CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ceti Haram Tampal Gambar Mangsa Di Berpuluh Tiang Lampu

9-12-2020 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5395| Komen: 36

Description: Tampal gambar mangsa yang didakwa gagal melangsaikan hutang pada berpuluh tiang lampu.
Tampal gambar mangsa yang didakwa gagal melangsaikan hutang pada berpuluh tiang lampu.

Itu tindakan konco ceti haram yang dikesan melakukan perbuatan itu berhampiran Taman Kota Laksamana di sini.



Gambar hiasan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, kejadian bermula apabila seorang pelajar yang menetap di taman itu didatangi seorang suspek lelaki sambil menunjukkan sekeping gambar dan nombor kad pengenalan kakaknya pada Sabtu lalu.

Menurutnya, suspek memaklumkan kakak pelajar itu gagal membayar hutang.

"Suspek kemudian mengambil gambar rumah pelajar itu sebelum bertindak menampal gambar kakak mangsa di tiang-tiang lampu di kawasan itu.

"Susulan kejadian itu, mangsa segera tampil ke Balai Polis Tengkera untuk membuat laporan berkaitan kejadian berkenaan pada Jumaat lalu.


"Bertindak atas maklumat diperolehi, seorang lelaki berusia 36 tahun ditangkap di Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini, untuk membantu siasatan mengikut sekysen 117 Kanun Prosedur Jenayah yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi 50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya tadi.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 9-12-2020 04:23 PM
Apa2pun... Dah pinjam.. Bayau.. Lahabau betul.. Sian kat adik dia tu mujur tak kena culik ya!
Quote Artemesiaa 9-12-2020 04:40 PM
Bila pinjam dengan ceti cam tu ler jadinya
Quote Skuau 9-12-2020 04:51 PM
Artemesiaa replied at 9-12-2020 04:40 PM
Bila pinjam dengan ceti cam tu ler jadinya

ok la tu...pinjam kat kwn...bila kwn minta balik...dimaki pulok...ngn along/ceti haram....amik ko la kekdahnya.
Quote mawarika 9-12-2020 04:56 PM
Dah pinjam bayo la! Padan la muka kena mcm tu. Kalau kena kerat mcmana pulak? Benci species yg suka pinjam duit org ni.
Quote borrow 9-12-2020 05:03 PM
Pinjaman haram senang lulus. Tp menderita tang bunga tu. Jenuhlah bayar.

Quote slyfynx 9-12-2020 05:33 PM
Skuau replied at 9-12-2020 04:51 PM
ok la tu...pinjam kat kwn...bila kwn minta balik...dimaki pulok...ngn along/ceti haram....amik ko  ...

Betul.
Mase nk mntk pinjam, manis sgt mulut.
Bile kite tanya sikit terus sentap.
Gaji nnt aku bayar konon.
Barbie la.
Quote star_karat 9-12-2020 08:11 PM
Ceti India bawak payung zaman dulu dah takda lagi ek..Ok sikit paling banyak dia meroyan depan pintu.
Quote bambimo 9-12-2020 09:17 PM
Nasib le ah long tu xbakau rumah kau dgn jiran2 trkena...
Quote shernazz 9-12-2020 09:23 PM
Taman iols ada sorang ni pinjam along
Mak aih
Merata copy ic dia dilekat..
Termasuk pagar iols
Hahaha..
Kiranya setiap.rumah semua dapat
Dia xdpt cari sebab orang tu dah pindah
Quote sukacactus 9-12-2020 09:36 PM
Kang kalau aku memadankan muka mangsa, kata aku xbersimpati
Tp aku mmg anti dgn org berhutang tp liat nak bayar
Quote sambaldurian 9-12-2020 10:21 PM
ceti haram pulak kena tangkap, bermaharajalela la org yg pinjam tp xnk byr. skg pun yg nk pinjam2 ni pun lg licik dari ceti haram.dh dpt duit lari ke negeri lain. dulu drama boleh la tunjuk ceti yg g ugut hari2, la ni peminjam pulak yg licik.
Quote myoujin 9-12-2020 10:36 PM
hutang ahlong ni bunga dia macam bunga sakura... penuh satu pokok.

mula2 bole bayar lama2 ngan covid lagi nih siap la
Quote kimbora 10-12-2020 12:11 AM
Cite pasal pinjam ceti ni lebih kurang dengan kawan kerja aku dulu. Tiap2 minggu mesti nak pinjam kawan2 duit dalam 3 ratus lebih. Setiap minggu. Lepastu janji nak bayar tapi haram tak bayar lah.

Sekali kantoi rupanya pinjam ahlong 10k. Boleh kantoi sebab ahlong sampai datang opis cari. Pandai pulak menyorok kat tangga belakang takut ahlong jumpa. Katanya tak sedar tiba2 ada duit dalam bank. Entah dia joli apa dengan suami dia sampai abis duit tu, sekali nak bayar memang terkial lah, mana nak dapat duit bunga tiap2 minggu beratus. Last2 bapak terpaksa jual kereta semata mata nak bayar hutang anak.
Quote anony-mous 10-12-2020 01:02 AM
Nak salahkan org tu xboleh jugak. Dah pinjam ganti la. Masa pinjam dah setuju kn t&c???
Quote AyaqMeloSuam 10-12-2020 05:01 AM
Aku pnh kena wey.. ahlong dtg tabur fotostat ic & tulis ugut2 llaki mna tah.. aku x kenai langsung.. blh mai taboq dpn umh aku.. selang bbrp hari mai taboq lempar dlm pagar plk. Msa tu jiran aku nmpk trus pgi ke kreta ahlong tu tp dia cabut lari.. ptg tu jgk aku buat repot balai.. aku laminated yg ahlong tu punya kertas + repot balai. Aku gantung kt pagar umh. Abis semua org lalu lalang singgah baca.. pastu dh xdak la ahlong tu tabur2.. bongok punya ahlong, p la siasat habis2an bru nk main lempar2.. choiii.. suwey umah aku
Quote noor2 10-12-2020 05:48 AM
mawarika replied at 9-12-2020 04:56 PM
Dah pinjam bayo la! Padan la muka kena mcm tu. Kalau kena kerat mcmana pulak? Benci species yg suka  ...

Pinjam ceti haram ni bukan mcm kita sangka... walaupun kita bayar...bunga tu berlipat kali ganda....ni dari pengalaman beberapa orang yg akak interview kes pinjam ceti haram ni....
Quote abcdotcom 10-12-2020 05:52 AM
Ceti Haram menyalahi undang2 tp dah 2020 Masih berleluasa .Pelik Kan ? Mana pihak berkuasa ? Bagi sebat dan penjara dlm Tanah X nampak Matahari cam Singapore baru depa Ada akal .
Quote abcdotcom 10-12-2020 05:53 AM
noor2 replied at 10-12-2020 05:48 AM
Pinjam ceti haram ni bukan mcm kita sangka... walaupun kita bayar...bunga tu berlipat kali ganda.. ...

Sjk MCO sepah2 kad ahlong .Aku ambik buang tong sampah .Smkn ramai terdesak pinjam ceti SBB proses senang .Pertama Riba ,duit haram .Tp haram juga dicari Melayu mengaku Islam .Sad .
Quote Dovahkiin 10-12-2020 06:18 AM
Aku ada kenal sorang ibu tunggal ni. Dia pinjam ah long utk besarkan anak2 sambil2 meniaga jual nasik lemak. Bunga mmg tinggi, tp dia berjaya bayar habis, anak2 pun da besar, semua bekerja elok2, da boleh duduk rumah rehatkan badan. Ceritanya, bila hutang, kena bayar.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.063315 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top