CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paku Tembus Tengkorak, Kemaluan Budak 3 Tahun Dipotong Bapa

9-12-2020 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5620| Komen: 23

Description: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terungkai apabila dia ditemui mati dengan paku menembusi tengkorak dan mata serta kemaluannya dipotong.
Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terungkai apabila dia ditemui mati dengan paku menembusi tengkorak dan mata serta kemaluannya dipotong.

Mayat Zazi Nzama ditemui ahli keluarga di Thembalihle, dekat Estcourt, Afrika Selatan, pada Sabtu lalu. Anggota badan mangsa yang hilang turut dijumpai di rumah suspek.


Mirror yang memetik laporan Times Live melaporkan, susulan kejadian, bapa kanak-kanak itu, Themba Majozi, 38, ditangkap dan didakwa atas tuduhan membunuh dan memiliki organ manusia.


Ahli keluarga bersedih atas kematian mangsa
Kredit foto: Times Live

Dalam pada itu, nenek Zazi, Theni Majozi, 57, berkata, dia tidak faham mengapa cucunya dibunuh dengan kejam.

Difahamkan, ibu kanak-kanak malang itu dipercayai tidak tinggal bersama keluarga berkenaan dan Zazi sebelum ini dilaporkan hilang sehari sebelum mayat ditemui di dalam semak.


Setakat ini, motif pembunuhan ngeri itu belum diketahui. Pesuruhjaya Wilayah KwaZulu-Natal, Leftenan Jeneral Khombinkosi Jula mengutuk pembunuhan kejam itu.

Ahli Majlis Eksekutif untuk Pembangunan Sosial, Nonhlanhla Khoza pula mendesak supaya pembunuh wanita dan kanak-kanak dikenakan hukuman maksimum.

"Sebatang paku ditusuk melalui tengkorak mangsa hingga ke matanya, dan kemaluannya dipotong.

"Polis perlu segera menyelesaikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak ini," katanya.

Statistik menunjukkan seramai 58 orang menjadi mangsa bunuh sehari, atau lebih dari 21,000 setahun di Afrika Selatan.


Sumber: Harian Metro
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-12-2020 11:14 AM
Gila ke dna bml ni???.
Quote LadyCarefree 9-12-2020 11:17 AM
Kalau Islam, nanti budak tu boleh tarik mak bapak masuk syurga, ikut kata meleis lah.
Quote pooh~key 9-12-2020 11:33 AM
Kurex: Gila ke dna bml ni???.


BLM la gay laknatullah sister oiiii.... BiLatinMen. Eh tiberrr sis!
Quote sarah82 9-12-2020 11:35 AM
nak balas dendam kat isteri atau anak tu dikorbankan utk upacara penyembahan. kat afrika ni, ada banyak kes kanak2 dan org2 albino dibunuh, dipotong jari utk pemujaan bagi mendapatkan kekayaan.
Quote Artemesiaa 9-12-2020 11:39 AM
Kejamnya perbuatan moga dihukum setimpal
Quote sharlenetexas 9-12-2020 11:46 AM
pooh~key replied at 9-12-2020 11:33 AM
BLM la gay laknatullah sister oiiii.... BiLatinMen. Eh tiberrr sis!

Bml nouveau visage.

Quote missbigrockstar 9-12-2020 12:00 PM
Kesian nya. Dlm gambar atas tu kucing turut bersedih di atas kematian
Quote ~boolean 9-12-2020 12:02 PM
gambar kucing lagi besar dari gambar keluarga..
Quote husna_amal 9-12-2020 12:03 PM
Giler kejam boleh pula tebayang panjangnya paku tu.
Quote makneng 9-12-2020 12:19 PM
Aduii...ngilu poen baca.. Apa ke vinats sgt yg membunuh tu?? Elok ditolak dlm kolam penuh buaya je.
Quote NekNgah 9-12-2020 01:15 PM
Dia orang ni kuat sangat amalan ilmu hitam.  Anak sendiri pun dikorbankan.
Quote Mamason 9-12-2020 01:28 PM
Sakit hempedu baca kisah ni.  Ape kejam benor
Quote diss69 9-12-2020 04:26 PM
Bapak sendiri bunuh? Kejam giller..
Quote Redskin 9-12-2020 05:49 PM
LadyCarefree replied at 9-12-2020 11:17 AM
Kalau Islam, nanti budak tu boleh tarik mak bapak masuk syurga, ikut kata meleis lah.

Kalo ikut Kisteaa, budak 3 tahun ni dah
masuk neraka kaa sis sebab tak purcaya
yg Jesus tu Tohan...ikut kata kapiaq laa..
Quote cha-cha 9-12-2020 08:12 PM
Terkejut aku, ingatkan kucing tu gambar mayat   
Quote LadyCarefree 9-12-2020 08:38 PM
Redskin replied at 9-12-2020 04:49 PM
Kalo ikut Kisteaa, budak 3 tahun ni dah
masuk neraka kaa sis sebab tak purcaya
yg Jesus tu Tohan ...

Ikot la memasing nk percaya apa. Tp kalau ikut Islam rasanya semua yg belum baligh masuk syurga xkira ugama apa sbab belum baligh kan?
Quote Redskin 9-12-2020 11:18 PM
LadyCarefree replied at 9-12-2020 08:38 PM
Ikot la memasing nk percaya apa. Tp kalau ikut Islam rasanya semua yg belum baligh masuk syurga xk ...

Iyaaa...mengikut Islam, budak2 yg belom baligh tak kira bangsa dan agama orgtuanya akan masok syurga kerana fikiran budak2 belom matang.

Berbeza dgn Kisteaa, anak2 yg baru lahir pong sudah berdosa
Kalo tidak dibaotistkan atau percaya yg Jesus tu Tohan ...konpem budak2 tu teruih dihumban kedlm neraka....apa salah budak tu ya ??

Disini terlihat keindahan Islam.

Ko percaya kaa yg Jesus tu Tohan ??
Quote LadyCarefree 9-12-2020 11:21 PM
Redskin replied at 9-12-2020 10:18 PM
Iyaaa...mengikut Islam, budak2 yg belom baligh tak kira bangsa dan agama orgtuanya akan masok syur ...

Jesus tu nabi. Nabi tu manusia.
Quote Redskin 9-12-2020 11:43 PM
LadyCarefree replied at 9-12-2020 11:21 PM
Jesus tu nabi. Nabi tu manusia.

Ramai ajer orang yg percaya manusia
boleh jadik Tohan.

Aku tak tanya samada Jesus tu manusia atau Nabi. Cuba baca soalan aku betul?

Soalan aku adakah Jesus tu Tohan?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.063902 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top