CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Tiba Ke Finale Selepas 20 tahun, Selamat Tinggal Gerak Khas!

10-12-2020 01:39 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 24198| Komen: 28|Original author: Oleh: natrahn

Description: Lumrah hidup, setiap yang bermula, pasti berakhir. Bermula di RTM, sekarang Gerak Khas bakal berakhir di TV3. Selepas 21 tahun, Gerak Khas kini kembali dengan musim terakhir!


Lumrah hidup, setiap yang bermula, pasti berakhir. Bermula di RTM, sekarang Gerak Khas bakal berakhir di TV3. Selepas 21 tahun, Gerak Khas kini kembali dengan musim terakhir! 

Gerak Khas merupakan sebuah siri drama televisyen kepolisan Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam, bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 5 April 1999. 

Kerana popularitinya, drama bersiri ini pernah juga diangkat ke layar perak menerusi 3 buah filem Gerak Khas The Movie.


Kredit foto: Wikipedia

Mengimbas kembali tatkala drama ini bersiaran, kita hanya dapat menontonnya di televisyen melalui RTM 1.

Namun kali ini penonton boleh menontonnya secara dalam talian di iQIYI, platform streaming antarabangsa. Selain itu, drama popular ini juga boleh ditonton di TV3.


Pada musim terakhir ini, kebanyakan pelakon-pelakon lama Gerak Khas akan muncul kembali. Antaranya ialah Norman Hakim, Abby Abadi, Erra Fazira, Salina Saibi, Deen Maidin, Sheera Iskandar dan Sarjan Misai kegemaran ramai, A. Galak! Istimewa betul?

Kredit foto: TV3

Selain tu, beberapa muka baru seperti Ungku Ismail, Izzat Mushtaq, Dazrin dan Roy Azman turut ditampilkan. Malah, khabarnya oleh kerana ini merupakan musim terakhir untuk Gerak Khas, di akhir episod ini kelak, SAC Datuk Helmi yang dibintangi oleh Datuk Yusof Haslam akan bersara.


Kredit foto: TV3

Nostalgia betul bila teringat balik setiap minggu tunggu depan TV. Sampaikan dapat gelaran Siri Drama Yang Paling Lama. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 10-12-2020 01:45 PM
Nah nak tepek ni

Screenshot_2020-12-08-17-44-54-87.jpg

Quote sarah82 10-12-2020 01:47 PM
sharlenetexas replied at 10-12-2020 01:45 PM
Nah nak tepek ni

Wowwww.. Nampak tasty..
Quote makneng 10-12-2020 02:13 PM
Gila lama....tapi pelakon yg mak ingat hat misai melintang tu je la A. Galak

Yang lain2 mak whoareyus kan je
Quote Belibis 10-12-2020 02:44 PM
Takkan SAC dato helmi bersara..sarjan misai elok2 jer bawak teksi,tapi masih jadi informer pulis.
Quote sharlenetexas 10-12-2020 03:26 PM
Patutnya buat drama sampai Tuan Helmi jadi KPN. Tu baru betul finale.
Quote Supersirap 10-12-2020 06:57 PM
Makcik2 suka tengok cerita ni, sampai sekarang layan, dahulu suka tengok cerita roda-roda kotaraya, sampai cita-cita nak jadi polis trafik
Quote Asdira 11-12-2020 03:34 AM
Ac takde ke?
Quote Perawankota 11-12-2020 04:32 AM
Lama betul x tgk..
Quote JijahJakalia 11-12-2020 06:22 AM
Kenapa grand finale tu bersiar kat TV3 erk. Ada isu dengan RTM ke. Aku nak tahu tu je
Quote likecandy 11-12-2020 09:31 AM
Kenapa tetiba nak berhenti kan eh
Kalau ikutkan mmg xde org tgk lagi daripada dulu kan
Dan kenapa tayang kat tv3, bukan rtm?
Quote cikcikebom 11-12-2020 04:18 PM
tenggggggggggggggggggggg for the info
Quote kuldip8975 11-12-2020 04:23 PM
Edited by eddlisa_uyuk at 15-12-2020 08:17 AM

Thanks for sharing of great information   


Quote kuldip8975 11-12-2020 04:42 PM
Thanks for sharing of great information

myhtspace
Quote Perawankota 13-12-2020 04:26 AM
Kenapa aku tgk kt TV aku gmbr x berapa nk cantik ek. Macam blur camera lama2 je
Quote SkinnyLejen 13-12-2020 05:23 PM
SAC bersara diganti dgn DAC wakakak
Quote anony-mous 13-12-2020 10:12 PM
Dah tahun ke 20 pon tp hmm masih xmampu lawan or least bau2 bacang drama swat, 999, blue blood , criminal minds , etc
Quote ezzre 14-12-2020 04:53 PM
likecandy replied at 11-12-2020 09:31 AM
Kenapa tetiba nak berhenti kan eh
Kalau ikutkan mmg xde org tgk lagi daripada dulu kan
Dan kenapa  ...

rs macik2 nenek2 yg follow dr zmn dulu tgk lg kot u.
makcik i smpi sekarang tgk.hahahahha.tp dia tak betol sikitla.suka betol dia.drama ni la dia follow dr ep 1.
siap nama polis tu pon dia tau.

Quote farhani87 26-12-2020 10:35 PM
Sempat tgk sekali jer. Tu pun sebab nak tgk uia. Hehe
Quote life_love 4-1-2021 10:09 PM
likecandy replied at 11-12-2020 09:31 AM
Kenapa tetiba nak berhenti kan eh
Kalau ikutkan mmg xde org tgk lagi daripada dulu kan
Dan kenapa  ...

Betul tu..dtg thread I pun sbab nk tahu sbb tu jugak..hr tu kat tv3..Ada tok yusof haslam ckp..biarlah menjadi rahsia Saya..
Sesetengah org di RTM tahu jugak..

Tertanya2 ni..x dpt jwpn

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.073086 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top