam tengkorak kepalanya, sebelum impian itu berjaya direalisasikan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 11-12-2020 12:53 PM
Edited by nazzse at 11-12-2020 08:03 AM

Acah angel ada sayap??
Quote Artemesiaa 11-12-2020 12:57 PM
Dah macam telinga kucing pulak bentuknya benda tu
Quote Skuau 11-12-2020 12:58 PM
superhero terbaru...'weatherman'.
Quote lattehazelnut 11-12-2020 02:00 PM
Kesan cuaca sekarang ke? Mcm sia2.. oh hey i dgr hujan.. lepas 5 min hujan..
Weather forecast kan da ade..
Quote lavendernovella 11-12-2020 02:42 PM
Pengasas Trans-spicies , apakah itu?
Quote Megikari 11-12-2020 03:13 PM
Laaa.. Dia x tau ke wujud app utk kesan semua benda tu
Quote HuoJingJue 11-12-2020 03:30 PM
sikit jam dia pasang piring Astro pulak kat atas kepala...
cumanya kalau time hujan payah nak dapat siaran..
Quote slyfynx 11-12-2020 03:53 PM

Angel yang,
Angle tu sudut
Quote nazzse 11-12-2020 04:02 PM
slyfynx replied at 11-12-2020 07:53 AM
Angel yang,
Angle tu sudut

Typo uols.
Thanks
Quote shernazz 11-12-2020 04:04 PM
Iols teringat vitas
Aaa aaa aa aa aa aa aaaaaa
Blebleblebleble aaaaa
Quote cikcikebom 11-12-2020 04:11 PM
info yang sungguh sungguh menarik
Quote angelofish 11-12-2020 05:28 PM
mesti tido tak selesa.nak mengereng kiri kanan tak boleh.kepala mengadap syiling je
Quote ikanmasin 11-12-2020 08:11 PM
sanggup menanggung sakit..ntah apa2 cr penyakit..
Quote kroit92 11-12-2020 08:16 PM
ni kalau hujan kilat, tak short circuit ke     
Quote najib888 11-12-2020 09:18 PM
Pala otak dia yg short circuit tu..
Quote naina 12-12-2020 12:52 AM
Mcm susah je kepala nak bebas. Nyusahkan diri je
Quote any42 12-12-2020 01:10 AM
tido camne tah. mndi nk shampoooo kepala. mcm tbatas je. stress la hdup mcm ni.
jnis yg suka modified badan ni lg bhgia dgn cara mcm tu agknya.
Quote J4I 12-12-2020 10:58 AM
Megikari: Laaa.. Dia x tau ke wujud app utk kesan semua benda tu

Dia tak mahu pakai app. Nak tahu terus ke otak dia.
Quote shop_girl 12-12-2020 11:56 AM
Refer kat hp takleh ke?? setakat tgk ramalan cuaca..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.056841 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top