CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sampai Bila Nak Sekat Peniaga Kecil Meniaga? 42 Hari Tanpa 'Income' Is No Joke Ok!

29-4-2020 10:00 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6013| Komen: 19|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "42 hari sudah cukup untuk berbulan madu! Tanpa pendapatan selama 42 hari is NO JOKE MAN! Bangun! Kami hanya mahu cari makan."


"42 hari sudah cukup untuk berbulan madu!
Tanpa pendapatan selama 42 hari is NO JOKE MAN!
Bangun! Kami hanya mahu cari makan."


Itu antara rintihan rakyat Malaysia yang sudah tidak betah berada di rumah. Bukan kerana bosan, tetapi disebabkan mata pencarian sudah putus semenjak Perintahan Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Seorang usahawan, Zamara Buang meminta kerajaan melakukan sesuatu demi membela nasib rakyat Malaysia yang sudah kehilangan kerja. 

Sampai bila tempoh PKP akan dilanjutkan? Berapa lama lagi golongan yang bekerja sendiri ini terpaksa mengikat perut kerana tiada kerja?


Kredit foto: FB

Menurut Zamara lagi, 42 hari terlalu lama untuk orang seperti mereka iaitu peniaga kecil. Bukan sahaja terpaksa berjimat dan mengikat perut, mereka tetap perlu mengeluarkan duit bagi melunaskan pelbagai bayaran. 

Jadi, apakah tindakan kerajaan bagi membantu golongan ini? Mengapa mereka tidak dibenarkan beroperasi sedangkan syarikat besar dibiarkan bekerja? Di mana keadilan?

"Persoalan sekarang, kenapa gedung besar, kedai makan mamak, kedai runcit majoriti Acheh boleh dibuka?
Rakyat terpaksa beratur berjam-jam untuk mendapatkan bekalan makanan. Apa yang kerajaan fikirkan?"



'Normal Baru' yang dilaungkan ini nampaknya tidak boleh digunapakai oleh semua orang. Jika ianya bermaksud tiada pasar pagi atau pasar malam, bagaimana peniaga kecil ini mahu mencari makan? 

Walaupun ada yang menyarankan agar menukar pelan bisnes, namun ia tidaklah semudah disangkakan.


Foto - Kementerian Wilayah Persekutuan

"Eh! Kau fikir mudah ke dari bisnes jahitan aku nak jual kuih? 1 karipap pun aku tak pernah buat
dan kau fikir karipap tu aku boleh pos?"

Pelbagai komen yang diulas, ada yang bersetuju dan juga sebaliknya dengan pendapat ini.


Foto : FB

Kredit foto: FB

Kredit foto: FB

Sememangnya bukan mudah untuk mana-mana negara bangkit dari kegagalan ekonomi dunia akibat pandemik Covid-19. Namun, diharapkan dengan adanya cadangan untuk membantu peniaga kecil ini, situasi ekonomi masyarakat secara global akan pulih walaupun memakan masa yang lama. 

Anda rasa bagaimana? - CARI
2

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamatz19 29-4-2020 10:15 AM
Harap2 cepat lah COVID-19 ni berakhir dan terkawal. Dah tak tau nak pikir dah apa dah sebab saving tinggal sket. Gaji kena potong, subsidi kerajaan x dpt sebab keje kontrak tak de KWSP, EIS, SOCSO. BPN tak dapat sebab ada register Enterprise kat SSM (dulu kena paksa register SSM walaupon nk jual usb kabel sambil sambilan online) pastu bila dah register, di kata nya kalau ada SSM tu dah kira M40 dah tu. kaya dah tu di labelnya. Tgk kawan yg tak register ok je dpn mcm2 bantuan padahal income lg besar. Rumah sewa kena bayar gak tuan rumah Melayu satu sen tak nak bagi kurang. Apa nak buat, bak orang semua kata, kena BERSABAR je lah ye .. tak tau lah smpai bila kita orang anak beranak boleh makan BERSABAR tu. So golongan kayangan pulak selamba je boleh keluar masuk rentas negeri bagai.
Quote Elle_mujigae 29-4-2020 10:37 AM
Yg kerja bidang event mcm dewan perkahwinan Bizmilla tu mcm mana la agaknye ye.. nak survive covid ni.. dah la dikatakan sampai hujung tahun tak boleh buat majlis keramaian..
Quote biozipstar 29-4-2020 10:39 AM
ya. aku faham juga... abg ipar aku kerja construction, xde kerja, xde epf utk dikeluarkan, saving dah menipis.. kami dah pujuk utk dia kerja part time jadi ehailing penghantar makanan tapi xtau lah dia xnak.... jiran rumah aku pun sama juga, makan gaji hari... so kalau dapat extra lauk mmg share kpd dia....

penting sangat nak kawal perbelanjaan sekarang ni.
Quote biozipstar 29-4-2020 10:41 AM
Elle_mujigae replied at 29-4-2020 10:37 AM
Yg kerja bidang event mcm dewan perkahwinan Bizmilla tu mcm mana la agaknye ye.. nak survive covid n ...

hmm.. aku dok piki jugak sbb dewan dia dekat dgn rumah aku ni ha... sekangkang kera.. pastu haritu ownernya baru beli rumah pulaks... kalau ritu x beli rumah baru, depo semua tu boleh bikin bayar apa2 yg patut.
Quote Elle_mujigae 29-4-2020 10:45 AM
biozipstar replied at 29-4-2020 10:41 AM
hmm.. aku dok piki jugak sbb dewan dia dekat dgn rumah aku ni ha... sekangkang kera.. pastu haritu ...

Kalau dia beli dewan2 tu mungkin okay sbb dpt moratorium dari bank kan..kalau sewa yg problem buatnya owner taknak bagi discount.. huhu..tapi mila dan hubby nampak mcm ahli perniagaan yg kental...Insyaallah they can survive this challenge
Quote merrissa 29-4-2020 11:49 AM
Edited by merrissa at 29-4-2020 11:52 AM

alahaaaii berniaga je la online...ramai je nak tembikai....contoh nya aku...mana ni xde org pon jual tembikai....sdpnya buat jus

upah runner...ramai je nak keje...

takpandai...belajar......

hp canggih, ws pun tahu main...so no hal la kan...

payment minta cash kalo tak reti nak online transfer2 tu

takut ditipu...belajar online transfer

yg penting usaha...
tapi siyes rasa sedih juga bila tengok org2 tua yg taktahu nak guna teknologi...kesian mereka nak survive...

semoga covid ni berakhir dgn cepat


Quote ninja9 29-4-2020 11:55 AM
tak kira lockdown ker tak, kalau covid19 ni berlarutan semuanya akan susah.
Tak ada jalan yang sempurna, mana-mana jalan akan berlaku kehilangan, kerugian, kesusahan, ianya sebagai bayaran supaya kita terus hidup dizaman wabak covid19.

Harap-harap ini semua akan bertambah baik sehingga bilangan jangkitan adalah minimum.

Masa itu mungkin boleh dilaksanakan Zon Hijau + New Norm + Tiada perpindahan antara zon = pkp yang dilonggarkan dimana peniaga2 kecil ini dah boleh beroperasi.
Quote Tinot7 29-4-2020 12:04 PM
Elle_mujigae replied at 29-4-2020 10:37 AM
Yg kerja bidang event mcm dewan perkahwinan Bizmilla tu mcm mana la agaknye ye.. nak survive covid n ...

Tukar kpd jual makanan.
Quote Tinot7 29-4-2020 12:07 PM
biozipstar replied at 29-4-2020 10:39 AM
ya. aku faham juga... abg ipar aku kerja construction, xde kerja, xde epf utk dikeluarkan, saving da ...

Harap2 depa sanggup jadi runner. Skang ni penting buat bisnes atopon hantar makanan utk kelangsungan hidup.
Quote epal21 29-4-2020 02:54 PM
mamatz19: Harap2 cepat lah COVID-19 ni berakhir dan terkawal. Dah tak tau nak pikir dah apa dah sebab saving tinggal sket. Gaji kena potong, subsidi kerajaan x  ...

Kesiannya. Semoga segala urusan dipermudahkan & murah rezeki.
Quote prettyuglybabe 29-4-2020 05:24 PM
kalau tukang jahit, jahit pulak di rumah, suruh je la customer hantar kain ke rumah..
kalau customer jauh, pakai runner je..
pastu bagi diskaun sikit..
la ni nak buat baju kurung simple bodoh pun mahal gila..
koman-koman kena rm80..
acu bagi diskaun..
mesti ramai nak hantar..
lagi-lagi nak raya ni..
i punya kain pun terperuk tak sempat and tak tau nak hantar mana..
Quote GigaMom 29-4-2020 08:16 PM
mamatz19: Harap2 cepat lah COVID-19 ni berakhir dan terkawal. Dah tak tau nak pikir dah apa dah sebab saving tinggal sket. Gaji kena potong, subsidi kerajaan x  ...


Bertabahla mamat
M40 x dpt ke bpn
Patut dpt kan
Quote sh00 30-4-2020 12:24 AM
mamatz19 replied at 29-4-2020 02:15 AM
Harap2 cepat lah COVID-19 ni berakhir dan terkawal. Dah tak tau nak pikir dah apa dah sebab saving t ...

Dulu masa Br1m mmg siapa yg nama ada SSM tak dapat. So ramai yg pakat2 pegi remove nama dekat SSM tu. mmg masa tu ada kecoh kejap, sbb driver kat office iols penah reg SSM berniaga apa tah, so dia tak lepas Br1M, so pegi remove kot.
Apa2 semoga bertabah ya. Doa semoga semuanya akan selesai tak lama lagi. Semua terkesan
Quote esbok 30-4-2020 12:38 AM
memang kesian pun. sbb dah lebih 40 hari. ramai juga dah diberhentikan kerja.hmmm
Quote Supersirap 30-4-2020 07:05 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Cassieopeia 30-4-2020 07:14 AM
pkp 4 ni mcm dah longgat skitkan.. tgk kt kwsn aku ni ada jd gerai jual kuih buka utk tapau. lauk berbukapun ramai jual..
utk jual baju plak..kwn aku jd dropship satu brand ni. laku weh baju dia..heran jgk ramai yg beli baju raya time pkp ni.. target diorg mmg gov servant la {:handsome
Quote Artemesiaa 30-4-2020 10:14 AM
Ada sesetengah tempat mereka sekumpulkan peniaga jual kuih muih untuk berbuka di dewan orang ramai.  Jadi yang nak masuk akan diperiksa dan ikut turn macam masuk ke pasaraya.
Quote Jorja 30-4-2020 03:09 PM
Pandai2 la adapt kalu nak survive. Marah2 pun tak guna coz pkp sambung jgak
Quote b_n_c 1-5-2020 02:38 PM
isnin ni dh boleh meniaga dah ni ha xyah bising2 lagi...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.048109 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top