CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tak Boleh Dengar Komen Pedas Stop Je Nyanyi” - Mas Idayu Tak Kisah Dibenci

9-12-2020 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8805| Komen: 44

Description: Penyanyi dangdut Mas Idayu memberitahu sikap garang yang ditunjukkan setiap kali menjadi juri program realiti adalah cara dia untuk mengajar seseorang penyanyi baharu.
Penyanyi dangdut Mas Idayu memberitahu sikap garang yang ditunjukkan setiap kali menjadi juri program realiti adalah cara dia untuk mengajar seseorang penyanyi baharu.

Juri tetap Lagu Cinta Kita 2 ini berkata, dia tidak kisah jika cara itu membuatkan dirinya dibenci dan menerima kecaman penonton program berkenaan.



"Inilah saya, bekerja dengan kawan-kawan saya pasti akan jadi diri sendiri.

"Benci? Makian, cacian, hak manusia dan tanggungjawab saya bukan untuk orang benci, bukan itu yang saya hebahkan

"Saya hebahkan perkongsian ilmu, pengalaman selama dalam industri untuk bakal anak seni yang bakal tumbuh dari awal saya memang tegas, garang, sensitif dan penyayang sebab itu saya marah!" ujarnya.


Dalam pada itu, Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 48, berkata, apa yang ditunjukkan di televiesyen itu juga bukan sekadar lakonan untuk meraih perhatian penonton.

Malah, dia berpendapat setiap juri mempunyai cara tersendiri untuk mengkritik peserta.

"Berlakon atau drama? Itu bukan saya! Saya ikhlas, kejujuran dan keikhlasan mungkin orang kita tak suka.

"Saya juga tak minta semua yang pernah jadi juri, jadi seperti saya. Saya memang macam ni, jangan ikut cara saya kerana saya cara orang kampung mengajar sebab tu saya ajar anak didik saya @black.hanifah cara kampung saja.

"Inilah cara saya, semua juri ada cara tersendiri," ujarnya.

Foto: IG

Sementara itu, Mas Idayu menasihatkan penyanyi baharu agar sedia menerima komen pedas jika betul-betul mahu berada dalam industri.

"Tak boleh dengar komen pedas? Stop saja nyanyi" ujarnya.

Lagu Cinta Kita 2 yang turut menampilkan komposer Ajai dan Hael Husaini sebagai juri tetap itu bersiaran pada pukul 9, Ahad di TV3. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SKUTIL 9-12-2020 01:38 PM
Yeahhhhh hidup mummy mas .......u are right mummy....mummy dlu masa time nak naik kan black pun kena maki dgn juri komentar jgak kan ..... Tahniah mummy berjaya
Quote September14 9-12-2020 01:50 PM
Mami mas pun nynyi x sedap mana klu org ckp ko nyanyi x sedap mau melenting jugak tu
Quote hanuma 9-12-2020 01:50 PM
ada tak mummy nak tujukan kepada nek ani jugak....
Quote minahmanja 9-12-2020 01:56 PM
hanuma replied at 9-12-2020 01:50 PM
ada tak mummy nak tujukan kepada nek ani jugak....

iols pun terfikir mcm tu jugak... sedas kasi nek ani..
Quote EvieWanKenobi 9-12-2020 02:50 PM
amboi mami.. cer orang komen pedas kat mami..
Quote newme11 9-12-2020 02:51 PM
hanuma replied at 9-12-2020 01:50 PM
ada tak mummy nak tujukan kepada nek ani jugak....

harap dia pun terasa.....
Quote pittjie 9-12-2020 02:57 PM
aaa dengar tu nek ani!

eh tiber ..
Quote damian_lee 9-12-2020 03:03 PM
actually mas idayu pernah kena kecam gara2 baby shima
kena kutuk kaw2 .... tapi baby shima tu memang layak kena kecam .......

sekali dia buat persembahan kat MELETOP terus tutup mulut orang
terus dipuji2 .....
Quote phone_5 9-12-2020 03:03 PM
terasa nek ani tau
family nek ani pun terasa nanti tau


nanti lepas GV nek ani ajak mas idayu berjumpa...



Quote iza.moha 9-12-2020 03:04 PM
Kemain mummy mas , nk lwn tok pinas ke..tayang betis
Quote Kurex 9-12-2020 03:09 PM
Ada beza komen pedas tanpa isi dgn komen membina walaupun pedas. Rata2 juri sgt pprt bila komen pedas tanpa isi.....
Quote asma87 9-12-2020 03:12 PM
Suara mommy sedap sikit la banding suara kak ani
Quote sokmogitu 9-12-2020 03:13 PM
mas idayu biasa garang dengan penyanyi baru je. Lagipun dia bukannya kutuk artis kat twitter. Dia garang sambil dibayar gaji kat kerusi juri. Lagi satu dalam pada dia melenting..dia bagi ajaran, dia ada knowledge yg dia boleh share.
Quote Themilo 9-12-2020 03:23 PM
teringat performance mummy nyanyi sambil buat aksi gimnastik sampai terbalik..
Quote iza.moha 9-12-2020 03:32 PM
Edited by iza.moha at 9-12-2020 03:33 PM

Mummy klu org nyanyi x betul ..dia punya garang mcm ustazah mengajar mengaji quran.
Quote bungarose 9-12-2020 03:35 PM
Tapi ko nyanyi pun tak sedap tak merdu
Quote pearl.silver 9-12-2020 03:36 PM
Selain black yg kne libas ngan rotan tu, ada lg ke ank murid dia yg naik jd artis
Quote Piramida 9-12-2020 03:39 PM
Sorry..  tak suka org memekak2 naik naik tinggi suara..  nak ajar konon... terus pening kepala aku.
Quote TomyamPuteh 9-12-2020 03:52 PM
Tah la mummy.Klau hang konpiden sgt, try la msk GV next season. Nk tgk hang blh cool ke x bila kna komen.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062987 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top