CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nazir Razak Elok Je Cakap Melayu Tapi Hos Meletop 'Fefeeling Speaking, Apo?

10-12-2020 10:07 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9085| Komen: 26|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Kelainan yang ditampilkan program Meletop apabila menjemput tetamu kenamaan membicarakan hal peribadi untuk kesedaran awam sewajarnya dipuji. Jadi, apabila Dato' Sri Nazir Razak diundang untuk berkong ...



Kelainan yang ditampilkan program Meletop apabila menjemput tetamu kenamaan membicarakan hal peribadi untuk kesedaran awam sewajarnya dipuji. Jadi, apabila Dato' Sri Nazir Razak diundang untuk berkongsi mengenai pengalamannya sebagai Pejuang Kanser Prostat, ianya satu segmen yang segar.

Bagaimanapun, adalah memalukan apabila tetamu menjawab soalan di dalam Bahasa Melayu, tetapi hos pula feeling-feeling omputeh dengan slang bahasa Inggeris.



Netizen, Kamarool membangkitkan isu sebegini, mengapa perlu wujud perbezaan apabila menemuramah golongan kenamaan? Adakah Bahasa Melayu tidak layak untuk dituturkan?


Foto : IG

Hal sama turut dikomen pengulas industri hiburan, Sepit Siput dalam IG stories ny. Menurutnya, memang menjadi tabiat segelintir rakyat Malaysia menganggap orang kenamaan harus dilayan dengan bahasa Inggeris supaya setaraf dengan kedudukan mereka.


IG

Ini sangat berbeza dengan orang luar negara yang kebanyakannya sangat berbangga dengan bahasa sendiri walaupun artis yang dijemput merupakan bintang popular.


Foto : IG

Contoh yang ditampilkan adalah ketika aktor Tom Holland mempromosikan filem Spiderman di Perancis, namun bahasa yang dituturkan oleh hos program adalah bahasa negara itu sendiri. Manakala untuk memahami soalan tersebut, disediakan alat pendengaran telinga dan penterjemah bagi melancarkan program.

Malahan, turut diberi pujian antara artis yang tidak terikut-ikut lenggok bahasa negara luar, sebaliknya membawa identiti Malaysia iaitu Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Mas Idayu.


IG

Jadi, adakah jiwa kita begitu kecil untuk menuturkan bahasa ibunda di dalam negara? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mnz 10-12-2020 10:13 AM
Nama pun rancangan hiburan ....bukan rancangan pendidikan....yang komen pun level hiburan je....
Quote Nenasketum 10-12-2020 10:18 AM
Nazir Razak ‘struggling’ nak dapat sokongan malay village idiots yang tengok meletop. Gitteww!! Yang lelain th practice jer tahap2 tadika, janganla marah
Quote wolfheart 10-12-2020 10:19 AM
Dah lama perhati, kalo program berbahasa melayu, hos & tetamu ikut kepala dorg campur aduk guna english tak hormat lgsg bm tapi kalo program berbahasa inggeris, takde pulak hos mahupun tetamu nak campur aduk dgn bm.
Quote Orix 10-12-2020 10:23 AM
uyaina ni mcm dull je sbg retis... cm xde aura
Quote mamajawie 10-12-2020 10:30 AM
gituuhhh kak pitput mendonia siap ada benang khas utk arwah ni...ALFATIHAH...
Quote bluebutter 10-12-2020 10:34 AM
Orix replied at 10-12-2020 10:23 AM
uyaina ni mcm dull je sbg retis... cm xde aura

mata  torchlight dia selalu terkelip kelip acah acah comey.
Quote shuerin 10-12-2020 10:35 AM
Orix replied at 10-12-2020 10:23 AM
uyaina ni mcm dull je sbg retis... cm xde aura

jadi pengacara pn x best.

suka compare2 sapa lg cantik. kalu ada juri lelaki, msti tnye "pilih dia ke pilih juri pompuan yg lain"

ni observation masa dia jd hos golden memories asia...
Quote September14 10-12-2020 10:41 AM
Uyaina ni yg memorable masa gv.. jihan pngil dia cleaner lpstu tokram sound ko suka2 je pngil org cleaner...
Quote coco 10-12-2020 11:00 AM
dah tu amukan bila cina india di malaysia tak nak cakap bahasa melayu.   
Quote MadameOnion 10-12-2020 11:02 AM
dah memang kat malaysia sapa yg terer speaking akan dilabel educated..biasalah tu
Quote coco 10-12-2020 11:02 AM
bluebutter replied at 10-12-2020 10:34 AM
mata  torchlight dia selalu terkelip kelip acah acah comey.

well said.... betul la.  selama ni dok tengok terfikir macam apa je dia ni
Quote RatuDunia94 10-12-2020 11:03 AM
Orix: uyaina ni mcm dull je sbg retis... cm xde aura


Sheols trying so hard utk nampak fun.. kalau akt WHI dia sorang je yg bk bcakap
Quote MadameOnion 10-12-2020 11:04 AM
Orix replied at 10-12-2020 10:23 AM
uyaina ni mcm dull je sbg retis... cm xde aura

yup..tapi sheols jenis try hard...masa kat sepahtu reunion pun buat pickup line yg cringe
Quote AbukRokok 10-12-2020 11:28 AM
well
you knouaw meah
Quote inspektoremos21 10-12-2020 11:40 AM
Orix replied at 10-12-2020 10:23 AM
uyaina ni mcm dull je sbg retis... cm xde aura

Uyaina ni mcm the next mira filzah je
Quote dewi_rina 10-12-2020 11:40 AM
Iols tak minat uyaina ni, nampak lawa tapi try hard sgt nak nampak perfect nak nampak bijak nak nampak lawa
Lopa 2.0 sgt
Quote Fly_over 10-12-2020 11:41 AM
MadameOnion replied at 10-12-2020 11:04 AM
yup..tapi sheols jenis try hard...masa kat sepahtu reunion pun buat pickup line yg cringe

merata sheols komen kt ig retis. kelaku try hard jgk bg meols. mikel ang buat posting myindir retis lain pn sheols menyibuk nk komen jgk.
Quote Fettybombom 10-12-2020 11:48 AM
Kate rancangan picisan, tgk jugak ke..
Uyaina xmasuk utk program meletop, tp nona sesuai.. Gilir2 dgn mira
Quote bluebutter 10-12-2020 12:34 PM
shuerin replied at 10-12-2020 10:35 AM
jadi pengacara pn x best.

suka compare2 sapa lg cantik. kalu ada juri lelaki, msti tnye "pilih  ...

Seriously yaina ni tya siapa lagi cantik antara dia dan orang lain. Sorrylah for my eyes bak kata kurex muka yaina ni so basic, tiada outstanding factor kat dia. So the ordinary.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.237765 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top