CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ujian Memandu Dibatalkan Kerana Kereta Terlalu Kotor

9-12-2020 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2551| Komen: 6

Description: Tidak masuk akal! Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan situasi dialami seorang remaja, Leo Sargent, selepas ujian memandunya dibatalkan pada saat akhir hanya kerana keretanya kotor!
Tidak masuk akal! Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan situasi dialami seorang remaja, Leo Sargent, selepas ujian memandunya dibatalkan pada saat akhir hanya kerana keretanya kotor!

Menurut ibu Leo, Jane Sargent, dia membersihkan kereta anaknya pada pagi 4 Disember lalu sebelum menghantar anak lelakinya itu ke pusat memandu yang terletak di Norwich.


Jane
Kredit foto: Eastern Daily Press/Ella Wilkinson

Bagaimanapun, setibanya mereka di sana bersama kereta model Ford Fiesta yang berusia 14 tahun itu, seorang tenaga pengajar memaklumkan ujian memandu Leo terpaksa dibatalkan kerana kereta tersebut terlalu kotor kerana terdapat kesan lumpur.

"Mereka mengharapkan anda memiliki kereta baru untuk mengikuti ujian.

"Terdapat sedikit lumpur di bahagian bawah pada saat kami tiba, tetapi kami tinggal di sebuah ladang, tak boleh buat apa-apa untuk mengelaknya," kata ibu kepada tiga anak itu.



Kredit foto: Eastern Daily Press/Ella Wilkinson

Ujarnya, dia sudah meminta supaya wang yuran ujian memandu itu dikembalikan, bagaimanapun tidak berharap untuk memperolehinya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 9-12-2020 01:24 PM
Peka betul pihak sana ada lumpur tertalit pun terus terbatal
Quote Megikari 9-12-2020 06:31 PM
Ye keeeee. Ntah2 ada cerita lain sebenarnya
Quote slyfynx 9-12-2020 07:08 PM
Kadang2 dgr cerita one sided ni payah jg.
Die x cerita penuh.
Mesti ade mende lain ni.
Lumpur tu just nk jadi cerita je.
Kot2 spesis Karen ke. Hihihi
Quote Jitu 9-12-2020 10:50 PM
owh kat sana boleh guna kereta sendiri ambik test
Quote CiliPadiSedap 9-12-2020 11:12 PM
Jitu: owh kat sana boleh guna kereta sendiri ambik test

Sekolah memandu kt sana ujian cm mr bean memandu kereta.
Quote husna_amal 10-12-2020 11:24 AM
Aspek kebersihan kereta pun dia ambil kira.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.111144 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top