CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Positif Covid-19, Majlis Perkahwinan Diteruskan Pakai Sut Hazmat

11-12-2020 03:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4068| Komen: 11

Description: BARAN: Susulan pengantin perempuan disahkan positif COVID-19, pasangan di sebuah perkampungan utara India meneruskan majlis perkahwinan mereka dengan berpakaian sut hazmat dan pelitup muka.
Pengantin perempuan yang tidak dinamakan itu telah disahkan positif virus tersebut beberapa jam sebelum majlis. - Gambar REUTERS



BARAN: Susulan pengantin perempuan disahkan positif COVID-19, pasangan di sebuah perkampungan utara India meneruskan majlis perkahwinan mereka dengan berpakaian sut hazmat dan pelitup muka.

Menurut pegawai kesihatan, Rajendra Meena, pengantin perempuan yang tidak dinamakan itu disahkan positif virus tersebut beberapa jam sebelum majlis, namun bertegas untuk meneruskan perkahwinan yang sudah dirancang.
Berikutan itu, mereka melangsungkan majlis perkahwinan di halaman pusat kuarantin, di sini, hujung minggu lalu.
Di bawah kanopi berwarna merah yang menghadap bara api, pasangan pengantin itu yang sedondon mengenakan sut hazmat berwarna biru lengkap dengan pelitup dan pelindung muka, melafazkan ikrar perkahwinan.
Sementara itu, paderi yang mengendalikan majlis turut dilengkapi sut hazmat berwarna putih bersama hud seakan-akan angkasawan sambil lagu perkahwinan tradisional dimainkan.
Sementara itu, menurut Meena, pengantin perempuan telah dimasukkan ke pusat berkenaan untuk tujuan rawatan dan pemantauan susulan dia disahkan positif COVID-19.
“Kami telah dimaklumkan oleh ahli keluarga pasangan pengantin bahawa mereka telah bersetutju untuk melangsungkan perkahwinan di pusat kuarantin tanpa tatacara majlis perkahwinan yang biasa," katanya.
Majlis perkahwinan di India adalah satu acara yang amat meriah yang turut disertai tetamu dan saudara mara.
Namun, beberapa negeri di India terpaksa melaksanakan perintah sekatan mengurangkan kapasiti tetamu bagi majlis perkahwinan dalam usaha mengawal penularan COVID-19.
Setakat ini, India melaporkan sejumlah 9.6 juta kes positif COVID-19 di negara itu, menjadikannya negara dengan jumlah kes tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).


Sumber : Astroawani

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 11-12-2020 03:53 AM
habis tu nak bersenggama macam mana. pakai sut dan kondom lah kan..tipu lah dah kahwin nak tahan berminggu tak jamah


Quote Perawankota 11-12-2020 04:01 AM
Mcm x leh tangguh
Quote GincuPurple 11-12-2020 07:32 AM
Perawankota replied at 10-12-2020 08:01 PM
Mcm x leh tangguh

Diorang kan percaya dengan tarikh2, kalau tunda karang bawa bala, tok sami depa kata.
Quote Perawankota 11-12-2020 08:13 AM
GincuPurple replied at 11-12-2020 07:32 AM
Diorang kan percaya dengan tarikh2, kalau tunda karang bawa bala, tok sami depa kata.

Yer lah... Lupa lak.. Tu jugak lah sebab BFF aku, x jadik kawen sampai nangis. tok sami tu punya ramalan, kalau dia kawen, bapak dia akan mati or ada kecelakaan.
Quote MadameOnion 11-12-2020 08:21 AM
satgi malam cemana?
Quote cikcikebom 11-12-2020 10:15 AM
macam tak boleh tunggu jer kan
Quote cmf_almondpecan 11-12-2020 10:18 AM
cikcikebom replied at 11-12-2020 10:15 AM
macam tak boleh tunggu jer kan

Tak boleh kot. Dah kira siap2 masa sehingga ke saat yg tepat nak kawin ni
Quote Artemesiaa 11-12-2020 12:51 PM
OK ler tu siap dah selubung lengkap ppe dah tak ada yang hadir nak bimbangkan
Quote borrow 11-12-2020 02:43 PM
nak ikat hari tu jugak , klo tangguh nanti bakal shuben lari. Kowt hehe...
Quote shop_girl 12-12-2020 11:51 AM
Kenangan seumur hidup ni..tak payah mekap or pakai sari sarat2
Quote azie5zoe 13-12-2020 12:05 PM
cikcikebom replied at 11-12-2020 10:15 AM
macam tak boleh tunggu jer kan

Biasanya orang india ni ada kiraan tarikh dia, kalau tak ikut tarikh takut terus kena postpone tarikh yang sesuai sesilap makan tahun jugak (ikut kiraan umur kalau tak silap). Tu bab nikah, nak ehem ehem pun dia orang kena ikut tarikh juga. Kawan iols kena tunggu seminggu ke berapa hari tah nak ehem2 dengan husband dia lepas jadi pengantin baru.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.048445 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top