CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nelayan Lakukan Seks Ganas, Kurung Isteri Dipenjara 15 Tahun Dan Sebatan

29-7-2020 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28927| Komen: 121

Description: Lelaki mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan melakukan keganasan seksual terhadap isterinya dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan.
Lelaki mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan melakukan keganasan seksual terhadap isterinya dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan.

Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman itu selepas Himni Nur Hamid, 36, yang juga seorang nelayan mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.


Memetik AWANI, Himni didakwa menyebabkan kecederaan serta mengurung isterinya, 36, di sebuah rumah di Lumut pada 16 hingga 18 April lalu.


Gambar hiasan

Tertuduh juga berdepan pertuduhan menggunakan alat kemaluan palsu dan meliwat isterinya, selain memiliki 13 keping cakera padat video (VCD) lucah pada masa dan lokasi sama.

Manakala, BH Online melaporkan, Himni dihukum penjara 15 tahun dan dua sebatan bagi setiap empat pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan menggunakan zakar palsu terhadap isterinya.

Tertuduh juga dipenjara dua tahun bagi satu pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas mangsa dan dipenjara setahun bagi dua pertuduhan kerana mengurung isteri serta memiliki 13 keping VCD lucah.


Dia diarahkan menjalani semua hukuman serentak bermula semalam, menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun dan lapan sebatan. - CARI
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ed_Lyn 28-7-2020 06:16 PM
Ambik kau.. Kena 64 tahun.. Mampus mereput dlm penjara..  Kau buat isteri kau tu macam alat pemuas nafsu kau ja..
Quote Xim 28-7-2020 06:24 PM
Gara2 video lucah ni x pasal2 jd fetish....
Quote EvieWanKenobi 28-7-2020 06:26 PM
kesian dapat laki gila..
Quote salamon 28-7-2020 06:26 PM
laki gila sex ni
Quote bondeh 28-7-2020 06:32 PM
Bangang spesies laki berkuasakan konek. Dasar anjirrrr
Quote Suchi 28-7-2020 06:36 PM
Siannya bini takde henpon pun mujur laki dia tu tertinggal tepon boleh la dia guna tuk mintak bantuan.
Ke tepon dia laki dia ambil ye? Sbb kena kurung kan.
Quote Nenasketum 28-7-2020 06:38 PM
Mendadih pun ada ni skali. Kasik rotan sama dia kat penjara nanti.
Quote jazaa100 28-7-2020 07:21 PM
Ed_Lyn replied at 28-7-2020 06:16 PM
Ambik kau.. Kena 64 tahun.. Mampus mereput dlm penjara..  Kau buat isteri kau tu macam alat pemuas n ...

Membaca amalan molia.....
Quote gadget 28-7-2020 07:24 PM
Ed_Lyn replied at 28-7-2020 06:16 PM
Ambik kau.. Kena 64 tahun.. Mampus mereput dlm penjara..  Kau buat isteri kau tu macam alat pemuas n ...

kiranya dia disabit "gantung sampai mati" lah ekk? sbb 36+64=100 tahun...jarang org hidup sampai 100 tahun...
Quote TravellingBear 28-7-2020 07:24 PM
aikk perogol tkde pulak pertuduhan seks ganas. padehal secara paksa lagi laa ganas. hukuman patot lagi berat drp ni
Quote damsel_fiji 28-7-2020 07:25 PM
mana la mamat ni dapat zakar palsu..beli kt lazada ke shopee??
Quote sarah82 28-7-2020 07:28 PM
damsel_fiji replied at 28-7-2020 07:25 PM
mana la mamat ni dapat zakar palsu..beli kt lazada ke shopee??

Byk wei.. Tambah2 lazada.. Hahahahaaha
Quote damsel_fiji 28-7-2020 07:29 PM
sarah82 replied at 28-7-2020 07:28 PM
Byk wei.. Tambah2 lazada.. Hahahahaaha

ye ke sis..tak penah plak aku nak cek..kikiki
Quote Modngengade 28-7-2020 07:30 PM
Ed_Lyn replied at 28-7-2020 06:16 PM
Ambik kau.. Kena 64 tahun.. Mampus mereput dlm penjara..  Kau buat isteri kau tu macam alat pemuas n ...

15 tahun je sis...hukuman berjalan  serentak...sekolah x
Quote sarah82 28-7-2020 07:32 PM
damsel_fiji replied at 28-7-2020 07:29 PM
ye ke sis..tak penah plak aku nak cek..kikiki

Hahaha.. Aku kan suka cari mcm2 hahahhaha.
Quote nazzse 28-7-2020 07:40 PM
gadget replied at 28-7-2020 11:24 AM
kiranya dia disabit "gantung sampai mati" lah ekk? sbb 36+64=100 tahun...jarang org hidup sampai 1 ...

15 tahun je, baca sampai habis ke tak??
Semua hukuman jalan serentak
Quote gadget 28-7-2020 07:45 PM
nazzse replied at 28-7-2020 07:40 PM
15 tahun je, baca sampai habis ke tak??
Semua hukuman jalan serentak

hehe..tak

oh kiranya dia masih boleh tgk dunia lah...
Quote mikasa 28-7-2020 07:47 PM
Umur dah 64..masih nafsu kuda..makan apa ni pakcik..share sikit
Quote gadget 28-7-2020 07:50 PM
mikasa replied at 28-7-2020 07:47 PM
Umur dah 64..masih nafsu kuda..makan apa ni pakcik..share sikit

ni lagi parah ni @nazzse  

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.072228 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top