CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Leka Main Telefon, Bapa Suap Anak Makan Charger

9-12-2020 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6349| Komen: 20

Description: Pasti ramai pernah melihat situasi dimana kanak-kanak meraung meminta telefon pintar atau gajet daripada ibu bapa mereka.
Pasti ramai pernah melihat situasi dimana kanak-kanak meraung meminta telefon pintar atau gajet daripada ibu bapa mereka.

Hal ini kerana segelintir ibu bapa sering memberikan gajet kepada anak untuk mengelakkan daripada mereka merengek. Malah, ada juga daripada mereka yang memiliki telefon pintar sendiri.


Fenomena ini sebenarnya sangat membimbangkan. Memang betul gajet boleh ‘mendiamkan’ dan melekakan kanak-kanak, namun ia kelihatan menyedihkan kerana menyebabkan mereka tidak mengendahkan keadaan sekeliling.


Kredit foto: IG gilatube
   
Situasi ini juga berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang dilihat sedang leka bersama telefonnya ketika makan menerusi sebuah video dimuat naik di laman Instagram iaitu @gilatube.

Jika diperhatikan, bapa kanak-kanak itu telah memberikan makanan kepada adik dan dirinya. Namun, lain pula yang jadi apabila dia terlalu leka sehingga tidak perasan bapanya telah menyuapkan sebuah kepala pengecas ke dalam mulut.


Ekoran itu, kanak-kanak perempuan tersebut telah bertindak memukul bapanya dan menangis gara-gara terkejut dengan situasi disuap pengecas terbabit. 

"Siapa suruh main fon, kan dah kena.

"Bahaya tau bagi makan charger, takut anak dia bertukar jadi phone," antara komen warganet.

Walaupun ramai terhibur dengan perkongsian itu, ada juga mempersoalkan tindakan kanak-kanak berkenaan tidak menghormati bapanya.



"Tu ayah dia ke? Aku kecil-kecil dulu pun tak pukul ayah aku macam tu.. Tau budak, tapi kena belajar hormat," komen netizen. 




Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshKetchum 9-12-2020 02:24 PM
selayaknyalah muka ko dihempok gitu dah perangai cam hanat bawak pulak menurun ke anak. jadahnya nak disumbatkan kepala charger dalam mulot budak tu? buatnya digigit sampai patah takpon ditelan teros tercekik?
Quote tepisket.. 9-12-2020 02:35 PM
Harap ayah dia control la anak dia dr pegang hp. Waktu makan fokus je makan. Hp simpan. Bdk  ni besar kemungkinan leh dpt phone addiction  
Quote Knowlee 9-12-2020 03:04 PM
I tengok budak-budak kecik sekarang, parents bagi main gadget sampai tak peduli keliling. Bila kita ajak berbual, dia jawab sambil tengok gadget. No eye contact dgn kita. Bahaya tu kalau dibiarkan.
Quote mawar_mustika 9-12-2020 03:30 PM
anak2 saudara i yg kecik2 tu klu dh ngadap phone serius mmg xhirau kiri kanan...kiteorg skrg mmg hadkn utk diorg sekarang takut jg ketagih...jarang2 sgt br bg
Quote Zirara99 9-12-2020 04:07 PM
Anak sedara I kalau panggil buat bodoh sibuk main fon mmg I herdik sebut nama dia sampai satu taman dengar. Baru sentap nak nangis ke hape I kisah apa.
Quote sarah82 9-12-2020 04:29 PM
si bapa pun batak like...gigih rekod sendiri.
Quote Artemesiaa 9-12-2020 04:53 PM
Nasib tak ditelannya kalau tak satu hal pulak nak kena bawak gi spital
Quote kroit92 9-12-2020 06:49 PM
mawar_mustika replied at 9-12-2020 03:30 PM
anak2 saudara i yg kecik2 tu klu dh ngadap phone serius mmg xhirau kiri kanan...kiteorg skrg mmg had ...

aku pun pantang budak jenis macam ni.

kita panggil elok2, buat bodo je main phone. panggil sekali, takpe, maybe tak dengar.
panggil kali kedua, depan dia. kalau khusyuk sangat, tepuk-tepuk sikit panggil.

tapi kalau panggil berkali2 buat tak tau. memang aku tempik dengan suara guruh.
dengan mak ayah dia berlari datang nak selamatkan anak. tau takut.

lagi satu, kalau budak kecik.
main phone tak hirau sekeliling. mak ayah suruh salam orang tua ke, minta tolong ke, keras depan phone.
bila tegur, menjerit. tantrum. pastu sambung main phone balik.

aku dengan muka tebal. rampas phone, suruh dia bangun. angkat bontot. BEHAVE, listen to your parents.
mak ayah berat tangan, meh aku ringan tangan. aaaa baru ada akal sikit.

sekian dari pak ngah yang garang
Quote Aikiko 9-12-2020 10:21 PM
Good lesson...kasi ajar budak2 biar drpd kecik, esok2 klau da besar dah keras betung mmg dah takleh watpe da
I pun sama garang ngan ank2 buah tapi sayang sangat depa
Quote hasniey 9-12-2020 11:50 PM
Anak sedara ai dh start dh mcmni.kalau pegang hp xboleh disentuh terus nk ngamuk...kalau bapak dia mls layan mmg dibagi je berapa jam pon.smpai bdk tu bosan.tp lps 2-3 jam laa

Kalau dgn ai,jgn harap..ai limit kt hp.cukup masa mati sendiri.dia pon tau.kalau hp mati tu dh cukup time la tu.xde ngamuk2
Quote vee_zara 10-12-2020 12:19 AM
Sekarang ni mmg seriau la tengok makpak bukan yg muda je buat gini. Mak pak yg anak dah besar2 pun bg phone kat anak. Ada masa i pergi check up klinik, anak dia okay je takde la meragam ke apa tp masih lagi bukak video kat phone bg anak dia tengok. I so far kalau anak nangis malam2 melalak tibe2 bukak juga lagu kat phone tp bukan video. And sebenarnya mmg sgt letih melayan anak without phone. Husband and I kalau makan kat kedai mmg kami simpan our phone. And husband i akan makan dulu sebab i tak suka rushing masa makan. So i akan distract anak i bg melukis ke mewarna ke, main mainan atau main gurau2. By the time turn i makan plak. Slalunya i will lost my apetite. Rasa lapar dah hilang.... and itu lah puncanya i lost my weight. Sekiannn
Quote anony-mous 10-12-2020 01:05 AM
Kalau mak bapak xajar, x ada nya jd mcm tu. Ni mesti parent malas nk layan ank masa mkn, paling mudah, sumbat phone. Kalau ank xnk mkn xde phone, biar je, nnti dia lapar dia mkn jgk. Xpyh ada phone.
Quote anony-mous 10-12-2020 01:07 AM
kroit92 replied at 9-12-2020 06:49 PM
aku pun pantang budak jenis macam ni.

kita panggil elok2, buat bodo je main phone. panggil seka ...

Gud job uols. Bg kurang skit generasi kurang ajar. Org2 tua dlu ambik rampas je phone tu hempas. Buang. Kalau dah x reti bahasa sgt. Nk cara halus, rendam phone tu dlm air masa ank tgh tdo
Quote acikhan 10-12-2020 08:24 AM
setakat nie dlm seminggu 3@4 Kali je bg ank2 tgk utube layan citer cartoon...pernah jugak ank2 memberontak nak hp nak hp, haku bolayan je la, walaupun dlm hati geram je ank2 nie... n haku duduk flat pprt yach n serious ank2 jiran bwh haku berderet main hp bangun pagi ngan baju tido main game kdg2 sampai ke ptg cm gitu, ngah adik2 nyer menangis depan pintu, aduhaiii makpak dorg berniaga tp tu la sogok ngan ank2 hp...haku pun da fedup memekak ngan ank2 jiran nie
Quote mawar_mustika 10-12-2020 10:46 AM
anony-mous replied at 10-12-2020 01:05 AM
Kalau mak bapak xajar, x ada nya jd mcm tu. Ni mesti parent malas nk layan ank masa mkn, paling muda ...

sometime bukan mak ayah yg ajar...mcm anak saudara i..si kakak ms kecik mmg ketagih tu sbb adik2 i duk bg ajar bdk ni tgk utube sbb byk membsr dgn kiteorg(yg ni mmg i sengkeh kepala sorang2)...so ble dpt adik mmg xbg phone kt adik...skali hntr kt rmh pengasuh tiba2 je adik die jd ketagih sedangkn kt rmh mmg kiteorg xbg..selidik punye selidik rupenye die selalu ngadap phone dgn anak pengasuh yg sekolah rendah...nasib baik sempat duk brape bulan je...tp die punye ketagih dpt phone mmg xgerak klu dpt...skrg alhamdulillah dh dpt kurangkn...dh pandai ckp tel xbagus nnt mata cepat buta
Quote husna_amal 10-12-2020 11:34 AM
Hilang respek anak kat bapak.
Quote anony-mous 10-12-2020 12:03 PM
mawar_mustika replied at 10-12-2020 10:46 AM
sometime bukan mak ayah yg ajar...mcm anak saudara i..si kakak ms kecik mmg ketagih tu sbb adik2 i ...

Ank i tgk phone dkt rumah pengasuh, xsuka sebenarnya tp susah nk ckp nnti terasa. Dkt rumah mmg xbg apatah lg waktu mkn. Bg kdg2 mmg jarang sgt bg. Lbh rela beli mainan dri bg main phone. Xde ketagih unless parent bg. Dlm kes u ni mgkin sbb org yg slalu bg dia phone ada dgn parent skali so pyh skit. Kesian bdk tu
Quote RatuDunia94 10-12-2020 12:58 PM
Jangan salahkan anak2 yg leka main phone.. kalau mak bapak pun time waktu lapang sibuk hadap phone..
Quote Jorja 21-2-2021 04:27 PM
Kalau nak beranak pinak ramai kenala tanggunjawab. Tak boleh asyik nak sua gajet kt anak semata supya tak ganggu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055542 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top