CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sembur 'Pepper Spray' Sebelum Samun Mangsa

9-12-2020 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2471| Komen: 1

Description: Dua penjenayah berpura-pura mahu melakukan urusan insurans di sebuah premis insurans di Taman Intan, di Sungai Petani sebelum menyamun pekerja dalam kejadian Rabu lalu.
Dua penjenayah berpura-pura mahu melakukan urusan insurans di sebuah premis insurans di Taman Intan, di Sungai Petani sebelum menyamun pekerja dalam kejadian Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, dua suspek bersenjatakan sebilah pisau menunggang sebuah motosikal.



Kredit foto: YouTube HM

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, ketika kejadian, terdapat seorang pekerja wanita berusia 50 tahun berada dalam premis itu.

Beliau berkata, seorang suspek menunggu di motosikal manakala rakannya masuk ke dalam premis dan mengeluarkan sesuatu dari poket serta menyembur ke muka mangsa.

"Suspek turut mengeluarkan sebilah pisau dan meminta mangsa menyerahkan wang.

"Akibat ketakutan, mangsa menyerahkan wang sebanyak RM200 kepada suspek. Suspek turut menendang pintu kaca premis terbabit untuk melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Adzli berkata, ketika kejadian, hanya mangsa seorang diri bekerja di premis berkenaan.

"Hasil semakan CCTV mendapati suspek yang masuk ke dalam kedai memakai pelitup muka, topi keledar biru dan bertutup.

"Suspek turut menyembur sesuatu di muka pengadu dipercayai 'pepper spray' dan suspek turut mengacukan sebilah pisau ke arah pengadu dengan memaksa pengadu menyerahkan wang," katanya.

Adzli berkata, bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/396 Kanun Keseksaan.



"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan masih dilakukan," katanya.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 10-12-2020 11:28 AM
Advance penyamun sekarang. Dia pulak yang guna pepper spay ni.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.043164 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top