CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Hamil Anak 12 Terpaksa Merempat Di Hotel Lepas Dihalau Tuan Rumah

10-12-2020 01:37 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5257| Komen: 34|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: 14 sekeluarga hilang tempat berteduh selepas tuan rumah menjual kediaman mereka.



14 sekeluarga hilang tempat berteduh selepas tuan rumah menjual kediaman mereka.

Pasangan yang bakal menimang anak ke-13 Februari tahun depan terpaksa menerima hakikat mereka kini hidup merempat apabila rumah telah dijual oleh pemiliknya tanpa memberikan sebarang notis.


Foto : Daily Star

Menurut Daily Star, keluarga tersebut terpaksa tinggal di hotel Belfast, Ireland sejak dua bulan lalu dengan diuruskan oleh Agensi Pengurusan Perumahan. Mereka menyewa satu tingkat hotel untuk menempatkan keluarga ini.


Memandangkan tuan rumah meminta mereka mengosongkan kediaman tanpa memberi mereka peluang waktu yang cukup untuk mencari kediaman baru, ibu kepada 12 anak, Tessa Donoughe kesal mereka hanya tinggal sehelai sepinggang selepas kejadian itu.

"Kami tak dapat mencari rumah baru, jadi terpaksa meninggalkan segala barangan di rumah lama. Tiada peti ais, perabot, tilam dan segala-galanya."

Dalam masa sama, mereka mengalami kesukaran apabila tidak dapat memasak atau membasuh baju seperti biasa berikutan isu keselamatan di hotel.

"Memang hotel telah memberikan yang terbaik kepada kami sehingga menyediakan satu tingkat khas untuk kami, namun anak-anak agak takut tidur berseorangan di bilik, jadi mereka datang tidur bersama-sama kami."


Foto : Daily Star

Disebabkan mereka tidak boleh memasak, maka segala makanan terpaksa ditempah membuatkan belanja mereka bertambah berkali ganda dari kebiasaan.

"Menjelang Krismas, kami tidak dapat membuat persediaan untuk menyambutnya, kerana duit simpanan semakin kurang untuk menampung tempoh dua bulan ini. Pasti anak-anak paling sedih."

Apa yang dimahukan oleh keluarga ini ialah mendapat kediaman yang sesuai untuk keluarga besar mereka secepat mungkin.

Sementara itu, Agensi memberitahu media bahawa semuanya terkawal dan mereka akan menguruskan perayaan secara sederhana kepada Tessa sekeluarga. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 10-12-2020 01:52 PM
Muka anak2 mcm suma bawah 10 tahun je.. rapat gila jarak anak2 dia..
Quote Decaffeinated 10-12-2020 01:53 PM
Macam tu dia kata merempat?...

Quote acik79 10-12-2020 01:55 PM
Setiap thn sorg ke ni?
Quote clarizsa 10-12-2020 02:07 PM
Lerr beranak banyak tapi tak beli rumah
Hmmm
ingatkan kt msia je ada cmni
Quote Nana_Man 10-12-2020 02:07 PM
Keje beranak bnyk kali ni best sangat ke?
Quote gigahertz 10-12-2020 02:16 PM
Decaffeinated: Macam tu dia kata merempat?...

Memula i baca i ingatkan macam watak ellie suriati pegang kotak rambut gebang2.
Quote gigahertz 10-12-2020 02:17 PM
clarizsa: Lerr beranak banyak tapi tak beli rumahHmmmingatkan kt msia je ada cmni

Nak kata not educated dah org putih.
Quote matchstick 10-12-2020 02:20 PM
naseb baik bukan melayu..kalu melayu dh 10pg benang ni
Quote prettyuglybabe 10-12-2020 02:23 PM
forumer urban tak sabar nak kutuk melayu mesti kecewa kan
Quote shernazz 10-12-2020 02:28 PM
Nape tak.beli rumah?
Tak makan pil perancang ke?
Nasib ada agensi yang tolong
Kalauntak...bawah jembatan lq jawabnya

Ni ayat biasa.yang ditaip.oleh forumner...iols dah taipkan dah


Sampai 13 anak tuuu...
Quote hayati_hassan 10-12-2020 02:46 PM
beliau xbersuami eh ?
hidup dgn jasa kebajikan ?
Quote Belibis 10-12-2020 02:47 PM
prettyuglybabe: forumer urban tak sabar nak kutuk melayu mesti kecewa kan

Forumer sangat berharap kes ini kat kelantan.sayang 1000x sayang ummah barat.
Quote ctaz 10-12-2020 02:48 PM
kalau melayu...mampoih laaa dah berbakoi kena hencap........
Quote Kurex 10-12-2020 03:06 PM
Kalau Melayu, dah kena kecam dah sebab beranak ramai. Karang ada la orang report padahal takde rasis pun, asal taip Melayu, terus report. Yg si klong kleng tu tu benak sgt sampai tak tau mana satu kenyataan rasis dgn kenyataan biasa2. Puihhhhh
Quote Artemesiaa 10-12-2020 03:09 PM
Kat Malaysia pun apa kurangnya ramai terfikir nak tambah anak sampai lupa nak beli rumah.  Bila tak dapat rumah yang diidamkan mula nak merempan berangin sana sini semua salahkan orang lain tapi lupa salah sendiri.
Quote Orix 10-12-2020 03:14 PM
kalau melayu ni confirm da kepam semua
Quote bakingsoda 10-12-2020 03:31 PM
merempat = 1 floor hotel family dia je duduk 2 bulan
Quote rosmahisham 10-12-2020 03:42 PM
Ramainye ank kecik2 pulak tu.
Quote ikanmasin 10-12-2020 04:28 PM
dlm masa 2 bulan tu tak dpt cr rumah ke..mmg lah belanja meningkat berganda2..dah tak boleh memasak mencuci pakaian lg.dah lah ramai kan.kos meningkat lah..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.320419 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top