CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Melampau, Neeta Bengang Dibandingkan Dengan Pavithra

28-7-2020 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13836| Komen: 68

Description: Penyanyi Neeta Manisha terkilan apabila ada pihak membandingkan keupayaannya berbahasa Melayu dengan YouTuber masakan popular S Pavithra.
Penyanyi Neeta Manisha terkilan apabila ada pihak membandingkan keupayaannya berbahasa Melayu dengan YouTuber masakan popular S Pavithra.


Kredit foto: IG Neeta


"Saya cakap bahasa Inggeris ketika hadir dalam satu rancangan televisyen. Ada orang komen dan suruh saya cakap bahasa Melayu sebab saya duduk dekat Malaysia.

"Saya bengang apabila ada orang bandingkan saya dengan Pavithra, saya rasa itu melampau.

"Bagi saya, anda tak boleh bandingkan dua orang yang berbeza. Memang Pavithra lebih fasih daripada saya," katanya kepada mStar.

Pemilik nama Neeta Manishaa Manogaran, 26, itu turut menyifatkan kecaman dilemparkan terhadapnya tidak masuk akal.

Mana tidaknya, banyak juga lagu Melayu pernah dinyanyikannya.


Kredit foto: Twitter


"Saya pun nak juga fasih bercakap bahasa Melayu macam dia, tapi dah tak syok la apabila orang bandingkan kami padahal selama ni saya dah menyanyi sepuluh lagu dalam bahasa Melayu.

"Saya seronok masa jalani penggambaran rakaman program itu, tapi apabila orang fokus pada bahasa yang saya gunakan berbanding perisian program... saya jadi bitter.

"Tapi saya pun tak salahkan Pavithra sebab saya minat sangat dengan dia. Saya doakan yang terbaik saja untuk dia," ujarnya.


Kredit foto: IG Razzi Musa

Bagaimanapun, Neeta akui semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa perlu tahu bahasa Melayu walaupun tidak fasih. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 28-7-2020 02:09 PM
aduhaiiiii malay malaysian jgnlah malu kan bangsa kita.
takde salahnya pun bertutur bahasa inggeris.
sudah lah komen bahasa
Quote kucingitam 28-7-2020 02:11 PM
yg komen gitu mengada2 sebenarnya..
Quote Maria_Juana 28-7-2020 02:12 PM
Apa apa bahasa pun tak kesah la.. asal berbudi bahasa
Quote haruslah 28-7-2020 02:13 PM
Ni iamneeta tu ke?
Kalau yer, aku igtkn dia melayu
Quote wan_mhd 28-7-2020 02:16 PM
"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
Quote sharlenetexas 28-7-2020 02:18 PM
Baguslah wartawan cari popularkan neeta.
Quote Themilo 28-7-2020 02:21 PM
Meiizu replied at 28-7-2020 06:09 AM
aduhaiiiii malay malaysian jgnlah malu kan bangsa kita.
takde salahnya pun bertutur bahasa inggeris ...

Pemilik nama Neeta Manishaa Manogaran, 26, itu turut menyifatkan kecaman dilemparkan terhadapnya tidak masuk akal.

sheols ni melayu kah?

Quote umbut 28-7-2020 02:21 PM
x yah nak sentap sangatlah...yg komen tu bbnu je.. ke nak up kan diri wujud benang ni
Quote kaoru44 28-7-2020 02:28 PM
Ow..dia bukan melayu ek?
Quote barfi 28-7-2020 02:33 PM
LOL baru tau neeta ni Indian..
Quote Meiizu 28-7-2020 02:33 PM
Themilo replied at 28-7-2020 02:21 PM
Pemilik nama Neeta Manishaa Manogaran, 26, itu turut menyifatkan kecaman dilemparkan terhadapnya t ...

siamese + indian
Quote Fafaa 28-7-2020 02:33 PM
oh india kerr..
Patot i tak sedap mata tengok rambut pink sheols haritu..
Ingatkan melayu islam
Quote cyber_mania 28-7-2020 02:36 PM
Sebelum ni x kenal neeta ni tapi sekarang aku selalu tgk berita tv3 kenal la dia. Sbb bila lepas habis bulletin utama ada rancangan apa ntah neeta ni jadi host.

BM di bagus je. BM dia bukan baku sangat tapi berbahasa yg selalu Kita cakap. Lagi bagus.
Quote cyber_mania 28-7-2020 02:37 PM
Themilo replied at 28-7-2020 02:21 PM
Pemilik nama Neeta Manishaa Manogaran, 26, itu turut menyifatkan kecaman dilemparkan terhadapnya t ...

Penah Google pasal dia to dah lupa. Dia Malaysian Indian pastu mixed Siam klau xsilap. Asal Kedah rasanya.

Confirm bukan Melayu
Quote bottombikini 28-7-2020 02:37 PM
helok je aku rase BM dia
lagi helok dari pavi tu rasanya
English apetah lagi

tapape kome ni
Quote msrosse 28-7-2020 02:39 PM
astaga baru tau neeta nih non malay rupanya ...  
Quote dua_chzy 28-7-2020 02:41 PM
bottombikini replied at 28-7-2020 02:37 PM
helok je aku rase BM dia
lagi helok dari pavi tu rasanya
English apetah lagi

Ai is agreeing.
Quote Mawar91 28-7-2020 02:47 PM
cyber_mania replied at 28-7-2020 02:36 PM
Sebelum ni x kenal neeta ni tapi sekarang aku selalu tgk berita tv3 kenal la dia. Sbb bila lepas hab ...

Rancangan mbuz..kekadang si sean Lee.
Quote nemoshrek 28-7-2020 02:48 PM
Fasih lagi bm neeta dari pavithra..apoo sume benda nk compare dgn minachi YouTuber tu..

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050799 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top