CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Macam Tak Pernah Belajar Adab,"- Zizi Kirana 'Sound' Netizen Biadab

10-12-2020 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3898| Komen: 18

Description: Tindakan segelintir netizen menulis komen melampau dan tidak beradab di laman sosial ketika mengulas sesuatu isu sensitif di media sosial menimbulkan rasa kurang senang penyanyi Zizi Kirana.
Tindakan segelintir netizen menulis komen melampau dan tidak beradab di laman sosial ketika mengulas sesuatu isu sensitif di media sosial menimbulkan rasa kurang senang penyanyi Zizi Kirana.


Zizi berkata segelintir mereka tergamak meninggalkan komen sedemikian tanpa mempedulikan perasaan orang lain terutama individu yang terpalit dalam kontroversi berkenaan.

Justeru itu, penyanyi lagu Eh ini menegur sikap segelintir mereka yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan menghukum seseorang tanpa belas ihsan.

Foto: IG

"Nak tegur sikit... saya lihat semakin hari semakin ramai yang gemar bagi kritikan dan pandangan tentang kehidupan orang lain di sosial media. Apa sahaja isu, pasti ada yang akan bagi kritikan dan menjadi hakim!


Zizi kecewa baca komen tidak beradab netizen.

"Kalau membina tak apa... tapi kebanyakannya bila baca komen mereka rasa seram pun ada! Mereka ini seolah-olah macam tak pernah diajar apa itu adab.

"Sebenarnya komen mereka lebih kepada kurang ajar, agaknya dah bosan sangat ke hidup ini sampai banyak masa nak jaga hidup orang lain?" katanya kepada mStar.


Tiada manusia yang sempurna dan lebih baik kalau kita doakan yang baik-baik sesama manusia kerana itu lebih bermakna

Sebelum itu, penyanyi berusia 35 tahun ini berkongsi luahan rasa kecewanya itu menerusi Instastory pada Rabu.

Selepas 10 tahun bergelar anak seni, penyanyi berasal dari Sabah ini berkata dia sudah lali dan kalis daripada sebarang kecaman netizen.

Dalam masa sama dia turut meminta orang ramai menjaga tutur kata dan tidak melemparkan kata-kata kebencian di media sosial.


Zizi pernah tutup laman sosial kerana rimas dengan komen netizen.

"Sepanjang jadi penyanyi, saya dah lali dengan apa pun kata netizen, biarlah mereka nak tulis apa pun... memang netizen macam itu!

"Tapi kita kena sedar tiada manusia yang sempurna dan lebih baik kalau kita doakan yang baik-baik sesama manusia kerana itu lebih bermakna," ujarnya.


Pada Oktober lalu, Zizi Kirana mengambil keputusan untuk tidak membuka laman sosial selama lima hari kerana rimas dengan pelbagai isu negara yang menjadi perbualan hangat netizen.

Zizi mengakui dia tertekan dengan pelbagai topik yang menjadi perbalahan segelintir masyarakat antaranya isu berkaitan penularan Covid-19 dan hal membabitkan politik negara. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 10-12-2020 01:18 PM
Whooah ekonomi negara hancur, negara berperang, umat islam terpesong gara2 zizi xbukak sosial media pada bulan oct 2020..
Quote farahasyiqin 10-12-2020 01:49 PM
hhmmm cakap pasal adab , tapi aksi2 kamu yg tak beradab sebagai muslim mcm mana pulak, oh ya keluarga  pun tak pernah tegur cara berpakaian saya so sapa netizen nk tegur  kan
Quote ashcroft86 10-12-2020 02:02 PM
farahasyiqin replied at 10-12-2020 01:49 PM
hhmmm cakap pasal adab , tapi aksi2 kamu yg tak beradab sebagai muslim mcm mana pulak, oh ya keluarg ...

Yerp, who are you nak tegur2 stranger? Sheols xkenal pon uols? Who do you think you are?

And netizen ni pon, xde life nk tego2 org? Dah ckup tego org sekeliling? Tak suka, get the hell out, boikot la, tak payah nak amik tahu pon. Tak payah follow etc. Susah sgt ke? Like ada org paksa ke suruh amik tahu? Celebrities ni not even your jiran pon nak kne amik tahu. Pfftt.
Quote lovelytouch 10-12-2020 02:05 PM
Yang ni punn.. tak menyumbang..
Quote farahasyiqin 10-12-2020 02:14 PM
kamu pun mcm tak pernah belajar adab berpakaian
Quote n3ar 10-12-2020 02:37 PM
dia ni bila mengaji sedap sora dia..terkejut aku... betul ke dulu dia sekolah agama ke ustazah ajar mengaji ke camne ntah?

memang rugi kemerduan suara digunakan ke arah hiburan melampau..
Quote MadameOnion 10-12-2020 02:43 PM
okaylah zizi
Quote bulalof 10-12-2020 02:49 PM
adab? seriously?
Quote kucingitam 10-12-2020 03:41 PM
betul la kata dia tu...sometimes over nau netijen mengomen pon..

btw aku suka zizi..sora sedap, husky. kbai.
Quote tobobon 10-12-2020 03:50 PM
ashcroft86 replied at 10-12-2020 02:02 PM
Yerp, who are you nak tegur2 stranger? Sheols xkenal pon uols? Who do you think you are?

And ne ...

dlm ajaran isle versi meleis,

any kemungkaran (katanya) harus ditegur..supaya bila dah mati nanti malaikat kubur tak tanya..

kira mcm soalan..kenapa kau tak tegur zizi kirana seksi masa hidup???


kalau dah tegur, tapi yang ditegur tak peduli.tak endah pun.. at least kita dah lepas...gituuuu
Quote September14 10-12-2020 04:37 PM
Jgn seksi seksi sgt la awak

Nama awk pun tgh naik skg
Quote putehkundor 10-12-2020 04:43 PM
jujurnya aku suka je ngan zizi... biarlah seksi maut pun..
yg penting jadi diri sendiri.

meols sebenarnha dah bosan tgk retis2 berhijab.... dah nama pun retis kan... bila pelakon berhijab, byk watak yg terhad..kalau penyanyi pulak x leh nak terkinja2 sgt...nanti kena carut pula
Quote ashcroft86 10-12-2020 05:53 PM
tobobon replied at 10-12-2020 03:50 PM
dlm ajaran isle versi meleis,

any kemungkaran (katanya) harus ditegur..supaya bila dah mati nan ...

Sampai skrang xfaham netizen gigih nau mengomen kt socmed celebrities ni, byknye masa theyols, like perlu ke nk menegur2 tu? Dahla yg menegur tu mostly xminat pon sekian2 celebrities. Saje je nk lepaskan hatred tu. Zizi ni mcm die buat hal die je kot, mcm xde propa. Suara sedap.
Quote tobobon 10-12-2020 07:03 PM
ashcroft86 replied at 10-12-2020 05:53 PM
Sampai skrang xfaham netizen gigih nau mengomen kt socmed celebrities ni, byknye masa theyols, lik ...

dah tertengok uols..haruslah tegurkan..
Quote fadz84 10-12-2020 07:21 PM
putehkundor replied at 10-12-2020 04:43 PM
jujurnya aku suka je ngan zizi... biarlah seksi maut pun..
yg penting jadi diri sendiri.


Bertudung tetiba ada scene laki bini tido atas katil.. hehehe..
Quote Nokiaman 10-12-2020 10:51 PM
n3ar replied at 10-12-2020 02:37 PM
dia ni bila mengaji sedap sora dia..terkejut aku... betul ke dulu dia sekolah agama ke ustazah ajar  ...

Antara dia ngan Tuhan
Quote Nokiaman 10-12-2020 10:52 PM
Sedap main dia nie..
Quote Perawankota 11-12-2020 04:41 AM
Pasal adab tu aku setuju. Anyway klu nk tegur, leh je dm. Bkn terang2 komen. Nak ckp lebih2, takut berbalik kt kita.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.135687 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top