CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Pujuk Bini Punya Pasal, 3 Sahabat Dipenjara 3 Hari

29-4-2020 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5124| Komen: 41

Description: Seorang lelaki dipenjara tiga hari dan dikenakan denda RM1,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semata-mata untuk memujuk isteri di rumah mentua.
Seorang lelaki dipenjara tiga hari dan dikenakan denda RM1,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semata-mata untuk memujuk isteri di rumah mentua.


Gambar hiasan


Memetik Sinar Harian, Mohamad Hafiz Rizal Aziz, 27, ditemani dua rakan iaitu Muhammad Nasriq Alwi, 22, dan Noor Adam Bukhari Mohamad Anuar, 25, ke rumah mentuanya pada Isnin.

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam menjatuhkan hukuman sama terhadap dua rakannya dan ketiga-tiga tertuduh berdepan hukuman penjara tambahan sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga sahabat itu mengaku bersalah selepas pertuduhan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 dibacakan secara berasingan.

Mengikut pertuduhan, mereka menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi di tepi Jalan Losong Haji Mat Shafie dari Kampung Gong Kiat jam 11.50 malam pada 27 April.


Bagi kesalahan itu, mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, Mohamad Hafiz ketika mengaku bersalah memberi alasan hendak memujuk isteri untuk pulang ke rumah selepas berlaku perselisihan faham sebelum ini

Manakala, dua rakannya mengaku melanggar PKP kerana menemani Mohamad Hafiz ke rumah mentuanya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 29-4-2020 01:30 PM
Apa motif 2 org lg ikut?
Quote ffbeauties 29-4-2020 01:33 PM
Takut eh? Kena berteman
Quote ellez 29-4-2020 01:40 PM
Ko kawen ngan bbnu ke bangg
Sesikit nak merajuk blk umah makpak..
Quote DayangKirana 29-4-2020 01:43 PM
nak pegi pujuk bini merajuk pon angkut sidekick?
jangan putus sahabat plak lepas kes ni...
Quote adm7 29-4-2020 01:47 PM
Elokla tinggalkan je laki rupa macam ni perangai.
Bingai. Arahan mudah pun tak boleh nak patuh
Quote sarah82 29-4-2020 01:53 PM
Ni namanya kwn sehidup,  sedenda dan sepenjara
Quote buapakperut 29-4-2020 01:57 PM
muda lagi la, ntah apa hal sampai bini lari,pujuk pun nak berteman. man up sikit la.
Quote Nes3in1 29-4-2020 01:59 PM
Nak pujuk ke nak gertak? Sbb bawak geng bagai. For what it's worth... Selayaknyalah.
Quote dudaberhias 29-4-2020 02:16 PM
Nak pujuk isteri nak buat apa tu sepanjang pkp? Isteri ko tak larat nak bersedapan dan bosan dengan kau la tu dik. Baik la dia mengangkang kat rumah je tengok tv.
Quote Tinot7 29-4-2020 02:31 PM
Semoga dipermudahkan urusan. Lengkali jgn langgar pkp. Terima je la hukuman nnt.
Quote prettyuglybabe 29-4-2020 02:50 PM
bawak kawan nak suruh pujuk bini dia ke?
padan la bini lari
Quote Kurex 29-4-2020 02:55 PM
Punyalah nak pujuk isteri kepam, sanggup langgar arahan.. buto
Quote lattehazelnut 29-4-2020 03:07 PM
Kurex replied at 29-4-2020 02:55 PM
Punyalah nak pujuk isteri kepam, sanggup langgar arahan.. buto

Kurex xnak ke kawan dia.. darah muda pandai pujuk..
Quote epuepy 29-4-2020 03:10 PM
OK la tu. Ni membe sama2 susah. Sama2 masuk lokap. Bkn senang nk cari. Lallala
Quote Supersirap 29-4-2020 03:12 PM
Semoga perkara ini menjadi iktibar buat semua
Quote zuuu 29-4-2020 03:12 PM
Rugi rm 1000...jangan sampai putus kawan sudahla
Quote mongoose_kidz 29-4-2020 03:12 PM
untung umah mak ayah dekat ye...
merajuk je balik umah mak....hahahhaha
Quote lasagnaklcc 29-4-2020 03:16 PM
Rasa2 sejuk tak hati bini laki sampai kena saman nak pujuk dia punya psl.
Quote aku_best 29-4-2020 03:21 PM
Si zafar Rohingya yg naik kereta penuh kereta masa PKP tu apa cer...dah kena saman ke...tanya jer..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.318012 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top